Alhamdulillah akhirnya minggu ni dah sampai ke penghujung. Ini bermakna Ihsan dah pun selesai menduduki peperiksaan akhir tahun. Legaaa. Rasanya ramai mak-mak yang kerisauan sepanjang minggu lepas. Yang stress dan yang tak cukup tidur pun ada rasanya sebab sibuk fokus buat ulang-kaji dengan anak-anak. Tapi kitorang relax je ahaha! Langsung takde buat apa-apa revision. Cuma malam sebelum tidur banyakkan social story dan bagi nasihat. Kitorang lebih fokus kepada pastikan dia dapat rehat yang cukup dan mood dalam keadaan yang baik.

Honestly, Ihsan pun tak berapa faham lagi apa maksud examination tu sebenarnya. Dan dia tak faham juga apa kepentingan ambil peperiksaan. Nak risau? Ehh memang tak lah. Ini status yang saya post di Facebook masa hari pertama exam 😀

Rasa nervous sikit. Perasaan ni hanya akan berakhir pada hujung minggu ni. Sebenarnya Ihsan start exam hari ni. Itu lah pasalnya. Walaupun begitu, tuan punya badan subjek yang sedang diperkatakan ni beliau berbahagia je pun.

Minggu ni Mama yang perlu lebih bertenang, mendoakan beliau banyak banyak banyak, dan bagi kata-kata positif supaya dia always in good mood dan fokus berada pada tahap optimum.

 

Keputusan peperiksan awal tahun Ihsan.
Ini result exam Ihsan masa penggal pertama hari tu. Tak sabar pulak nak tau result penggal ke 2 ni macam mana.

 

Ihsan belajar di PPKI. Exam di kelas khas memang tak sama lah macam di kelas perdana. Ihsan cuma ambil subjek teras saja. Soalan exam pulak sangat lah mudah dan very the basic to which saya yakin sebenarnya Ihsan memang boleh sangat jawab. Sebab dia sendiri kat rumah dah belajar lebih daripada tu. Macam exam masa semester 1 hari tu pun dia boleh buat dan dapat nombor 1 dalam kelas.

Sejujurnya saya bukanlah kisah sangat dengan result Ihsan. Saya lebih risaukan behavior dia. Kisahnya lately perangai Ihsan dekat sekolah agak sukar dikawal. Dia takde lah buat apa-apa sangat pun. Tapi dia tak nak bagi kerjasama, tak nak masuk kelas, buat perangai menangis macam baby dengan suara nyaring dia tu, kacau kawan-kawan, baring-baring kat lantai dan sangatlah tak fokus. Dengan kata lain buat perangai degil.

Jadi kalau dia buat perangai macam yang saya sebut tu sepanjang minggu peperiksaan, macam mana dia nak stay still duduk jawab soalan exam sampai habis? Takde maknanya kalau kau pandai pun tapi tak nak jawab okeh! 😛 Untuk Ihsan bagi saya dapat markah tinggi adalah bonus je. Kebolehan dia untuk alert dan fokus, patuh kepada arahan, boleh bersabar menunggu, faham apa yang perlu dibuat, mahu menulis, itu sebenarnya yang lebih penting.

Sebab kalau ikutkan umur, perkara-perkara ni lah yang menunjukkan perkembangan kematangan dan EQ Ihsan. Kalau perkara-perkara macam ni pun masih ada banyak masalah, I should be alarmed. Alhamdulillah cikgu-cikgu kata Ihsan ‘nak’ jawab soalan exam. In fact Ihsan antara calon yang selalu cepat je siap. Amboi! Cuma masa hari pertama exam tu ada 2 papers, BM dengan Math. So Ihsan agak stressful dan tantrum.

Cikgu kata entah kenapa hari tu Ihsan dan budak-budak kelas dia ramai moody sampai tak berjaya nak calm them down! Ahahah! Tapi saya rasa sebab hari Isnin. Sebelum tu masing-masing dah sedap bercuti weekend. Tetiba kena masuk exam pulak. Faham-faham jelah. Tapi di hari Jumaat ni tamatlah sudah peperiksaan akhir tahun untuk tahun 2016. Dan hari ni pembantu murid kata Ihsan buat perangai berguling-guling dekat lantai dan meludah. Hadoi!

Anyway, dapat tau daripada pembantu murid yang Ihsan salah 1 soalan untuk subjek Math. Untuk subjek lain tak pasti pulak macam mana. Cuma untuk subjek agama agak worry sebab Ihsan tak berapa suka. Tapi harapnya Ihsan boleh maintain result macam semester 1 hari tu atau lebih baik lagi. Walaupun sebenarnya saya tau kalau markah dia tinggi tu kenapa dan kalau markah rendah tu kenapa.

Untuk murid PPKI, bila exam cikgu-cikgu akan bantu. Bukanlah bagi jawapan. Tapi assist murid untuk faham apa soalan nak, ingatkan murid mana perlu jawab dulu, nak tulis kat mana etc. Yelah sebab murid macam ni kalau tak diberi perhatian silap-silap dia tak jawab pun soalan. Ataupun lain ditanya lain yang dijawab. Nak-nak pulak yang hyperactive dan tak duduk diam. Tapi ramai juga murid PPKI yang boleh berdikari. Jadi cikgu bantu sikit-sikit saja.

Untuk result semester 1 haritu, Ihsan dapat A untuk semua subjek. Ihsan dapat markah tinggi untuk subjek BM dan BI. Untuk Math ada soalan yang dia tak jawab so potong sikitlah markah kat situ. Untuk agama memang nampak Ihsan tak faham soalan dan ada perkara yang dia memang tak tau. Walaupun dah belajar dalam kelas tapi dia tak grasp dan tak ingat agaknya. Cuma untuk tingkah-laku memang markahnya rendah. Itu cikgu tak cakap pun tau dah huhu

Takpelah lepas ni boleh terus fokus sambung buat terapi yang lebih insentif kat rumah, cuba tackle lebih daripada segi behavior modification, sensory issue, social story, akademik dan apa-apa patut. Walaupun banyak progress Ihsan tapi lagi banyak yang nak kena kejar. Rasanya diusia begini dia baru mula pandai nak ‘menakal’. Lagipun di usia 7 tahun memang ada perubahan hormon yang lebih mendadak. Given that the way his brain processing things differently, itulah keluar yang pelik-pelik tu.

Phewww, gambarimasu!

Yeay Ihsan Dah Habis Exam!
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge