Hari ni hujan lagi. Asal petang je hujan. Memang sedap lah cuaca redup dan sejuk masa bulan puasa ni. Tak lah rasa letih dan kekeringan sangat. Ehh alasan je. Patutnya bulan puasa kena lah lebih fokus dan cergas kan? Sepatutnyalah! Ayway sebelum Ramadhan hari tu memang dah kerap hujan. Lepas tu dah mula berbahang. Tapi lately hujan makin kerap balik. Alhamdulillah!

Kadang-kadang siap dengan pakej guruh berdentam-dentum dan kilat sabung-menyabung. Nyaman je rasa. Kalau sebelum ni musim panas melampau sebab El Nino melanda. Sekarang ni nampaknya dah beralih ke La Nina pulak. Walaupun tak lah ketara sangat asyik hujan mencurah-curah ke kan. Tapi pokok-pokok pun subur je dapat zat daripada air hujan. Termasuklah semak dan lalang cepat je panjang huahua 😛

 

Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat.
Saya suka main hujan. Rindu zaman masa kecik-kecik dulu.

 

El Nino dan La Nina ni fenomena perubahan iklim dunia yang bersifat sementara. El Nino terjadi secara semulajadi di bahagian berhampiran garisan Khatulistiwa. Semasa El Nino, suhu permukaan air laut di Lautan Pasifik di bahagian Amerika Selatan menjadi lebih panas berbanding suhu normal. Masa La Nina pulak, suhu permukaan air laut di kedudukan laut yang sama menjadi rendah sebanyak 3-5 darjah Celsius berbanding suhu normal.

Jadi nampak tak betapa perubahan suhu air laut ni walaupun sikit je sangat mempengaruhi iklim dunia? Sekarang ni dengan isu pemanasan global memang no wonder lah iklim dunia dah tak stabil dan banyak bencana alam terjadi di sana sini. So uolsss sendiri mau ingat lah. Kurang-kurangkan lah mencemarkan dan memanaskan dunia ni.

Eheh terbersyarah lah pulak 😛

 

Banjir Kilat!

 

Actually lately kerap jugak tetiba ada hujan lebat ribut petir. Siap dengan angin kuat dah macam ribut. Eh memang ribut pun! Teringat pulak bulan lepas masa balik rumah Tok dekat sini, kebetulan masa tu hujan lebat. Memang air naik maka terjadilah banjir kilat di kampung-kampung berdekatan. Maklumlah kan Semenyih dah makin developed. Banyak dah kilang yang naik kat dalam tu. Bila pembangunan tak berapa terancang itulah dia orang kampung jadi mangsa.

Actually tak lah banjir teruk menyeluruh. Tapi rumah siapa yang tanah rendah tu memang teruk lah kena. Rumah pulak setingkat je. Mana nak lari? Memang habis lah sofa, tilam, barang elektrik segala. Ingat lagi waktu saya tengok tu, tengah Maghrib. Waktu senja tu lah musibah menimpa. Mana kalut nak solat, nak kaut air keluar, nak selamatkan barang dan keluarga?

Harapnya sekarang ni dah ada tindakan untuk bantuan lah. Kesian orang kampung. Kalau orang susah tu lagi lah kesian. Kalau yang ada duit tu bolehlah pindah dulu untuk sementara. Nak kata sini aje jadi macam ni tak jugak. Sekarang ni dah banyak tempat serata Malaysia ni yang kena banjir kilat. Moga dikurniakan ketabahan, kesabaran dan kemudahan kepada mereka yang diduga. Ada hikmahnya Allah nak bagi. InsyaAllah.

 

Doa Ketika Hujan Turun

 

Nevertheless, syukur sangat hujan turun. Kalau hari terik sangat tu duduk dalam rumah pun rasa macam dok dalam sauna. Tapi bila cuaca mendung je ni rasa nyaman je. Tak lah rasa nak melepek je hihihi 😀 Hujan yang turun membawa rahmat. Tapi boleh juga jadi bencana. Doalah selalu agar Allah turunkan hujan yang bermanfaat.

 

Doa ketika hari hujan.
Waktu hari hujan adalah waktu mustajab untuk berdoa!

 

Ya Allah, Kau turunkanlah hujan yang bermanfaat!

 

Lagi satu yang bestnya waktu hujan ni, adalah salah satu waktu berdoa yang mustajab. Boleh lah jadikan amalan. Berdoa minta apa saja dihajati. Allah nak bagi ke tak bagi ke belakang cerita. Yang penting minta aje lah. Moga-moga Allah makbulkan seiring dengan rahmat air hujan yang turun.

Air itu nyawa kehidupan. Bayangkan dunia yang tandus kering-kontang, nak hidup pun susah. Sebab tu jangan mengeluh kalau hari hujan. Kerana hujan tu membawa rahmat! 🙂

 

Doa Ketika Hujan Turun
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge