Bila bercakap tentang harapan masa depan, saya ingat lagi masa kami mula-mula cari rumah dulu lepas balik daripada Jepun. Memang dah rancang sebelum tu sebolehnya tak nak tinggal menyewa. Nak terus beli rumah sendiri. Alasannya sebab bayar installment rumah bulan-bulan pun dah lebih kurang je dengan kadar sewa bulanan.

Kalau boleh saya nak beli rumah di kawasan yang dah well-established macam Bangi atau Subang Jaya. Sebab pada fikiran saya masyarakat di bandar-bandar tu lebih educated. Selalunya masyarakat yang lebih berpendidikan ni lebih baik cara pemikiran dan akhlak. Sekolah pun lebih bagus dan ada standard tinggi. To which saya rasa boleh bagi kesan lebih positive untuk pembesaran anak-anak.

Maklumlah kan harapan mak ayah terhadap anak masing-masing mestilah ‘tinggi’. Disebabkan itu, selalunya parents memang nak bagi yang ‘terbaik’. Supaya anak-anak jadi orang yang ‘bagus-bagus’. Walaupun hakikatnya ‘tinggi’, ‘terbaik’ dan ‘bagus-bagus’ tu sangat subjektif mengikut interpretasi masing-masing.

 

Cerita tentang harapan seorang ibu terhadap masa depan anak-anak.
Dalam lubuk hati yang paling dalam, setiap ibu bapa mesti ada tersimpan harapan dan masa depan tinggi untuk setiap anak kan?

 

Tapi husband kata dia tak kisah pun beli rumah kat mana-mana. Sekolah semua sama je. Yang penting didikan mak ayah tu. Dah habis sekolah rendah nanti masuklah asrama penuh. Yakinn sungguh kan hehehe. Akhirnya kitorang pun beli rumah yang outskirt sikit daripada KL. Tak lah kampung pun. Dan still dekat je dengan KL tu.

Akhirnya kitorang beli kat sini sebabnya dah penat pusing merata. Kitorang terjumpa rumah yang memenuhi ciri-ciri yang kitorang nak. Tak jauh daripada KL dan yang penting sekali within our budget. Yang pentingnya padan la dengan harga. Dah lah tu dekat pulak dengan rumah mak ayah. Padahal sebelum tu sebolehnya tak nak tinggal dekat dengan parents.

Tingginya harapan dan jauhnya perancangan mak ayah kan? Sampaikan nak beli rumah pun terfikirkan anak-anak.

 

Allah Sebaik-Baik Perancang

 

Tapi sebaik-baik perancangan manusia, Allah lah sebaik-baik perancang. Siapa sangka tak lama lepas tu Ihsan had been diagnosed as having mild ASD. Dunia saya berputar 180 darjah. Saya hilang panduan sekejap lepas tu. Yelah, kita dah ada plan dan dah bayangkan dah masa depan kita macam mana. Tapi bila jadi macam ni saya taktau apa perlu fikir dan kemana nak tuju. We were directed to a path that only the chosen ones can follow. So, it was totally a new thing to us. And it was so overwhelming.

Dulu pemikiran saya lain. Lepas Allah kurniakan saya 3 orang anak dengan setiap sorang membawa pengajaran yang berbeza-beza. Anak pertama was born stillbirth pada minggu ke 38 pregnancy. Tunggu masa je nak bersalin, tiba-tiba baby dalam perut tak bergerak. Anak kedua pulak mild Autism. Kedua-dua pengalaman sangat memberi tamparan hebat kat saya. Anak ketiga pulak normal.

Kehadiran 3 orang anak ni sangat banyak mengubah diri dan pemikiran saya. Tapi sekarang pun masih belajar dan masih banyak yang perlu diperbaiki. Memang Allah anugerahkan anak-anak ni sebagai guru kepada Mama diorang ni. Yet, I’m still far away than being a perfect mom. Kalau dulu saya kiasu. Tapi sekarang saya belajar untuk lebih bersabar, lebih berkompromi, lebih considerate, lebih bersyukur dan banyak lagi.

 

Tentang Harapan

 

Anak-anak, saya tak pernah tanya apa cita-cita diorang. Rasanya kalau tanya pun entah apa-apa jawapan keluar. Kebanyakan mak ayah biasalah mestilah sebolehnya nak anak-anak jadi orang yang paling hebat, paling bijak, paling Berjaya dan sebagainya. Saya dulu fikir macam tu. Tapi sekarang, bagi saya kalau jadi orang yang berkeperibadian tinggi yang berguna tu bagi saya syukur sangat dah.

Kalau Aisyah insyaAllah saya yakin dia boleh berdikari dan berjaya macam anak-anak normal lain. Untuk Ihsan, saya kena yakin juga tapi usahakan 2 kali ganda daripada sekarang untuk latih dia. Sekarang saya fokus perhati dan cuba kenal pasti apa minat dan apa kekuatan diri masing-masing. Supaya saya boleh bantu lorongkan dan kembangkan bakat dan cita-cita diorang. Kalau boleh biarlah jadi all rounder.

Tak dinafikan nak membesarkan anak dizaman sekarang makan kos yang tinggi. Memang betul setiap anak dah ditetapkan rezeki masing-masing. Tapi parents perlu usaha untuk dapatkan bahagian yang dah ditetapkan tu. Ada orang berpendapat tak perlu buat persediaan untuk masa depan anak. Pandai-pandai lah diorang sendiri. Tapi saya kurang setuju. Ada banyak sebab kenapa. Next time lah cerita kenapa saya berpendapat macam tu.

Dan antara persediaan yang kami buat untuk masa depan anak ialah buat simpanan bank, sediakan insurance yang cover medical dan education fund, buat simpanan Tabung Haji. Dan insyaAllah akan ditambah lagi. Ada banyak cara sebenarnya nak buat persediaan untuk masa depan anak. Apa yang penting sebenarnya bagi saya at least kena ada. Tambah-tambah lagi kalau ada anak istimewa. Wajib buat.

Dalam membuat persediaan kewangan, sibuk cari duit jangan sampai lupa luangkan masa dan kasih-sayang kepada anak-anak. They need our presence more than presents. Sebab anak-anak yang rapat dengan mak ayah selalunya lebih bijak dan berjaya. Walaupun again, ‘bijak’ dan ‘berjaya’ tu sangat lah subjektif. Takde kelulusan tinggi tapi bijak mengurus hidup dan boleh berbakti kepada mak ayah di hari tua bagi saya itu pun cemerlang juga.

Apa pun yang anak-anak saya nak jadi dimasa depan, I always keep all options open. Ceburi bidang yang diminati sepenuh hati. Jadi orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Dan biarlah apa yang dikerjakan membawa manfaat kepada keluarga dan masyarakat serta mendekatkan diri kepada agama. Apa yang paling penting jadi insan yang soleh solehah, beriman, bertakwa, bersyukur.

Kisah Tentang Tingginya Harapan Ibu Ayah Terhadap Masa Depan Anak-Anak
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge