Memang tak ada plan pun nak suruh Ihsan berpuasa tahun ni. Tapi entah macam mana tiba-tiba sebelum terawikh malam pertama tu tu terfikir nak buat cubaan kali pertama berpuasa dan berterawikh pada Si Abang. Saja-saja nak test tengok dia faham ke tak sebenarnya puasa tu macam mana dan sejauh mana dia boleh ikut.

Sejujurnya bila melatih suatu perkara kepada anak special needs ni, kitorang selalunya ikut progress dia. Nak ajar sesuatu tu agak ambil masa. Jadi kitorang pun takdelah nak rush sangat. Kata orang, take one at a time. Tapi dalam masa sama takdelah nak latih lambat-lambat sangat. At the moment kitorang lebih fokus untuk mantapkan solat.

Alhamdulillah Ihsan memang dah boleh solat. Tapi belum sempurnalah macam kita-kita. Ihsan tahu pergerakan solat. Bacaan dalam solat pun dia dah lulus 80%. Doa Qunut je dia belum hafaz dan sebutan bacaan surah-surah dalam solat tu masih banyak nak kena betul kan. Untuk Ihsan, nak gerakkan lidah dan bibir so that boleh menyebut dengan tepat tu pun adalah sedikit mencabar.

 

Yeay Abang berjaya puasa separuh hari!
Pengalaman anak berpuasa kali pertama!

 

Anyway berbalik kepada berpuasa tadi, sebelum ni pun pernah ajar pasal rukun Islam jadi dia faham juga lah sikit-sikit lepas dah social story bergambar. Keluar habis bulan, matahari dan contoh-contoh bagai. Nak explain kepada anak Autism visual learner/thinker tak berapa nak sama caranya bila explain kepada anak neurotypical. Jenuh jugak lah sebab dia fikir in pictures rather than in language.

Cust story short, lepas terfikir tu saya terus lah explain in brief dekat Ihsan berkenaan terawikh dan puasa. Dia pun macam okay je. Anyway saya memang tak dapatlah nak pergi solat Terawikh di surau. Jadi solat dengan anak-anak je kat rumah. Surpisingly, Ihsan boleh ikut solat 11 rokaat sampai habis! In fact sampai ke hari ni, tiap-tiap malam memang dia ikut solat!

Dan tibalah masanya hari pertama berpuasa. Unbelievably Ihsan berjaya puasa separuh hari sampai pukul 12pm dengan lancar! Takde tantrum dan takde protest! Yeay! Masa hari ke 2 pun sama jugak walaupun saya lambatkan lagi waktu untuk dia berbuka sampai pukul 2pm. Tak sampai hati nak suruh teruskan full day sebab lagipun dia tak sahur. Nampaknya Ihsan boleh puasa walaupun sebenarnya dia masih kurang faham konsep puasa.

Bab terawikh pulak walaupun Ihsan tak nak baca langsung bacaan dalam solat, sekadar ikut pergerakan dan banyak kali hilang fokus bila setiap kali Adik kacau, still boleh dikira he did OK sangat lah! For a boy with Autism, known as having focus issue, ada keinginan nak ikut solat sampai habis tu pun kira dah high achievement sangat. Pelan-pelan lah kita latih dia solat dengan sempurna.

Alhamdulillah! 🙂

I knew he could cuma taktau when he would be ready untuk mula berpuasa. Terawikh pun sama. Yelah banyak rokaat kan. Terfikir jugak kot dia tak nak sebab ada banyak rokaat. Lama pulak tu. That’s why rasa tak sangka. Itulah. Kalau tak cuba tak tau kan. Sebab tu pentingnya parents kena optimist dan positive. Kena yakin anak memang boleh buat.

Setakat hari ni baru 2 hari tu je lah Ihsan puasa. Nampaknya boleh lah latih lagi puasa separuh hari bila hari Mama rajin nak monitor. Dah hujung-hujung puasa nanti boleh acah-acah dia puasa full day plak. Nak tengok how long he could endure. Dan bolehlah cuba latih terawikh kat masjid soon nak tengok berapa lama dia boleh bertahan untuk dok diam. Agak suspend bab ni.

Kitorang OK je nak bawak. Mungkin kena cari masjid atau surau yang mesra kanak-kanak. Kurang sikit risiko dapat tenungan makrifat jemaah yang tak boleh tolerate dengan kanak-kanak. Kitorang yakin Ihsan boleh ikut dan behavior dia insyaAllah tolerable. Tapi untuk duduk 100% diam dan tanpa bergerak sikit-sikit tu rasanya agak mustahil buat masa ni. Dah lah suara dia tu tak reti nak cakap slow-slow hihi.

Tapi takpe, niat yang baik moga Allah permudahkan insyaAllah.

Owh, masa latih Si Abang ni, Si Adik pun dilatih sama juga. Tapi being a 3 years 9 months old toddler, agaknya reasoning and being cheeky are among the things she does best lah kot at the moment. Elok lepas kita angkat takbir mulalah dia berlari lah, baring lah, buat bising, tarik-tarik ehhh macam-macam lah. Part mengusik orang nombor 1! Paling dia suka ialah kacau Si Abang solat. Memang selalu sangat jadi bergaduh siap menangis bagai. Grrr!

Anak solehah memang macam ni kot. InsyaAllah esok-esok dah besar sikit dia akan jadi anak yang taat dan tetap mengerjakan solat sama-sama dengan Si Abang. Amin! 🙂

Pengalaman Kali Pertama Cubaan Berpuasa Si Abang Anak Yang Soleh!
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge