Apakah Immunoglobulin?
Immunoglobulin adalah sejenis protin yang membantu badan melawan penyakit. Singkatan bagi immunoglobulin iaitu Ig, turut dikenali sebagai antibodi. Protin ini terdapat pada pelbagai bahagian dalam badan, bergantung kepada jenis immunoglobulin tersebut dan fungsinya. Terdapat 5 bentuk antibodi dalam badan dan setiap satunya mempunyai tugas yang tertentu.
5 Jenis Immunoglobulin (Ig) Atau Antibodi
IgA terletak pada saluran pernafasan dan saluran penghadaman, hidung, telinga, mata dan vagina. IgA adalah bertanggungjawab melindungi badan daripada anasir luar. Ianya dijumpai dalam air liur, darah dan air mata. IgG adalah sejenis immunoglobulin yang terkecil dan terletak dalam seluruh bendalir badan. Ia bertanggungjawab melawan jangkitan bakteria dan virus. Dan juga satu-satunya antibodi yang dapat melepasi plasenta untuk melindungi fetus ketika kehamilan.
IgM adalah antibodi terbesar. Ia adalah pemberi tindak balas kepada jangkitan, dan terdapat pada darah dan bendalir limfa. Seiring dengan peningkatan tindak balas terhadap bahan asing, IgM juga menggalakkan sel sistem imun yang lain untuk melawan jangkitan. IgD terdapat pada tisu dada dan torso atau tulang utama badan. Para pengkaji masih belum dapat memastikan apakah fungsinya.
IgE terlepas pada pelbagai membran mukus, dalam kulit dan paru-paru. IgE adalah bertanggungjawab kepada tindak balas badan terhadap alergen seperti debunga, kulat, spora dan sel-sel mati. Ia juga boleh memulakan tindak balas allergi apabila terdedah kepada susu, ubatan dan racun. Mereka yang menghidap allergi selalunya mempunyai tahap IgE yang tinggi dalam badan.
Seseorang yang mempunyai masalah kesihatan mungkin memerlukan paras immunoglobulin dalam badan diuji. Ujian darah yang ringkas akan dilakukan dan keputusan dapat diperolehi hanya dalam masa beberapa hari.
Paras IgA yang tinggi mungkin menandakan individu tersebut mengalami myeloma, penyakit hepatitis kronik, cirrhosishati atau penyakit auto-immune seperti rheumatoid arthritis. Paras IgG yang tinggi selalunya menandakan penyakit kronik, jangkitan jangka panjang ataupun multiple sclerosis. Paras IgM yang tinggi menandakan jangkitan mononucleosis, jangkitan parasit ataupun jangkitan buah pinggang. Parasa IgE yang tinggi menandakan allergi atau asthma.
Paras IgA yang rendah menandakan leukimia ataupun buah pinggang yang rosak. Paras IgM yang rendah menandakan masalah pada sistem imun dan paras IgE yang rendah menandakan seseorang mewarisi keadaan otot yang mempengaruhi koordinasi. Paras immunoglobulin adalah sangat penting dalam membantu mengenalpasti masalah kesihatan. Tapi ini bukanlah satu-satunya cara yang digunakan untuk mendiagnos sesuatu penyakit.

MEAL SHAKES SHAKLEE, MEALSHAKES SHAKLEE, SISTEM IMUN, IMMUNES SYSTEM, IMMUNE BOOSTER, IMMUNOGLOBULIN, Ig, IgA, IgG, IgD, IgM, IgE, ANTIBODI, MELAWAN JANGKITAN, KUATKAN BADAN, PERTAHANAN BADAN
 Meal Shakes Shaklee Terdapat Dalam Perisa Vanilla

Dalam Meal Shakes Shaklee terdapat immunoglobulin yang dapat membantu meningkatkan sistem imun badan untuk menentang penyakit! 🙂


Hubungi saya untuk maklumat lanjut pengambilan vitamin semulajadi:

HAZRINA NASIR

0192692301

heartilyina@gmail.com

https://twitter.com/heartilyina

http://www.facebook.com/BlossomWidad

*** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Immunoglobulin Tingkatkan Sistem Imun!

One thought on “Immunoglobulin Tingkatkan Sistem Imun!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge