Hari Sabtu lepas ada 2nd term progress report day di tadika Aisyah. Memang tak sabar juga nak jumpa cikgu-cikgu tadika dan dengar apa diorang nak cakap pasal Aisyah. Yelah sedar tak sedar Aisyah sebenarnya dah 4 tahun bulan September 2016 nanti. Tahun depan dia dah dikira 5 tahun. Ohoiii dah besar rupanya anak aku ni. Kita je dok rasa dia macam baby lagi tapi hakikatnya dah kena layan macam kakak dah (regardless dia belum ada Adik lagi hihi :P).

Actually we were looking forward pun untuk attend parent-teaching meeting ni. Sebabnya sejak akhir tahun lepas banyak betul perubahan daripada segi management di tadika Aisyah. Kalau sebelum ni hubungan antara parents dengan cikgu-cikgu agak rapat. Branch manager aka guru besar tadika pulak cikgu yang dah senior. Anak dia sendiri dah 8 orang. So very the motherly dan sangat mudah nak berbincang dengan dia pasal anak-anak.

 

Mama tengok report card anak di hari progress report day for 2nd term di tadika.
Mak dapat kejutan bila pergi ambil report card anak di tadika!

 

Tapi sekarang ni cikgu-cikgu tadika kebanyakannya anak-anak dara trang tang tang. Muda-muda sangat lagi jadi character diorang tu tak lah macam makcik sangat. Mungkin masing-masing pun personality diorang jenis tak banyak cakap sangat. But anyway they are all very good especially daripada segi menjaga dan mendidik budak-budak tadika. So kira OK lah dan sangat puas hati. Biasalah tadika mana-mana pun memang selalu tukar-tukar cikgu.

Cumanya I wished if only they could be more forward towards the parents. Biasalah mak pak ni memang suka being updated pasal anak-anak. Kadang-kadang kita pun ada banyak benda nak tanya. Tapi teachers pun macam kekok je bila bercakap dengan parents. Kita tanya berpatah-patah tapi dapat jawapannya sepatah. So bayangkan lah bila mak Aisyah yang kepochi nak tanya macam-macam pasal Aisyah, pusing-pusing konar baring pun tapi jawapan teacher sangat pendek tanpa ulasan. Faham tak macam mana perasaanya tu? Hahaha!

Ehhh banyak songel pulak engkau ni kan 😛

 

4 Years Old Aisyah’s Progress Report

 

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, teacher kata dekat sekolah Aisyah agak shy-shy. Suara kalau cakap pun slow sangat-sangat. At times kuat juga suara dia especially kalau ada aktiviti yang dia suka macam arts activity. Dia ada bestfriend nama Iman Qaisarah. Diorang kalau bercakap pun berdua je berbisik-bisik. Ada banyak sangat cerita diorang masing-masing.

Selalunya kebanyakan waktu Aisyah just obey and follow the rules. Tak banyak kerenah. Kalau teacher suruh apa-apa pun kena cakap slowly dan a few times baru Aisyah buat. A bit slow at timess too. Memang dia sangat mudah dijaga. Aisyah dapat buat all the syllabus tapi perlu lebih banyak latihan. Teacher ada bagi jugak handouts numbers and mathematics untuk buat revision kat rumah. Mama Papa kena tolong Aisyah memorize betul-betul.

Ada jugaklah tanya teacher is there any issue or concern yang we should know? Also ada apa-apa ke yang Aisyah left behind dan perlu fokus lebih? Jawapan teacher? Teacher kata semua OK. Aisyah pun kecik lagi so kita tak nak push sangat. I like sangat hahaha! 😀 Cuma Aisyah perlu practise more on pre-writing. Boleh buat lebih banyak tracing dan connect the dots activities.

Aisyah is totally the opposite berbanding dengan kat rumah. Kalau kat sekolah a bit passive, boleh stay still, senyap dan baik je. Kalau kat rumah suara dia sebaik keluar kereta masa balik daripada sekolah je boleh dengar sampai belakang rumah walaupun dia tak masuk rumah pun lagi. Dah lah tu very the active, always on the move. Seiring dengan keaktifan mulut dia tu. Tiap-tiap hari tak sah kalau tak bergaduh dengan setiap orang dalam rumah.

Teacher pun tak sangka sangat Aisyah macam ni rupanya perangai dia kat rumah hahaha!

 

Follow Your Child Fitrah

 

Honestly dengan Aisyah ni memang tak sama masa dengan Ihsan dulu. Kalau Ihsan dulu saya ajar sendiri. Memang lebih kepada memaksa. Bukan tak nak faham yang Ihsan tu special needs child tapi sebab dia macam tu lah kena bagi kerja kuat lebih sikit. Walaupun memang ada rasa serba salah, tapi disebabkan berhati kering dulu tu lah sangat membantu Ihsan untuk progress.

Dengan Aisyah ni ada juga ajar dia dekat rumah tapi agak susah nak dapat kerjasama dia. Banyak sangat alasan dan jawapan dia. Mungkin jugak sebab Mama dan Papa dah mellowed down a bit berkadaran dengan usia yang bertambah. Tambahan pulak Aisyah memang pergi tadika dan dia boleh follow intsruction. Kalau dengan teacher dia boleh dengar cakap.

Dan mungkin juga sebab dia neurotypical, so we believed that somehow someday she will catch up jugak. Tapi tak nak lah sebab faktor-faktor ni kita jadi lepas tangan pulak kan. Mana tau ada potensi yang boleh digilap. Kalau kita tak bagi perhatian nanti terlepas pandang pulak.

Anyway, puas hati lah dapat jumpa teacher Aisyah semalam. Kali ni kelas Aisyah dapat teacher baru. Teacher Ayu ni nampak a bit elder than us. And it looked like she has more experienced with kids. Lastly masa nak balik saya cuma cakap harap teacher dapat bantu Aisyah build up high self-esteem. Hopefully Aisyah will show more progress in coming days.

Aisyah’s 2nd Term Progress Report Day
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge