Dah lebih 2 minggu Semenyih dan banyak kawasan di Selangor ni alami gangguan bekalan air. Gara-gara ada satu kilang dekat Sungai Lalang yang buang bahan perindustrian ke Sungai Semenyih. Air jadi tercemar dan busuk. Tak pasal-pasal lebih sejuta penduduk terseksa takde air kat rumah. Sampaikan hari tu ada kematian di kampung. Terpaksa panggil lori Syabas datang sebab nak uruskan jenazah.

Diketika ini Alhamdulillah dah ada air kat rumah sejak tengahari tadi. Mula-mula slow dan kecil je airnya tapi baru kejap tadi tengok dah besar dah. Tak taulah berapa lama ada air ni. Sebab sejak hari tu on off je air kat sini. Tapi dalam banyak-banyak hari minggu ni memang agak kronik. Sebab ada hari yang putus terus airnya. Langsung tak keluar setitis pun!

Dalam takde air ni masih bersyukur jugak lah sebab air tak putus terus berhari-hari. Kitorang pun memang sentiasa takung air dalam 2 tong besar sebab dah tau kat Semenyih ni selalu terganggu bekalan air. Itupun kitorang tak pakai pun lagi air dalam tong. Kiranya masih mencukupi lah air kat tangki tu. Dalam berjimat-jimat boleh jugak lah buat basuh kain sikit. Tapi kalau family ada anak ramai memang boleh jadi tak cukup.

 

Gunakan air dengan berhemah.
Air nyawa kehidupan.

 

Lori Syabas ada juga lalu tapi tulah tak perasan bila dia datang tu. Semalam kebetulan je masa jengah keluar tingkap ternampak tanker Syabas lalu perlahan-lahan je. Bukan sebiji tapi 2 biji! Kita dalam rumah kat tingkat atas, memang tak sempat lah nak panggil. Tapi memang takde nak ambil air pun sebab dah ada simpan air kat rumah. Lagipun tak kuasa nak angkut. Kaki dah lah sakit hihi. Takpelah, bagi kepada yang lebih memerlukan.

Cuma kesian lah dekat jiran-jiran yang bekerja. Anak pulak ramai. Memang tak cukup air kat rumah. Kadang-kadang air ada waktu diorang kerja jadi tak dapat nak takung daripada paip. Syabas pun datang waktu diorang takde rumah. Kadang-kadang tanker lalu tengah malam tapi ramai dah tidur memang tak sedar lah. Tapi nasib baik jugak lah kawasan ni masih ada air takde putus lama-lama macam sesetengah tempat.

Rumah yang dekat kawasan tanah tinggi sikit, rumah apartmen, kawasan perumahan lama dengar macam lagi teruk takde air. Paling kesian dekat warga tua, orang sakit dan ada anak-anak OKU. Nak angkat air pun tak larat. Harap ramai lah jiran tetangga yang prihatin dan membantu. Bila takde air ni memang lah nak terkencing, terberak, anak muntah, nak masak, nak membasuh semua pun jadi payah.

Apatah lagi kalau kebetulan dah plan nak berkenduri-kendara. Bukan senang-senang boleh postpone. Sedikit sebanyak memang sangat menguji kesabaran. Masa ni lah rasa nak marah orang sana-sini. Ramai yang marah Syabas. Dahhh nak marah ke Syabas kenapa? Bukan dia yang cemarkan air tu. Baguslah dia terpaksa hentikan bekalan air sebab nak rawat dulu air yang tercemar tu. Nak ke guna air tercemar?

Ada yang kata Syabas tak hantar air. Ohhoi kesian driver tanker tu tengah-tengah malam pukul 1 pagi pun dok hantar air lagi. Banyak kot kawasan nak hantar. Dah habis nak kena pusing jauh pergi ambik air lagi. Patah balik hantar air lagi. Penat dia terpaksa bekerja lebih masa entah-entah air kat rumah pun anak bini kena angkut sendiri. Dah lah penat, kena marah pulak.

Tanker Syabas pun tak cukup sebenarnya. Sampaikan diorang kena minta bantuan bomba agihkan air. Bertimbang rasa lah sesama kita. Kalau tak kurang kat kita, kurang kat orang lain. Kalau tak lebih kat kita, lebih kat orang lain. Elakkanlah daripada saling menyalahkan. Sama-sama bekerjasama dan menghormati pihak-pihak berkenaan. Sesekali Allah nak uji. Baru takde air dah melatah. Itupun masih cukup untuk makan minum kan? Mungkin kita sebenarnya perlu lebih bersyukur. Sama-sama kita muhasabah 🙂

 

Air Oh Air!
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge