Alhamdulillah hujan lagi hari ni. Nak tunggu merasa salji turun memang tak lah kan. Ntah bila dapat rasa lagi. Teringat dulu bila snowing rasa macam riang gembira dalam hati. Perasaan tu macam budak2 dapat lollypop. Serious tak tipu 😀 Tapi tu dulu… Sekarang ni dapat hujan pun jadi lah. Somehow bila memikirkan waktu nak mandi atau bangun Subuh masa winter dulu tu rasa tak sanggup pun ye juga. Setiap kali nak menempuhi kesejukan tu mesti teringat Msia hihi 😛
Actually ni baru ada peluang nak duduk. Dari tadi kalut dengan anak2. Ni dua2 tengah nap.  Kecoh betul bila dua2 bangun. Ada2 je hal nya lepas sorang sorang. Rasa macam nak join sekali diorang tido. Tapi hmm dah petang ni. Lagipun banyak benda nak buat. Kerja rumah tak habis2. Hmm nak cerita apa dulu? Banyak sangat nak cerita sampai tak tau dah mana nak mula dulu hihi 😛 Kita mulakan dengan perkembangan anak-anak lah. Alhamdulillah semuanya under control. Cuma anak-anak asyik tak sihat. Mungkin sebab cuaca sekarang. Kejap2 demam, selsema, batuk and sakit tekak. Bila dah lega esok lusa kena balik. Ihsan minggu ni belum attend skool. Patutnya pagi tadi dah nak hantar. Sebab dia just batuk2 sikit2 je lagi. Tapi hubby kata kesian lah apa lah so tak payah skool. Padahal sebelum tu beriya dah siapkan breakfast bawa naik atas depan TV. Siap dah buka cartoon Tayo Little Bus. Ended up Mama yang makan breakfast sorang2 dalam gelap sambil tengok Tayo. Esok InsyaAllah boleh lah gi skool.
Aisyah plak selsema. Asyik demam on off tapi tak lah kerap sangat. Last week sebab sakit tekak rasanya. Ni sebab selsema plak. Tak lah panas sangat tapi suam2. Hingus pun meleleh je. Bila tak sihat ni banyak lah sket songehnya. Lagipun dah makin besar memang lah dah makin ‘cerdik’. Bila tak sihat tu bertambah2 lah akal dia kan. Kalau orang lain dukung tu bertahan sekejap je lepas tu bising lah mulut dia. Nak Mama jugak. Memilih orang juga Aisyah ni. Ni dia tengah tido kat dalam buaian kat bawah. Buaian tu memang letak kat bawah. Selama ni dia senang je tido tak berbuai pun. Kalau nap letak atas katil lah atau dalam crib. Tapi lately kalau tido nak bf sambil baring. Susah juga lah nak buat kerja macam ni. Bila masukkan dalam buaian senang plak tido. Actually buaian tu stand by je kat bawah guna waktu nak buat kerja2 kat bawah. Nampaknya terpaksa lah akur menggunakan buaian. My mom dari dulu suruh tidokan guna buaian hence the buaian is there. Nanti nak kena bawa naik atas lah buaian tu.
Disebabkan ini juga lah lately rasa macam nak bagi pacifier kat Aisyah. Sebab at times bila memerlukan dia sabar sekejap pacifier boleh membantu to sooth her. Tengok lah nanti macam mana. Walker pun nak kena keluarkan daripada dalam kotak. Supaya senang nak buat kerja. Dia dah besar kan. Mana nak berbaring je. In fact dari lahir lagi suka position menegak je. Perasan besar betul Aisyah ni. Tapi yang kelakarnya dia belum lagi nak meniarap hahaha! Dia boleh angkat badan bila ditiarapkan. Boleh melunjur sket2. Tapi nak berpusing sendiri tu memang dia tak suka. Sekarang tengah galakkan dia meniarap. Yelah mungkin dia belum ready lagi. But no harm pun encouraging her.
Honestly, I don’t prefer using buaian, pacifier and walker. Bukan lah anti tapi tak lah suka. Tak dinafikan those equipments boleh membantu saya buat kerja. Tapi to me selagi takde keperluan tak payah lah kot. Tapi bila macam keadaan mendesak ni, I have to consider lah using those. Not excessively. But just at times when I feel need to. Hmm gambar anak2 nanti lah. Sejak balik for good malas betul nak transfer2 gambar 😛
                                    
Kids Down With Cold

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.