‘Ihsan puasa tak?’. Ini antara soalan favorite yang ramai orang tanya sepanjang bulan puasa lepas. Yelah kalau ikutkan, umur Ihsan tahun ni dah kira masuk 8 tahun. Dah besar dah. Boleh sangat kalau nak puasa penuh pun. Tapi Ihsan tak sama macam orang lain. Dia masih belum faham pun puasa tu apa. Kalau kita tanya Ihsan puasa tak? Dia memanjang jawab ‘yes!’ je. Lepas tu dia ulang rukun Islam daripada rukun pertama sampai lah yang ke 5. Betul dah tu teorinya. Setakat berjaya hafal di mulut saja. Tapi sebenarnya Ihsan belum faham pun apatah lagi nak mempraktikkan hihihi 😛

So yes memang Ihsan belum puasa. Cuma  sejak tahun lepas dah mula train dia slowly tanpa dia sedari. Saya cuma bagi dia makan lambat daripada biasa. Nasib baik juga lah Ihsan ni bukan jenis pemakan. Cuma memang dia automatic cari air sendiri kalau haus sangat. Dan bila dah lapar sangat memang dia minta nak makan. Kiranya Ihsan puasa ‘yang yok’ orang utara kata. Secara purata dan cincainya, Ihsan berpuasa separuh hari je sepanjang puasa ni.

 

Bawa anak-anak berbuka puasa di surau.
Kanak-kanak tak puasa sedang sabar menunggu waktu berbuka puasa di surau.

 

Dah jadi kebiasaan sekarang ni ramai parents kalau boleh nak anak cepat pandai macam-macam. Kecil-kecil lagi dah boleh buat itu ini. As long as anak happy dan tak mendatangkan mudarat, tak salah pun. Anak-anak bukan trophy untuk ditayangkan. Pencapaian anak-anak juga bukan perlumbaan. Setiap adik-beradik tu sendiri unik. Apatah lagi dengan anak orang lain. Tak perlu compare. Setiap anak ada pace nya masing-masing.

Dalam mendidik soal ibadat wajib ni, kena lah ikut pace anak tu. Apatah lagi kalau anak kita anak istimewa. Expectation perlu flexible ikut keupayaan anak. Buat masa ni kitorang masih fokus tekankan bab solat dan memperbaiki tingkahlaku dulu. Nanti kalau dia dah faham dan boleh menghayati maksud puasa sebenar, boleh lah kita latih dia lebih lagi. Slowly but surely.

Mendidik anak bukan setakat asalkan anak tu boleh buat tanpa missed. Tapi kalau boleh biarlah dia memang faham kenapa dia perlu lakukan dan boleh buat daripada hati. Sebab kita nak dia boleh praktikkan amalan wajib dengan rasa tanggungjawab dan konsisten. Dalam mengasuh anak-anak, guna pendekatan berhemah dan bertegas bila perlu. Asalkan tak guna kekerasan tak tentu hala.

Jangan sebab dia rasa memberontak atau bosan, tiba-tiba suka-suka je dia nak tinggalkan apa yang dah jadi kebiasaan. Kalau anak istimewa terutama yang tak mukallaf tu kita faham lah juga. Sebab cara fikir mereka tak sama macam kita. Tapi kalau anak normal tu harapnya tak jadi lah macam tu. Apa-apa pun dalma mendidik kalau boleh biar anak rasa enjoy. Kita mak pak pun kurang stress. Give them time.

Setakat ni, Ihsan dan Aisyah sebolehnya saya pastikan cukup solat 5 waktu tiap-tiap hari di rumah. Kalau Aisyah tu maybe saya lenient lagi. As long as dia take part kira OK dah although solat tah apa-apa je. Tapi as for Ihsan saya pastikan at least dia mesti solat. Walaupun tak properly sangat (sebab tak focus etc) tapi takpelah kita improve slowly.

So, Ihsan dan Aisyah belum mula puasa. Saya akan mula bila diorang dah faham puasa tu apa benda. At the moment kami fokus mantapkan solat dulu. InsyaAllah Ihsan dan Aisyah akan membesar sebagai anak soleh dan solehah yang boleh jalankan ibadat dengan baik day by day. Amin.

Anak Awak Puasa Ke Tak?
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge