Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2016 semua! Alhamdulillah hari ni dah pun hari raya ke 4. Pejam celik je rupanya dah nak habis pun cuti raya seminggu. Esok dah Ahad. Isnin dah buka sekolah dan start kerja. Mesti jem lah agaknya highway hari ni sebab warga kota semua dah pakat tinggalkan kampung halaman. Lepas ni bersusun lah pulak jemputan open house. Yelah orang kita kan raya sebulan.

Tahun ni buat pertama kalinya setelah 11 tahun kahwin, saya berbuka puasa di hari terakhir Ramadhan dan sambut 1 Syawal di rumah mertua. Tahun sebelum-sebelum ni selalunya kalau tak di rumah sendiri, kitorang pergi rumah mak ayah saya ataupun kampung sebelah mak saya. Sebelum tu tinggal di Jepun memang tak beraya pun. Honestly saya dan husband tak kisah pun pasal giliran ni. Kitorang lebih utamakan keselesaan sendiri dan anak-anak je.

 

Selamat Hari Raya Adidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin daripada HazrinaNasir.Com
Salam Syawal daripada HazrinaNasir.Com kepada semua!

 

But anyway, it’s a new and interesting experience for me. Husband pun of course lah happy. Memang seronok pun sebab dah lama keluarga sebelah husband tak dapat berkumpul lengkap adik-beradik. Tapi tahun ni semua ada. Dapat berbuka beramai-ramai. Anak, menantu dan cucu-cucu semuanya ada. Pagi raya pertama kitorang bergambar sekeluarga. Petang raya kitorang berkumpul di Putrajaya untuk gathering raya sebelah keluarga ibu mertua.

Tahun ni juga saya ikut in-law balik ke Perak untuk beraya di kampung sebelah ayah mertua saya. Kitorang pergi masa raya ke 2 berkonvoi 2 kereta. Walaupun balik hari tapi saya dan husband dah lama tak balik sana. Jadi kali ni dapat jumpa lebih ramai saudara-mara. Kiranya tahun ni raya lebih meriah lah. Tak macam tahun lepas-lepas selalunya kitorang pergi beberapa rumah je pastu memerap kat rumah.

Sebenarnya mungkin sebab faktor anak-anak dah makin besar dan lebih mudah nak manage diorang. Makin besar ni Ihsan pun makin pandai sabar, boleh tunggu, makin faham arahan, lebih fokus dan lebih behave. Walaupun ada lah beberapa incidents dia buat perangai ‘comel’ macam menjerit, menangis, tekup telinga, lompat atas katil rumah orang, korek punggung hahaha dan ada lah a few more small incidents. Tapiiii masih under-controlled.

Selain tu sekarang ni saya dan husband pun lebih confident nak handle Ihsan. Lagipun sebab dah ada experiences daripada sebelum-sebelum ni, jadi dah tau apa nak buat bila anak-anak buat perangai. Lebih pandai bersabar dan bertenang kihkih! Nasib baik jugak lah kebetulan tahun ni ada waktu-waktu yang Ihsan tidur lama masa kitorang beraya rumah orang. Boleh lah mak ayah Ihsan makan dan bersembang sakan.

As for Aisyah dia OK je. Cuma biasa lah dia mek lekap. Sentiasa melekattt je dengan saya. Aih apa-apa lah Adik. Sementara nak besar ni kan. Kita bagi chance lah. Cuba jelah bersabar banyak-banyak. Kami balik ke Semenyih masa raya ke 3. Kat sini kitorang beraya sederhana je. Setakat ni tak pergi mana-mana lagi. Duduk rehat-rehat di rumah. Tengoklah esok-esok pulak baru pergi berjalan.

Raya ni dapat bergambar lengkap sekeluarga, dapat jumpa ramai saudara-mara, dapat makan sedap-sedap, dapat berjalan-jalan, lots of laughters, dapat main bunga api, dapat bermaafan, dapat bawak anak-anak jalan-jalan, anak-anak pun happy, dapat pakai baju raya, dapat duit raya and so on. So much positive vibes radiating all around. Memang seronok sangat. Although sederhana but we enjoy every passing moment.

Anyway… beraya dengan anak Autism saya si Ihsan tahun ni takde kejadian yang mengguris hati. Mungkin sebab sepanjang berhari raya orang yang kitorang jumpa semuanya OK dan faham Ihsan. Kalau tak faham pun tapi at least diorang jenis tak kisah. For that I am so grateful. Syukur Allah permudahkan dan beri nikmat beraya dengan keseronokan bersama keluarga terutamanya untuk Ihsan, he got new exposures. Alhamdulillah!

Eh lupa pulak nak cakap. Last but not least HazrinaNasir.Com ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua. Andai ada salah dan silap harap dimaafkan. Kosong-kosong OK! 😉

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2016!
Tagged on:

2 thoughts on “Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2016!

Leave a Reply to encikshino Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge