Tamat sudah Bulan Kesedaran Autisma Sedunia ataupun World Autism Awareness Month pada bulan April lepas. Seperti yang ramai orang dah tau, 2 April setiap tahun adalah World Autism Awareness Day dan April adalah ibarat bulan hari raya untuk anak Autism dan keluarga mereka. Ihsan sekeluarga pun tak terkecuali rasa kemeriahan tu. Memang banyak sangat aktiviti sambutan sepanjang bulan lepas. Tapi sayangnya sebab kekangan tertentu kami tak dapat join macam-macam event. Takpelah, insyaAllah next time!

Tahun ni macam tahun yang lepas-lepas, ada juga terima beberapa soalan berkaitan Autism. Tahun ni soalan yang ditanya berkaitan tentang perbezaan antara PPKI dengan sekolah aliran perdana. Nanti lah yang tu saya share next time. Cuma hari ni nak juga ambil kesempatan catat balik memori ni di blog sementara masih ada saki-baki kemeriahan Autism Awareness Month tu. Although sebenarnya kesedaran Autism tu never stop all year long in our family.

 

Berbaktilah kepada anak ini sesungguh hati untuk jana saham ke akhirat nanti.
Bila penat, ingatlah anak ini saham ke syurga.

 

Reminiscing The Day Ihsan Diagnosed As Having Autism Spectrum Disorder (ASD

 

Sebelum attend appointment dengan psyshologist Nasom di Jalan Pahang untuk sesi diagnosis 5 tahun lepas, sempat saya tulis ni di fb. Di hati masa tu masih mengharapkan saya hanya tersalah telahan dan sebenarnya takde apa yang saya perlu risaukan.

 

Ihsan was diagnosed as having ASD on this day, 5 years ago.
The day our lives turn 180 degrees.

 

Fb yang ingatkan saya kembali kepada memori ni bulan lepas. Saya shared lagi sekali status ni dan ini apa yang saya tulis pada pagi 13 April 2017.

 

Today, 5 years ago Ihsan got diagnosed as having Autism Spectrum Disorder (ASD) from National Autism Society Malaysia (NASOM) psychologist. It was Friday. Hari penuh keberkatan.

.

Masa hari tu Mama Ihsan selsema, blocked nose dan kesemputan. Tak dapat makan ubat sebab ada Aisyah yang baru 4 bulan lebih bermain-main dalam perut. Mak-mak biasa pregnant mesti faham betapa seksanya kan?

.

2 minggu sebelum diagnosis I was already having emotional turbulance at home. Menangis tak berhenti kahkahkah. Yelah mak mana tak risau wey. Tipulah kalau kata takde sedih. Terutama saya yang asalnya kiasu ni.

.

Sebenarnya bukan tak dapat terima. Honestly I don’t have problem accepting. I thought in mind, I already have planned everything very well but now I could’t imagine how his future would be like. Jadi sangat takut la kan sebab taktau apa nak buat.

.

Tapi setelah 2 minggu, I stopped crying sebab dah tak mampu nak bersedih. In fact rasa macam dah-dah lah tu oi. Letih tau tak?

.

So we went on with the diagnosis, very well prepared mentally and emotionally. Kena interview. Jawab questionnaires. Psychologist main dengan Ihsan. Dia tengok Ihsan main sorang-sorang. Lepas tu dia suruh parents main dengan Ihsan. Dia bincang dengan colleague. Then lamaaa kitorang kena tunggu.

.

Pastu baru dia explained siap dengan report sekali. Pasrah dah siap-siap walaupun masih menyimpan sedikit harapan dan mengharapkan keajaiban berlaku.

.

Tapi tak. Takde. Jawapannya as expected…..

.

Tak terkejut tak apa. Tapi rasa lega sebab dah tau jawapan apa punca Ihsan selalu sangat tantrum dan meltdown. Dah tau hala mana nak tuju dan apa nak buat. Boleh terus set appoinments untuk terapi.

.

Dengan keadaan tak sihat hari tu. Hingus meleleh. Kepala berat. Memang rasa macam eh apa-apa jelah. Tak sabar nak habiskan cepat. Nak balik sebab nak tidur. Papa Ihsan konon nak bawa jalan-jalan dekat KLCC park tapi tak jadi lah.

.

Punyalah menerima hakikat sampaikan lupa nak ambil report diagnosis yang dah bayar mahal-mahal tu. Yang bestnya setahun lebih lepas tu baru perasan report tu tertinggal.

.

Sooo macam tu je lah kisahya. Lepas tu pelan-pelan la susun balik perancangan hidup. Dan memang our lives turn 180 degrees since then. Gitu.

.

Saja kongsi cerita. Biasa-biasa je. Takde apa yang perlu dikagumi ke apa ke. All parents got to do do what parents got to do right? Bukannya boleh masukkan balik Ihsan dalam perut. You don’t have choice pun except kena going forward lah kan?

.

Anyway, mungkin ada yang akan alami keadaan yang sama. Boleh lah jadikan rujukan. Denial adalah musuh terbesar. Tak perlulah takut untuk bertemu kenyataan.

.

If you think something is wrong with your child, take action. Don’t wait. Give him/her the help he/she needs. Put your ego aside. It’s not the end of the world. But it’s full with blessings in disguise.

.

Alhamdulillah

 

Dan hari ni, saya masih sentiasa belajar, memperbaiki dan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk Ihsan. Tak susah pun jaga Ihsan ni. Dia tak banyak masalah pun. Tapi saya akui memang perlu work hard lebih sikit untuk dia berbanding untuk anak neurotypical. Sejauh mana saya cuba act dan treat dia macam anak normal, kalau tak banyak pun memang tak boleh lari mesti ada juga sikit perbezaan yang membuatkan saya kena akur dia berbeza.

Tapi takpe, lepas 5 tahun lebih sejak mula kenal apa Autism, saya terima Ihsan seadanya. Dia sempurna dimata saya. Setiap manusia yang lahir adalah khalifah dan ada peranannya masing-masing terhadap masyarakat. Tiada satu pun yang sia-sia. Ada sesuatu yang Allah nak sampaikan dan ajar kepada kita. Kita adalah golongan yang rugi sekiranya tidak cuba untuk berfikir dan mengambil pengajaran. Wallahualam.

Keputusan Diagnosis, Autism Spectrum Disorder (ASD) Di Bulan Kesedaran Autisma
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge