Alhamdulillah hari ni dah masuk 6 Syawal 1438H! Selamat tinggal Ramadhan dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017 buat semua umat Islam! Rasa syukur sangat Allah izinkan saya dan orang-orang tersayang dapat menikmati lengkap sebulan Ramadhan bersama-sama tahun ni. Semoga segala amalan yang sempat dibuat sepanjang bulan puasa yang baru lepas diberkati, segala keampunan yang dipanjatkan diterima, segala doa yang dititipkan dimakbulkan dan mudahan kita akan terus istiqomah meneruskan segala amalan di bulan-bulan akan datang.

Serta yang paling utama, diharapkan Allah panjangkan umur kita dalam keberkatan, dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus beribadat, ditingkatkan iman dan dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang pula. Dah sebulan spend masa untuk reset diri. Moga dapat menjalani hari-hari akan datang sebagai insan yang lebih berkualiti dan hasilnya akan dapat banyak impak yang lebih positif. Keep fighting!

Lepas habis puasa ni hati rasa lebih tenang. Fikiran pun rasa lebih fokus. Mungkin sebab banyak pause dan reflect untuk bermuhasabah diri. Maklumlah diri ini banyak cacat celanya. Sepanjang sebulan puasa lepas juga dapat banyak buat spiritual dan body healing dan sekarang rasa lebih rejuvenated dan refreshed. Semangat dan motivasi pun lebih baik. Physically, badan pun rasa lebih sihat, perut kurang buncit, berat turun sikit. It’s high time untuk teruskan misi keep fit.┬áSemoga lepas ni dapat buat lebih baik dalam setiap apa yang dikerjakan. InsyaAllah.

 

Selamat tinggal Ramadhan, selamat datang Syawal!
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin.

 

Pencapaian Ramadhan 2017

 

Kalau nak dibandingkan dengan bulan puasa tahun-tahun yang lepas sejak ada anak-anak ni, kali ni ada peningkatan memberangsangkan. Walaupun tak lah ketara tapi untuk rekod peribadi, banyaklah juga. Although ada rasa kesal sikit sebab should be boleh buat lebih lagi. Tapi takpelah. Slowly but surely. Yang bestnya, progress bukan kepada diri sendiri je, tapi suami dan anak-anak juga. Alhamdulillah!

Antara achievement yang patut disyukuri untuk Ramadhan kali ni:

1. Ihsan pertama kali ikut solat Jumaat pada 30 Sya’ban, sehari sebelum Ramadhan. Apparently baru teringat itu hari jadi Ihsan ke 8 tahun kalau ikut bulan Islam. What a great achievement on his birthday!

2. Ihsan berterawikh 8 rakaat dan witir 3 rakaat setiap malam dan ada malam yang dia ikut berterawikh 20 rakaat. Hanya tertinggal 2 hari je tak terawikh di surau tapi tu pun dia buat di rumah dengan Mama. This is a very great progress! Mama memang yakin dia boleh konsisten terawikh tiap-tiap malam but never thought dia boleh behave lama-lama di surau!

3. Aisyah terawikh dan witir dengan Mama tiap-tiap malam. Although cara solat dia tu tak lah berapa betul dan sesuka hati dia je sesambil main. Tapi she took part every night!

4. Mama dapat terawikh di surau straight dalam seminggu terakhir Ramadhan.

5. Kali pertama Aisyah dan Ihsan dapat enjoy berterusan masukkan duit sedekah dalam tabung surau setiap kali lepas Terawikh.

6. Sebagai penutup Ramadhan, ini kali pertama Ihsan dan Aisyah dapat solat Sunat Hari Raya Aidilfitri dan kali pertama juga we all went as family. Kalau tak selalunya Papa je pergi.

7. Sepanjang beraya di Malaysia as a family since balik for good, tahun ni lah persiapan raya kami buat paling simple. Turned out I can adapt and don’t really mind. Sangat bersederhana lah kali ni. In fact tak buat apa pun. Kemas rumah pun tertangguh. Sebab puasa kan. Tak larat nak mengemas beriya. Lepas ni lah sambung spring cleaning luar dalam rumah. Hari tu beli baju raya pun di saat terakhir. Nasib baik ada lah juga daripada takde langsung kan.

8. Dapat celebrate birthday my parents dan belanja diorang makan untuk berbuka puasa. This is salah satu among my wishes during my prayers everyday, that is to keep belanja mak ayah makan yang sedap-sedap. Allah makbulkan walau sekecil-kecil rezeki. Tapi rasa besar sangat nikmatnya bila Allah izinkan.

9. I managed not to waste time, energy and money baking kuih raya yang ended up tak makan macam last year. I learned my lesson well. Yeay!

10. I shed merely 1 or 2 kgs during fasting although I think I might have gained back the weight I lost sepanjang hampir seminggu raya ni huwaaa! But it’s okay, will keep my spirit of losing weight at optimum level. Nanti balik rumah nak mulakan aktiviti work out.

11. I managed to de-stress myself a bit, do lots of thinking, gain my composure, rest my body, train my mind to be more of a cool person, discover about my patience threshold and determine to be a stronger person, do lots of mending the heart and many more.

12. Again, I’m forever grateful Alhamdulillah syukur ya Allah for still giving me chance to live, correct myself, work hard to be a good muslimah and strive my way for Jannah insyaAllah.

 

Cerita Raya Aidilfitri 1438H!

 

Macam tahun-tahun sebelumnya, kebiasaan kitorang beraya di Semenyih, Subang Jaya, Putrajaya dan kawasan sekitar Selangor ni je. Jarang sekali balik kampung jauh-jauh. Sebab orang-orang tua pun dah ramai takde. Mak ayah masing-masing pun duduk dekat-dekat sini je. So memang tak merasalah fefeeling perjalanan jauh balik kampung tu. Sesekali rindu juga perasaan dan suasana macam masa kecil-kecil dulu. Takpelah adalah hikmahnya kan. Apa-apa pun bersyukur lah.

Kalau sebelum-sebelum ni, hari raya kitorang suka hati je nak raya mana-mana dulu pun. Takde ketetapan. Kitorang plan ikut keselesaan dan keadaan. Tapi sejak tahun lepas, dah mula ikut giliran. Last year sambut raya bermula di rumah mertua. Dapat lah peluang balik Gopeng, kampung sebelah FIL setelah bertahun-tahun lamanya tak balik sana. Tahun-tahun akan datang harap ada rezeki balik Perak lagi dan Kedah serta Johor juga.

Untuk raya kali ni, sambut raya bermula di rumah parents saya dulu. Macam biasa, kitorang cuma pergi a few rumah saudara-mara terdekat saja. Tahun ni tak join raya family gathering sebelah suami di Putrajaya macam kebiasaan tahun-tahun lepas. Dan setakat hari ni, kitorang masih di rumah parents saya. Tak jejak kaki lagi di rumah sendiri. Esok lusa kena lah balik sebab minggu depan dah mula sekolah. Nanti nak kena kemas rumah sendiri pulak. Kot-kot ada kawan-kawan nak datang beraya.

Raya tahun ni anak-anak lebih behave. Mungkin sebab masing-masing dah makin besar dan comprehension pun dah makin baik. Boleh bertoleransi dan bersabar. Berbuih jugak lah mulut ni pesan dan bebel macam-macam. Tapi adat lah budak-budak, ada juga juga waktu buat perangai. Tapi kitorang pun beraya di rumah saudara-mara yang dah faham anak Autism ni macam mana. Kita pun tak biar saja. Sedaya boleh cuba bersabar dan kawal keadaan. Dan memang kitorang tak pergi rumah yang tak biasa pergi, rumah stranger, rumah yang banyak hiasan segala, rumah ramai orang (kalau pergi pun tak lama). So secara keseluruhannya raya kali ni kira lancar lah juga.

 

Muhasabah Diri

 

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah atas nikmat Allah beri hingga hari ni untuk diri saya dan semua orang tersayang. Kata syukur mudah sangat diucap di bibir tapi adakah hati betul-betul ikhlas? Ramadhan kali ni ada dengar banyak sangat berita kematian. Ada yang diuji begitu. Ada diuji begini. Tak kira tua muda, hatta orang miskin mahupun orang kaya, masing-masing ada ujian tersendiri. Bila kita rasa teruk diuji, saya suka tengok orang sana sini.

Kadang-kadang ada orang takde apa-apa tapi kita tengok dia sungguh tenang. Bila orang yang ada segalanya kita rasa hidup dia mesti takde masalah tapi rupanya hatinya tak pernah puas. Betul lah sesungguhnya manusia ni bermacam-macam dan hanya Allah yang memegang hati manusia. Kesusahan itu ujian. Kesenangan itu juga ujian. Takutlah kalau kita tak sedar pun sebenarnya kita diuji tapi masa dalam kelakaan.

Terlalu banyak pengajaran dan peringatan untuk saya insafi. Saya patut jadi hamba yang lebih beriman, bertakwa, bersyukur. Nikmat iman adalah yang terbesar. Semoga Allah tak membolak-balikkan hati saya dan agar sentiasa tetap dalam keimanan. Matlamat hidup didunia adalah demi akhirat. Ingat.

Last but not least, Selamat Rari raya Aidilfitri semua yang mengenali diri ini ataupun tidak! Saya pohon ampun dan maaf atas salah silap samada sengaja atau tak disengajakan samada melalui, kata-kata, perbuatan ataupun penulisan. Selamat beraya sebulan. Hati-hati di jalan raya!

Selamat Tinggal Ramadhan 1438H & Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017!
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge