Bulan lepas genap umur anakku Ihsan yang ke 7 tahun! Pejam celik pejam celik dah besar rupanya Ihsan. Ihsan yang dulu chubby masa baby bukanlah macam Ihsan yang sekarang dah kurus dan meninggi. Tak sangka dah sepanjang ni perjalanan anak ni. Selama tempoh ni juga macam-macam kisah tercatat dalam sejarah hidup dia. Dah macam-macam juga kami belajar daripada dia. Yang pastinya kisah dia masih panjang. Dan masih banyak hikmah yang Allah rahsiakan daripada kami.

Bila bercakap pasal anak yang seorang ni hati rasa cepat tersentuh. Jiwa rasa sarat dengan segala perasaan. Dalam fikiran terasa segala macam-macam nak dinukilkan. Setiap anak ada keistimewaan masing-masing. Tapi untuk anak macam Ihsan Allah hadirkan sejenis perasaan yang unik. Yang sangat mendalam. Mungkin itu cara Allah pelihara anak yang begini? Sesungguhnya dia hadiah istimewa yang Allah beri hanya untuk yang terpilih. Kenapa kami yang dipilih? Wallahualam.

Namun Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya maka Dia memberikan yang terbaik. Terima kasih Allah untuk anugerah ini.

 

Happy 7th birthday anak soleh!
Happy 7th birthday dear son!

 

21st August 2016.

Happy birthday Ihsan! Too much to say if it’s regarding Ihsan. What an amazing and special son he is that it will always be hard for me to stop once I start. So I better save them later in blog. . Ihsan is lucky that Allah made Ihsan to be different and placed him a step closer to Jannah. He is among the chosen one! May Allah love him even more and always. May the angels love him. May everyone he encounters along the path of life loves him. May he always be the coolness of our eyes. May Ihsan grow up to be a strong pillar in the way of Islam. May Allah always keep him under His protection, guidance and mercy. And may he be a source of joy and happiness for us parents on the Day Of Judgement. Ameen! . Thank you Allah for this incredible child blessed to us 7 years ago. Alhamdulillah.

 

Kata-kata di atas ni apa yang saya post di Facebook masa hari jadi Ihsan. Hari tu kami sambut birthday dia macam biasa in a small celebration with family saja. Mak Tok Ihsan belanja kek Secret Recipe. Merasa lah Mama Papa makan kek sedap hihi. Petang tu lepas beli kek, bawak balik, ambil gambar, pasang lilin, nyanyi birthday song, tiup lilin, potong dan makan!

That’s our tradition every year with the kids. Anak-anak ni kalau dapat tiup lilin, nyanyi-nyanyi, potong dan makan kek dah cukup happy dah. Simple saja. Kitorang pilih Black Forest Cake dan Ihsan memang suka kek tu. Dia yang banyak makan. Bagus lah kan memang kek dia pun. Lepas potong kek petang tu kitorang cepat-cepat dinner dan bersiap sebab nak pergi IOI City Mall lepas Maghrib.

Actually takde apa pun nak cari. Saja je nak bawak Ihsan dan Aisyah jalan-jalan ambik angin sambil window shopping. Macam biasa lah dah sampai sana singgah Toys’ R Us. Puas lah diorang membelek toys sampai tak nak balik. Sempat lah masing-masing merajuk sebab tak dapat apa diorang nak. By the time keluar daripada tengok toys tu pun kedai dah banyak nak tutup.

Nak tengok Lego tak sempat. Borders pun dah tutup. Big Apple Donuts pun dah lama tutup. Lagilah bertambah merajuk masing-masing kihkih. Kami jalan-jalan sikit lagi sebelum terus balik. Dalam kereta dua-dua terus tertidur. Kepenatan sangat lah tu 🙂

Alhamdulillah atas nikmat pinjaman anak-anak hingga ke hari ini. Moga Allah jadikan kami ibu dan bapa yang lebih baik daripada hari ke hari dalam memikul tanggung jawab. Pertambahan usia anak bermakna lebih berat tugas sebagai mak ayah. Semoga kami dapat menjadi ibubapa terbaik dan sentiasa dalam landasan yang diredhai Allah.

Genap Umur Ihsan Yang Ke 7 Tahun!
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge