Terasa nak update sesuatu tapi lama lah dok tenung-tenung laptop ni, tengok Facebook, tengok websites, tengok magazine, idea apa nak cerita tu banyak, in fact banyak yang pending. Tapi yang jadi masalahnya mojo tu tak kunjung tiba huahua. Semangat datang lahhh. Ke mana kauuu? Eh perasan tak header baru blog ni? Comel kan? (Ehehe izinkan lah akak puji diri sendiri sesekali). Gigih tau buat. Janji tak tukar dah. Rasanya puas hati dah dengan yang ni. Tak macam sebelum-sebelum ni bila dah siap rasa suka tapi ada sekelumit rasa hmmm dalam hati tu.

Ok berbalik kepada semangat ku yang hilang tu. Actually I have been under the weather since last week. On off runny nose, sneezing, at times kepala dan rongga mata ni rasa sengal, tekak pun dah pedih dan suara pun dah serak-serak. In fact semua orang in our little family ni begitu. Daripada husband sampai lah ke anak-anak. Usually I am the strongest one. Tapi kali ni kita pun ikut haywire sama. Agak mencabar sebenarnya bila kena menguruskan rumahtangga dan anak-anak dalam keadaan badan rasa tak berapa sihat ni. Emosi pun ikut sama tak stabil. Haih.

I suspect it is due to the weather yang sekejap hujan sekejap panas. Lately agak kerap hujan. Dan saya perasan kalau hari hujan kitorang agak cepat nak kena cold. Walaupun tak teruk tapi mesti ada sikit. Ditambah pulak kami anak-beranak ni memang ada resdung. Husband memang boleh kata on going. Ihsan pun sama tapi tak seteruk husband. Both of them kaki bersin dan alah habuk. Aisyah pula mudah berkahak kalau sejuk dan banyak main air. Myself, rasanya becoming very sensitive kepada persekitaran sebab tu dah mengikut macam Ihsan dan husband.

 

undertheweather
Rasa macam dalam gambar ni lah sekarang ni huhu

 

Dah tu cuaca hari ni pun sama ikut mendung dan kelabu, seakan-akan menggalakkan lagi kesenduan jiwa ni. Bertambah lemau pulak rasanya. Tapi takpela, harapnya tak lah berpanjangan. Nak tak nak kena lawan juga. Kalau dilayan-layan apa kerja pun tak jadi. Have to get used to it. Perhaps eventually keadaan kesihatan diri sendiri, anak-anak dan suami makin baik. Owhh actually Ihsan dah on medication pun sebab badan asyik dedar-dedar dan tekak dah merah tanda ada infection. Kesian lah anak bujang tu. Dah la nak bagitau pun tak berapa pandai lagi.

So, it’s the end of weekend. Ramai orang pergi berholiday atau staycation kat mana-mana sempena cuti Deepavali ni. Tapi kami duduk rumah saja. In fact sebenarnya sekarang ni ada di rumah parents. Tapi mak ayah tak ada sebab diorang balik kampung Langkawi. Kita kena lah jadi penjaga rumah dan tukang tengokkan kucing-kucing tu. Husband pulak kerja. Weekend lah dia paling sibuk. Esok dah Isnin. Tadika Aisyah tak cuti, so dia sekolah macam biasa. Ada sebab jugaklah tak dapat ke mana-mana. Kalau tak Aisyah kena ponteng pulak. Rugilah dah bayar mahal.

It’s ok lah. Dihari lain nanti ada rezeki untuk bercuti-cuti jugak bila kesihatan semua elok-elok dan ada kelapangan masa. Barulah best nak enjoy kan? InsyaAllah. Oklahhh nak tido. Mengantuk sudeh 🙂

Feeling Under The Weather
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge