Siapa ibu atau ayah yang ada mengajar anak di rumah? Ada buat jadual belajar atau ulangkaji tak? Saya adalah salah seorang emak yang ada buat sesi belajar untuk anak di rumah. Kalau bahasa omputehnya homeschooling schedule gitu. Saya memang sejenis individu yang perlukan jadual untuk dijadikan panduan. Sebab jadual boleh bantu saya untuk lebih fokus dengan target yang nak dicapai dan paksa saya untuk disiplin serta istiqomah mematuhi jadual yang dah dibuat.

Saya mula adakan homeschooling schedule ni masa anak lelaki masih diumur tadika. Memandangkan anak lelaki saya ada Autism jadi saya perlu buat banyak intervention untuk dia macam aktiviti terapi carakerja dan terapi pertuturan. Tapi sejak anak saya dah mula bersekolah rendah, sejujurnya saya sendiri pun taklah patuh sangat dengan jadual yang ada lagi dah. Tapi sekurang-kurangnya aktiviti harian anak-anak taklah jauh tersasar dan saya masih guide mereka lakukan aktiviti dengan lebih bermatlamat dan bermanfaat.

Setakat hari ni ada beberapa orang yang minta saya kongsi jadual belajar anak di rumah ataupun jadual saya mengajar anak semasa sesi homeschooling. Dah lama saya nak share tapi baru ada masa nak letak dalam blog ni. Maaf sebab lambat dan kalau dah buat anda tertunggu-tunggu. Jadi hari ni saya kongsikan jadual-jadual yang saya buat supaya boleh beri idea atau jadi rujukan kepada ibubapa lain.

 

Tips untuk parents menyediakan jadual belajar anak di rumah
Tips untuk ibubapa menyediakan jadual mengajar anak di rumah

 

By the way, jadual ni saya sesuaikan dengan apa yang saya nak fokus kepada anak-anak saya, apa yang saya target untuk dicapai, bergantung kepada apa kelemahan anak saya yang masih banyak perlu diperbaiki, dan digabungkan dengan elemen-elemen terapi untuk anak Autism.

 

Jadual harian untuk anak istimewa Autism
Jadual rutin harian untuk anak Autism

 

Walaupun anak perempuan saya adalah neurotypical, tapi selalunya aktiviti yang saya rancang untuk diorang berdua sama saja. Apa yang beza cuma ikut tahap masing-masing. Sebabnya aktiviti-aktiviti untuk Autism intervention bukan saja anak Autism yang boleh guna tapi sangat sesuai untuk anak normal, in fact sangat fun juga.

 

Jadual aktiviti harian untuk anak-anak
Jadual aktiviti untuk anak-anak di rumah

 

Tips Umum Menyediakan Jadual Homeschool

 

Bila nak sediakan jadual, sesuaikan dengan keadaan dan situasi sendiri. Tak perlu tiru bulat-bulat macam orang lain. Sebab setiap orang berbeza kelebihan, kelemahan dan keupayaan. Ni beberapa tips umum untuk ibu ayah merangka jadual aktiviti, jadual homeschooling, jadual belajar or whatever you call it at home.

 

1. Set Target – Kenalpasti apa objektif ataupun matlamat yang ingin dicapai. Susun ikut priority.

2. Convenient РSusun jadual agar seimbang dan sesuai dengan waktu yang ditetapkan. Sebolehnya waktu anak dah selesa, kenyang dan tak mengantuk.

3. Follow Child Pace – Hadkan masa mengikut keupayaan tahap fokus anak. Contohnya kalau untuk anak kecil, tetapkan masa yang pendek saja dan boleh buat beberapa sesi dalam sehari. Untuk anak yang hyperaktif, boleh set kan beberapa minit table task dan diselang-selikan dengan aktiviti fizikal ataupun permainan sebelum sambung semula ke task seterusnya. Dalam 1 sesi boleh buat 3 set learn and play. Dalam sehari boleh buat 1, 2 atau lebih sesi. Again, ikut keupayaan anak untuk bekerjasama. Bila kerjasama makin baik, boleh tambahkan task dan masa.

4. Quality Not Quantity – Yang penting adalah kualiti masa dan bukannya kuantiti. Bagi emak dan ayah yang sibuk, bila dah balik rumah lepas kerja mungkin tak sempat nak spend time lama-lama dengan anak. It’s OK. Paling minimum 10 minit sehari pun dah cukup bagus kalau dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya.

5. Keep It Fun! – Jadikan aktiviti tu menyeronokkan. So that bila anak gembira, mak ayah pun tak stress. Dan objektif lebih mudah untuk tercapai.

6. Take 5! – Dalam sehari ada 24 jam. Kalau boleh titikberatkan juga waktu untuk anak berehat, bersantai ataupun bermain. Waktu ni biarkan diorang bebas nak buat apa saja diorang suka. Di sekolah dah memang kena ikut rules. Takkan di rumah pun segala perkara diikat dengan peraturan kan? Anak-anak pun perlu let off some steam. Barulah minda dan emosi pun lebih seimbang.

7. Every Child Is Unique – Setiap anak tu berbeza-beza. Tak kira lah anak istimewa ataupun normal. Kalau perlu, sediakan jadual berbeza yang sesuai untuk setiap anak. Kena ingat, jadual tu perlu disediakan dengan niat untuk faedah kepada anak, bukannya ikut kehendak ibu ayah.

8. Take It Easy Mom! – Sebelum memulakan aktiviti homescholing, mengajar. belajar. learning or whatever you call it, betulkan niat. Parents, bear in mind that anda lakukan ini untuk kebaikan anak. Don’t push too hard and take iot easy. Jangan sampai menimbulkan stress kepada diri sendiri apatah lagi anak. Kalau tak pandai mengajar, cari ilmu, tanya orang yang berpengalaman, banyakkan membaca dan sebagainya.

9. Pass Baton – Setiap individu berbeza character. Begitu juga mak ayah. Nak mengajar ni perlukan kesabaran yang tinggi. Kalau anda bukan seorang yang penyabar dan bila mengajar anak ada rasa mula nak nak naik angin, hentikan sesi. Atau pass kepada pasangan untuk take over. Bukan saja nanti anak tak dapat belajar dengan baik sebab hilang fokus, tapi lagi bahaya kalau anda merosakkan mood anak. Kalau berterusan, dah lah anak tak dapat kebaikan, lagi teruk perkembangan emosi dan jatidiri anak terganggu.

10. Outsource! – Kalau tak mampu nak mengajar mungkin atas pelbagai sebab, cari lah bantuan. Tak salah pun kalau kita outsource apatah lagi daripada yang pakar. Kalau ada kemampuan kewangan, itu lebih baik. Getting help from others bukan bermaksud kita lepas tangan. Sambil-sambil tu kita belajar lah daripada mereka yang lebih mahir, then boleh lah kita buat sendiri sikit-sikit. Jangan ego sangat sampai serba-serbi nak buat sendiri. Nanti kita penat dan berisiko untuk burn-out. And the consequence is ugly. Percayalah!

 

Perkongsian ni sekadar peringatan untuk diri saya sendiri dan semoga boleh jadi rujukan kepada anda sekiranya rasa bermanfaat. Mana rasa boleh ikut, boleh lah cuba. Mana yang rasa kurang sesuai, boleh ubah-suai. Selamat melakukan yang terbaik dan ‘betul’ untuk kebaikan anak-anak tersayang. Good luck!

10 Tips Menyediakan Jadual Belajar Dan Ulangkaji Di Rumah Untuk Anak-Anak
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge