Ramadhan kali ni mencatatkan beberapa first times untuk Ihsan dan Aisyah terutama daripada aspek solat di surau. Macam saya cakap dalam entry lepas, bebudak ni tak puasa pun sebab diorang belum ready lagi. Jadi kitorang fokus on mantapkan solat serta improve behavior dulu. Honestly mula-mula tu rasa tak sangka juga sebab saya memang tak berapa confident. Turned out diorang boleh buat! Itulah kan selagi tak cuba mana nak tau kan. Thanks to husband sebab dia yang berani nak cuba bawa dan exposed kan anak-anak dengan rutin solat di masjid. Kalau saya, memang tak yakin dan selalu risau macam-macam!

Ihsan dan Aisyah dah boleh solat walaupun belum perfect. Kitorang mula ajar solat sejak kecil, step by step. And the are improving day by day. Bila dah jadi rutin ni lebih mudah. Dan sempena Ramadhan yang lepas, kitorang cuba ambil kesempatan latih anak-anak solat kat surau pulak.

 

13 Tips Mendidik Anak-Anak Kecil Solat Terawikh Di Masjid
Ihsan dah ready dengan jubah Arab nak pergi Terawikh kat surau. Always bersemangat je!

 

Pencapaian Solat Ihsan Setakat Usia 7 Tahun 10 Bulan

 

Ramadhan kali ni, Ihsan pertama kali join Solat Jumaat di surau pada 30 Sya’ban sehari sebelum bermula bulan puasa. Husband tiba-tiba je bawa! Masa tu rasa blur lah juga. Tertanya-tanya dalam hati boleh ke? Tapi tak cakaplah dekat husband. Punya lah nervous sampaikan sepanjang diorang keluar solat tu saya siap ambil masa angkat tangan berdoa untuk Ihsan.

Kali ni juga Ihsan pertama kali solat Subuh di surau. Sepanjang bulan puasa ni kebanyakan waktu Ihsan solat 5 waktu di surau kalau mood dia OK. Sempatlah solat Subuh beberapa kali je awal-awal Ramadhan tu. Tapi dia susah nak bangun sebab mengantuk. Jadi usually solat kat rumah je.

Selain tu, bulan puasa kali ni Ihsan pertama kali solat Terawikh dan Witir di surau. Tahun lepas Ihsan buat Terawikh penuh juga tapi di rumah je dengan saya. Tapi kali ni Ihsan solat 8 rakaat Terawikh tiap-tiap malam. Dan ada malam yang 20 rakaat! Cuma 2 malam je Ihsan missed dan Terawikh kat rumah je dengan saya sebab ada sekali tu husband sakit perut dan ada 1 malam tu husband berbuka di luar.

Secara tak langsung kali ni Ihsan pertama kali juga attend tazkirah di surau. Selalunya lepas solat ada tazkirah sikit. Ihsan boleh cooperate sampai habis. Cumanya tu lah setiap kali mula tazkirah dia akan cari port atas riba husband sebab nak tidur. Ihsan sekarang memang tak tidur siang. Jadi waktu habis je solat memang dah mengantuk sangat-sangat lah.

 

Pencapaian Solat Aisyah Setakat Usia 4 Tahun 9 Bulan

 

As for Aisyah pulak, Ramadhan kali ni pertama kali bagi Aisyah ikut Terawikh dan Witir serta dengar tazkirah di surau. Tahun lepas dia ikut Mama solat di rumah je. Ikutkan tahun ni pun sebenarnya tak yakin lagi nak bawa dia. That’s why rasa berat hati dan decided solat kat rumah je.

Tapi Aisyah sendiri ajak-ajak sebab nak ikut Papa dan Ihsan pergi surau. So that’s why masa minggu terakhir tu saya cuba juga pergi dan bawa dia. Turned out Aisyah pun OK lah juga! Walaupun boleh kata tiap-tiap malam lepas balik daripada surau ada je benda nak dibebelkan kat dia hihihi 😛

Umur macam ni memang lah kan. Although kita dah pesan berbakul-bakul sampai lah ke saat nak melangkah masuk surau tu, tapi nasib lah kalau dia nak ikut tu syukur je lah banyak-banyak, tapi kalau sebaliknya ko tahan lah sabar tu banyak-banyak.

Aisyah pergi surau mula lah dia tengok keliling nak cari kawan. Kalau takde kakak atau adik sebaya, dengan makcik-makcik pun dia nak ajak main. Sekejap duduk, sekejap menggeliat, sekejap baring, tersengih-sengih tu toksah cakap lah memang wajib dah. Macam-macam aksi! Tapi tu lah kan. Sementara nak biasa dan ‘pandai’. Kena lah bawa pergi kerap-kerap lagi.

 

Tips Bawa Anak Kecil Solat Di Surau Atau Masjid

 

Of courselah pengalaman ni bukan smooth 100%. Ada je hiccups. Dah namanya pun budak-budak. Apatah lagi si abang Autism dan si adik pun tak matang lagi. Memang ada je masing-masing buat perangai. Macam Ihsan sendiri pun solat bukanlah betul sangat. Kadang-kadang bercakap-cakap, bergerak-gerak, tengok sana-sini, tarik baju orang lah etc. Aisyah pun lebih kurang je. Tapi pandai-pandai lah kita parents nak mengawal supaya orang tak terganggu dan kita sendiri boleh concentrate beribadat.

Memang lah tak dinafikan ada waktu geram juga. Sebelum pergi dah social story macam-macam. Dalam kereta pun dah pesan. Melangkah ke surau pun tak berhenti membebel lagi. Tapi tulah kan anak-anak ni. Kalau time dia baik tu boleh je ingat dan behave. Tapi kalau sampai angin kus-kus tu habis lupa semuaaa. Masa ni kenalah cuba bersabar banyak-banyak. Tegur, jegil biji mata, tenung muka, tepuk manja dan kalau perlu keluarkan senjata ketam jari kepit sikit kat diorang secara tersembunyi kihkihkih!

Apa yang kitorang buat untuk Ihsan yang Autism sampai ke tahap ni? Ikutkan takde apa tips yang extraordinary pun. Cumanya kami mulakan exposed dan biasakan Ihsan sejak kecil. Kitorang buat step by step ikut kemajuan dia. Baby steps every time. Dan bila melatih Ihsan, secara tak langsung Aisyah pun belajar sekali. Dengan Aisyah tak payah explain panjang-panjang. Dia tengok, dengar, cakap sekali pun dah faham.

 

Antara tips yang boleh dicuba kalau nak bawa kanak-kanak syurga solat di surau atau masjid:

 

1. Latih dan biasakan anak dengan rutin pergerakan dan bacaan waktu solat sejak daripada kecil di rumah.

2. Dedahkan anak-anak dengan suasana solat jemaah sekeluarga dan tunjukkan juga menggunakan tv atau video supaya dia dapat tengok dan dapat gambaran.

3. Bacakan bahan bacaan tentang solat dan adab solat. Gunakan visual aids atau buku supaya anak berminat nak tau lanjut.

4. Selalu pesan dan terangkan tatacara solat dan adab di surau atau masjid. Gunakan social story supaya anak mudah ingat.

5. Bila anak dah boleh dikawal (contohnya tak buat bising melampau, tak berlari-lari atau memanjat-memanjat, tak buat perkara yang boleh ganggu jemaah etc), boleh lah mulakan aktiviti praktikal solat di surau.

6. Pastikan anak bersedia sebelum pergi ke surau. Dah buang air kecil dan besar. Dalam keadaan masih segar tak terlalu letih atau mengantuk. Serta memakai pakaian yang selesa.

7. Elakkan bawa anak kalau dia sendiri berkeras tak nak pergi. Jangan bawa!

8. Biasakan bawa anak solat di surau atau masjid. Exposed kan secara berperingkat. Mulakan dengan pergi ke surau yang kecil atau lapang (terpulang ikut keselesaan) dan pada waktu yang tak ramai orang. Lagi bagus kalau pergi masjid yang mesra kanak-kanak.

9. Solat di bahagian tepi, belakang atau sebelah luar. Sebolehnya pastikan anak solat sebelah kita. Pergi ke surau lebih awal jika perlu. Kalau terpaksa, tunggu jemaah selesai baru bersolat dengan anak (bagi kes anak yang sukar dikawal atau tak boleh dijangka dan pada waktu yang sama takde orang lain boleh jagakan anak).

10. Be prepared dan expect for the worst.

11. Parents perlu siapkan dan kuatkan mental dan fizikal. Betulkan niat bawa anak dengan tujuan mendidik. Bukan hasil akhir yang utama tapi setiap proses yang dijalani juga boleh jadi pembelajaran kepada anak. Be positive!

12. Kalau apa yang kita harapkan tak tercapai, parents perlu bertenang dan bersabar. Elakkan mengamuk tak tentu pasal dan jangan give up. Cuba perbaiki plan dan kaedah serta be optimist yang suatu hari anak mesti boleh juga akhirnya.

13. Berdoa banyak-banyak agar usaha baik ni diberkati, Allah buka hati anak agar cintakan masjid dan dipermudahkan sepanjang urusan pergi dan pulang daripada solat berjemaah di masjid. Dan yang paling penting, anak-anak membesar sebagai insan yang memelihara solat 5 waktu diawal waktu.

So, macam tu lah lebih kurang kitorang buat. Ikutkan biasa-biasa je takde tips istimewa pun. Bagi saya mungkin berkat doa tak putus-putus, Allah permudahkan dan izinkan. It is a long process. Walaupun ramai je orang lain anaknya tak payah susah payah nak ajar tapi terus pandai. Tapi bagi parents yang anaknya ada cabaran, mungkin Allah nak bagi pahala lebih bila kita terpaksa berusaha lebih. Jadi, parents banyakkan bersangka baik dan berlapang dada, ikhlas lah dalam mendidik dan jangan berhenti berdoa sampai bila-bila pun.

 

Expect The Unexpected

 

Husband cerita ada sekali tu masa Asar di surau. Ihsan solat sebelah 2 orang adik-beradik. Masa solat biasalah Ihsan tangan bergerak-gerak (berangan lettew). Dua beradik kat sebelah ni pelik la. Si adik kata, ‘Kenapa dia buat tangan macam tu macam tu?’.

Ihsan buat bunyi-bunyi (tinggi imaginasi). Diorang ingat Ihsan budak-budak lagi. So si adik tukar tempat dengan abang nak ukur ketinggian, ‘Eh tapi dia dah besar laa’.

Ihsan cakap-cakap pulak. Diorang jenguk-jenguk muka Ihsan dekat-dekat. Ihsan cakap, ‘Takmauu takmauu! (jangan laa kacau)’. Adik-beradik tu pun tergelak.

Habis solat. Adik-beradik tu pun pulang dengan misteri tak terjawab. Husband pun balik dengan rasa kelakar. Ihsan macam biasa hidup sentiasa bahagia tanpa perlu risau apa-apa.

Ada juga kejadian Ihsan main sliding door. Lepas tu kejadian Ihsan cakap, ‘Nak rukuk!’ masa solat sebab imam lambat rukuk. Pernah juga dia pegang-pegang dan tarik baju orang masa solat. Tengok belakang lah, kiri lah, kanan lah, goyang-goyang lah itu memang biasa. Ada satu hari tu dia kira berapa orang pakai kopiah dengan berapa orang pakai songkok etc. Adehhh macam-macam hihihi 😛

Although Ihsan tak solat sesempurna rakan sebaya dia yang lain dan ada juga terlepas laku sesekali. But to us he did amazing! Sebabnya Ihsan takde pun main-main melampau atau buat bising sepanjang pergi surau atau masjid hari tu. Sedangkan ramai anak normal lain pergi surau tak solat pun tapi sibuk main dengan kawan-kawan. Masa jemaah tengah solat memang ‘meriah’ jugak lah. Ada yang melepak walaupun dah besar panjang. Ada yang main kejar-kejar. Yang main mercun pun ada!

 

Autism Tapi Boleh

 

Islam tak menyusahkan. Allah tak tengok kesempurnaan tapi Allah tengok usaha kita. Ini apa yang saya faham hasil daripada perbincangan dengan orang yang lebih arif. Jadi macam saya cakap tadi, kami fokus perbaiki solat Ihsan dulu. Walaupun dia Autism tapi jadi tanggungjawab ibubapa untuk didik anak terutama perkara wajib.

Jangan jadikan kelainan upaya ataupun ketidakupayaan anak sebagai alasan untuk elakkan diri daripada jalankan responsibility. Cara macam mana dia nak ikut, macam mana dia nak buat, lambat atau cepat tu terpulang kepada anak. Mana yang dia boleh tangkap cepat, kita laju lah sikit. Mana yang dia susah nak hadam, kita ajar perlahan-lahan. Kalau kemampuan dia terhad, latih dia hingga ke tahap terbaik dia mampu.

Apa yang saya tuliskan di sini hanya sekadar untuk berkongsi apa saya tau dan juga sebagai ingatan untuk diri sendiri. Takde niat untuk mengajar kepada mak ayah lain. Saya sendiri pun selalu lupa dan banyak lagi kena belajar. Cara saya pun banyak yang masih tak betul dan banyak lagi perlu dibetulkan. Tapi kalau rasa ada yang boleh diambil manfaat daripada penulisan saya ni silakan.

All the best dalam melakukan yang terbaik demi target melahirkan anak yang soleh dan solehah. Moga Allah mudahkan urusan saya dan semua ibubapa lain insyaAllah. Amin.

13 Tips Bawa Anak Autisma Dan Anak Kecil Solat Jemaah Di Surau, Pengalaman Saya
Tagged on:             

2 thoughts on “13 Tips Bawa Anak Autisma Dan Anak Kecil Solat Jemaah Di Surau, Pengalaman Saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge