Rasanya itulah yang saya alami sekarang. Saya sedang menghadapi fasa writer’s block yang agak panjang. Buktinya? Untuk tahun 2016 ni, belum sampai 10 entry blog pun yang saya dah berjaya published. Padahal sekarang ni dah bulan September. 3 bulan saja lagi dah nak masuk tahun baru 2017.

Tapi itulah sebenarnya banyak kali cuba nak update. Tapi serba tak kena dan macam tak reti. Taip padam, taip padam. Tenung laptop. Klik sana-sini. Kadang-kadang dah taip hampir siap tapi tiba-tiba lost. Sudahnya tekan save draft tak pun log out je terus.

Please come back my mojo. Saya perlu semangat menulis!

Dah macam on hiatus pulak blog ni sebab dah lama tak update. Salah satu puncanya sebab banyak mengadap FB. Kalau dulu ada Twitter lagilah tak sempat nak jenguk blog. Dah lama delete Twitter. Tapi dah ada akaun Instagram pulak. Sikit sebanyak sebenarnya ni faktor kenapa kurang berblog. Sebab idea dan masa dah tercurah kat platform sana.

Antara punca lain, many things take place this year. Kadang-kadang dalam keadaan dan situasi tertentu, lebih baik elakkan menulis.

 

Writer's block go away!
Orang kata, nak lawan writer’s block ni caranya kena tulis aje apa-apa.

 

But anyway, saya tengah cuba nak back on track. Semoga dikurniakan kemampuan dan kemudahan kepada saya untuk menulis yang bermanfaat, insyaAllah.

 

PS – Oh well finally managed to post something new! 😀

Fasa Writer’s Block Yang Panjang
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge