Falling Leaves by Adeline Yen Mah. Hari ni saya nak share review novel yang best ni. Buku ni saya sambar masa pergi Big Bad Wolf (BBW) di MIECC 2, The Mines, Seri Kembangan. Nampak biasa je. Tapi memang capai semata-mata sebab nak penuhkan kotak. Tapi saya pastikan bestseller, ada good reviews and of course non-fiction. Kalau ambil buku bukan-bukan nanti langsung tak baca pulak.

Lepas dah beli tu kita peram dulu. Old habit yang sangat susah nak dimatikan. Dah lama tersimpan baru ambil nak baca. Taklah tebal sangat buku ni tapi beberapa hari juga nak habis sebab baca waktu malam je. Itupun banyak kali terbabas membaca sampai dah masuk pagi esoknya. Selalu gagal kawal diri bila dah sedap membaca tu. Akibatnya esoknya tak berapa boleh nak function dengan optimum. My bad!

 

Fallen Leaves: The True Story Of Unwanted Chinese Daughter

 

Falling Leaves: The True Story Of An Unwanted Chinese Daughter
Falling Leaves: The Memoir Of Unwanted Chinese Daughter by Adeline Yen Mah

 

This kind of book is my cup of tea. Sambil-sambil baca, kita boleh tau adat resam dan budaya masyarakat. Walaupun tak pernah sampai tempat tu tapi boleh bayangkan keadaan dan suasananya daripada penceritaan dalam buku.

Masa baca buku ni selalu rasa tak sabar nak tau what happen next. Best tak best nya buku ni lepas habis baca terus rasa speechless! Terus Google nama penulis ni. Rasa macam nak tau sangat macam mana kehidupan dia sekarang. Ada jumpa blog dia tapi tak pasti masih hidup atau tak. Tapi kalau ada pun umur dia dah lewat 70an.

Kisahnya secara ringkas dia ni daripada keluarga hartawan yang tersangat kaya. Tapi malangnya dia membesar dengan unfairly treatment yang sangat dahsyat. Dan dia tak dapat apa yang dia impikan daripada kecil iaitu diterima dan disayangi oleh ahli keluarga sampailah dia dah berusia.

Kesian sangat bila dia cerita keadaan dia masa kecil. Terbayang kalau anak sendiri huhu. Kalau kau pernah terfikir takkan lah ada manusia-manusia takde hati perut sampai macam tu sekali? Well, dalam dunia ni semua jenis manusia pun ada. Serius. Tak boleh bayangkan apa yang dia lalui. Banyak sangat pengajaran daripada pengalaman penulis ni.

Tapi yang sangat kagumnya disebabkan keadaan dan situasi masa dia membesar yang very bitter and tragic tu lah yang membentuk dia jadi seorang doktor dan penulis buku. She turned out to become a successful person with a kind heart. She happily moving on with her life with husband and children. She chose to inspire people with her story and let go of things she can’t control instead. Dia tak biarkan diri dia mereput dengan nasib yang menimpa diri.

Walaupun dia mungkin terpaksa simpan parut yang sangat dalam dihati, tapi dia survived! Saya jumpa jugak banyak reviews yang mostly envy with her strength and determination. Ada juga jumpa blog anak dia, a food and travel writer, Ann Mah. Tapi takde kongsi apa-apa berkenaan maknya.

Kesimpulannya, whatever obstacle that you are going through and in whatever situation you are in, as long as you still have your breath, do your best! Janganlah lembik sangat.

Life Can Either Make You Or Break You. Which side are you on?

Very inspirational book that makes me pause and reflect. I really recommend that you try to find and read this book. I’m sure you will learn a lot too.

Review Novel Falling Leaves: The True Story Of Unwanted Chinese Daughter
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge