So, ini adalah entry pertama untuk tahun 2017! In fact we are already in the second month of the year. Harapnya masih tak terlalu terlambat untuk wish Happy New Year 2017! Better late than never right? I really hope this year will be better than last year. Semoga tahun 2017 ni kita dikurniakan kesihatan yang lebih baik, kegembiraan, kebahagiaan, kejayaan dan juga sweet memories. Harapnya tahun 2017 ni I could perform myself as an individual much better in order to achieve my 2017 resolutions, InsyaAllah.

To be true, 2016 has been a year full of challenges for me. The year that I learn a lot about  so many things. Bak kata ustaz dalam radio, kehidupan tu adalah ujian. Selagi bernafas, selagi itu lah kita akan sentiasa diuji. Sebagai hambaNya, mungkin Allah nak ajar saya untuk menjadi seorang yang betul-betul memahami makna sabar, redha dan tawakkal. Allah takkan menguji melebihi kemampuan hambaNya. Semoga setiap cabaran yang dilalui meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan sebagai hambaNya.

 

Selamat Tahun Baru 2017
Selamat Tahun Baru 2017. Semoga tahun ini adalah lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah

 

Azam Tahun Baru 2017

 

Anyway, apa azam tahun baru korang? Dah ada yang tercapai? Or at least dah start working on it ke belum? Saya tahun ni azam lebih kurang macam tahun yang lepas-lepas juga. Cuma tahun ni kalau boleh nak take serious dalam setiap paerkara yang saya target nak capai. Antara resolusi tahun ni ialah:

 

1. Nak kurus dan nak jaga kesihatan diri!

Yes. I have gained so much weight ever since Aisyah weaned off from breastfeeding lebih kurang 2 tahun lepas. Nak kata makan banyak sangat tak pun. Tapi mungkin faktor umur yang dah masuk 30an dan rutin aktiviti harian yang kurang menggunakan fizikal, hence that’s why berat tu naik aje. In total berat sekarang dah bertambah 15kg! Huwaaa! So targetnya nak turunkan berat sampai 45kg dan amal gaya hidup sihat.

 

2. Nak capat income yang stabil

Ye walaupun saya surirumah tapi saya sebenarnya bekerja daripada rumah aka working at home mom. Hakak kan buat bisnes online Shaklee. So dah lama dah terjebak berbisnes online ni. Selama 4 tahun lebih ni I I took my own sweet time gaining experience and knowledge. Dah tiba masa untuk betul-betul cabar diri untuk kejar dan capai target. Alang-alang dah buat kan. Biar sampai menjadi!

 

3. Nak jadi ibu, isteri, anak, saudara, sahabat yang lebih baik

Saya nak jadi seorang yang lebih baik dimata anak-anak, suami, keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan. Saya nak jadi seorang yang lebih sabar, tenang, ceria dan disenangi orang sekeliling. In fact kalau boleh saya nak jadi orang yang boleh membahagiakan orang-orang disekeliling terutamanya insan-insan penting dalam hidup saya.

 

4. Tingkatkan kualiti diri sebagai individu

Saya nak cabar diri jadi seorang hamba Allah yang lebih baik, yang menjaga dan meningkatkan lagi hubungan saya dengan Allah. Dengan kata lain, sebagai muslimah yang lebih yang lebih proaktif, produktif, positif dan solehah. Kalau boleh nak kurangkan sebanyak boleh sikap-sikap yang tak baik dan merugikan dan membina sikap-sikap mahmudah dalam diri. Moga-moga saya boleh jadi hamba yang beriman, bertakwa dan bersyukur.

 

5. Memberi nilai tambah dalah kehidupan orang lain

Tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima kan? So mulai tahun ni juga harapnya saya boleh lebih banyak memberi kepada orang sekeliling terutamanya insan-insan tersayang. Samada daripada sudut kewangan, tenaga, masa, idea hatta senyuman. Saya ada 1 cita-cita yang selalu saya doa tiap-tiap hari lepas solat. Moga-moga Allah izinkan saya untuk capai impian yang 1 ni.

 

Ok cukuplah share 5 tu je. Ikutkan of course lah banyak lagi. Tapi kita simpan dalam personal log book sudah. Korang tolong doakan saya tercapai semua azam di atas. Semoga tahun 2017 akan jadi tahun yang lebih awesome untuk kita semua. Moga Allah permudahkan insyaAllah. Amin!

Better Late Than Never Right? Happy New Year 2017!
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge