Marhaban Ya Ramadhan 1437H! Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat! Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas hingga ke hari ni untuk meraikan bulan puasa tahun 2016 ni. Setakat hari ni dah hampir 2 minggu kita berpuasa. Ada lagi baki separuh bulan untuk memanfaatkan Ramadhan sebelum bulan Syawal tiba. Azam Ramadhan tahun ni macam biasa lah, kalau boleh nak cuba perbanyakkan ibadat dan amalan rohani berbanding tahun yang lepas-lepas.

 

Selamat menyambut bulan puasa Ramadhan Al-Mubarak
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

 

Dah lama juga tak update blog ni. On hiatus berbulan lamanya. Sejujurnya dalam tempoh ni sampailah ke hari dan dalam bulan puasa tahun ni fikiran dan tindakan, akan saya fokuskan kepada mencari sesuatu yang saya perlu. Saya perlukan suatu formula dalam kehidupan saya. Sepanjang proses mencari jawapan ni saya banyak refleksi diri, muhasabah, try and error, weighing pros and cons dan tak kurang juga menuntut saya untuk lebih istiqomah merujuk kepada Dia yang Maha Esa.

Biasalah kan, hidup ni macam roda. Ada waktu di atas ada waktu di bawah. Sebagai insan biasa, kehidupan tu sendiri satu pentas ujian. Bak kata seorang ustaz yang saya dengar dalam radio Ikim, katanya hidup ni ibarat sungai yang mengalir. Sungai tu adalah ibarat ujian yang sentiasa datang tak henti-henti. Susah atau senang, banyak atau sikit samada kita sedari atau tak adalah satu ujian.

Allah sengaja buat macam ni sebab nak tengok kita ingat kat Dia ke tak. Samada kita nak jadi manusia yang berfikir dan mengambil pengajaran ke tak. Samada kita nak pilih untuk tewas ataupun pilih untuk berusaha dan meraih pahala. Semoga semua ni menjadikan saya insan yang lebih baik dan meningkatkan lagi keimanan saya insyaAllah. Ehh terpanjang pulak mukadimah. Mood keinsafan ke apa ni? Yelah kan bulan baik ni eloklah muhasabah lebih-lebih sikit. Bukan bulan ni je. Tiap-tiap hari pun kena insaf dan perbaiki diri ye dak 😀

Sebenarnya salah 1 faktor tak update blog ni sebab sibuk dengan macam-macam hal. Jadi mood nak berblogging tu agak ke laut lah jugak. Itu je sebenarnya hihihi 😛

 

Persediaan Menyambut Bulan Puasa

 

Untuk tahun ni macam biasa mesti ada buat sikit persediaan sebelum sambut bulan puasa. Tapi setiap tahun priority nya berbeza-beza. Kalau tahun lepas-lepas ada tahun yang dah beli siap-siap baju raya. Ada tahun yang dah borong siap-siap bekalan barang-barang dapur dan masakan. Tapi untuk tahun ni, seminggu sebelum puasa saya fokus kemas rumah! Fuhhh penat! Tujuannya sebab nak dekat raya nanti tak payah lah kena kemas rumah teruk-teruk sangat. Lagipun masa puasa nak fokus lebih kepada amal ibadat.

Tapi tu lah sebenarnya tak sempat siap semua pun hahaha! Cuma sempat buang habuk-habuk disegala celah, vakum rumah atas bawah dan mop lantai serta kemas dapur. Tapi tu pun kira dah banyak sangat. Nanti pelan-pelan nak kemas baju-bajan dalam semua almari, buat kuih raya, kemas laman rumah dan nak dekat raya nanti nak vakum dan mop lagi sekali serta cuci semua tandas. Aduhai heavy duty jugak nak buat semua tu. Anak-anak kecik lagi belum boleh diharap. My darling husband lah nanti kena paksa kerah tenaga untuk tolong 😀

 

Persediaan Menyambut Hari Raya Aidil Fitri

 

As of so far kami belum buat apa-apa persediaan raya. Seujurnya lah kan… alahai lomah betul nak buat preparation raya ni. Saya masih terikut-ikut dengan style raya kat Jepun dulu yang mana kitorang takde buat apa-apa pun sebab beraya ala kadar je. Stress free! Tak perlu nak fikir perkara yang remeh-temeh. Tapi tu lah itu dulu. Untuk tahun ni rasanya macam biasa simple-simple je. Rasanya minggu depan baru nak cari apa-apa patut. Sebolehnya tak nak berlebihan. Cukuplah sekadar yang perlu.

Kuih raya tahun ni nak buat sendiri je. Dan nak beli kerepek sikit. Nak sediakan apa yang kitorang memang makan je. Tak nak lah beli sebab kuih raya tahun lepas ada lagi yang tak habis kat dapur tu. Membazir betul. Untuk baju raya anak-anak belum decide nak beli berapa. Kadang-kadang rasa macam tak nak beli pun ye sebab bila fikir-fikir balik kalau macam baju melayu tu setahun pakai tak sampai pun 10 kali. Tu pun pakai kejap-kejap aje. Rasa macam membazir sangat.

Ada terfikir macam nak cari baju preloved je. Ada lah masuk group preloved kat Fb. Oihhh ramai rupanya orang yang memang beli baju preloved je untuk raya hihihi. Tapi tu lah tak bincang lagi dengan My Darling Husband. Ingat nak keluar je dulu cuci-cuci mata dan survey harga. Nanti baru lah senang nak decide. Untuk diri sendiri pun rasanya nak beli jubah dress atau kurung moden. Nak cari yang nampak lebih santai boleh pakai waktu outing hari biasa. Ehh tak sabar jugak lah nak shopping raya!

Hokayyy setakat ini dululah update terkini daripada SuperMama as a comeback to the blogging world. Again, Salam Ramadhan to all!

Marhaban Ya Ramadhan 1437H, Selamat Berpuasa!
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge