Siapa sini peminat laksa? Saya peminat laksa sejak daripada dulu, kini dan selamanya insyaAllah hihihi! Anyway hari ni dah 29 Syawal 1438H. Sambutan Aidilfitri dah sampai ke penghujung. Waktu macam ni lah makin banyak orang buat jamuan hari raya. Ada orang kata masa bulan puasa perut rehat sebulan. Masa bulan raya, perut kerja sebulan! Kalau saya, bukanlah nak melayan nafsu makan sangat. Tapi agak sukar nak mengelak sebenarnya. Alasan!

Bila banyak sangat makan-makan macam ni kadang-kadang timbul isu pembaziran, kesihatan, kelalaian dan sebagainya. Tapi sebaiknya apa-apa pun eloklah berpada-pada. Sebelum anjurkan jamuan buat anggaran dan rancang pengurusan makanan dengan baik supaya tak terbuang akibat berlebihan atau rosak. Kalau ada lebih, buat penyimpanan sistematik atau sedekahkan sorang sikit kepada tetamu yang hadir sebelum diorang balik.

 

Saya peminat laksa dulu, kini dan selamanya!
Laksa is my all time favorite sejak kecil lagi!

 

Bagi yang sihat apatah lagi yang berpenyakit, makan lah secara bersederhana. Dan dalam kita berseronok beraya sana-sini janganlah leka dengan hiburan sampaikan ibadat wajib dilambatkan sebab leka bersembang. Amalan sunat yang dipulun masa Ramadhan pula dah lama tertinggal sejak mula Syawal. Malah sedar tak sedar terlibat kumpul saham dosa pula kalau tak jaga pancaindera. Yelah kalau dah berkumpul tu kadang-kadang bergossip sakan. Ini sekadar ingatan untuk saya sendiri yang masih berusaha untuk istiqomah!

Cakap pasal open house, hari minggu lepas mak ayah saya pun tak terkecuali buat jamuan makan-makan. Tak lah beriya buat rumah terbuka siap pasang kanopi bagai. Cuma ada buat kenduri kecil baca doa selamat sikit lepas tu diikuti dengan sesi jamuan makan daripada tengahari sampai lah ke malam. Mak ayah jemput orang surau, jiran-jiran setaman, beberapa kawan-kawan dan juga saudara-mara terdekat.

 

Berehat sekejap dengan anak-anak atas buaian.
Orang kanan mak ambil peluang bersantai atas buaian. Malamnya, mengemas sampai pukul 2 pagi. Pengsan!

 

Selaku anak sulung dan juga merangkap satu-satunya anak perempuan mak ayah saya, kakak kena lah jadi orang kanan mak. Masa tu lah terfikir alangkah bagusnya kalau ada kakak atau adik perempuan. Mana taknya sampai sakit lah tumit kaki dan sengal-sengal badan menolong mak ayah di dapur. Tapi tulah, ada lah hikmahnya tu kena kita seorang saja perempuan. Yang utama, syukurlah mampu berbakti tenaga dan masa untuk mak ayah. Lagipun adik-adik lelaki dan suami pun daripada awal ambil peranan masing-masing.

Mak saya masak sendiri saja. Tahun ni menu yang ada, nasi putih berlauk gulai ayam, sambal udang, pekasam goreng, acar buah, sayur campur. Selain tu ada laksa dan nasi impit dengan kuah kacang. Untuk kuih-muih ada pulut sekaya, kuih bakar, pai tee, buah tembikai dan minuman panas serta sejuk. Memang kegemaran saya lah laksa tu. Sebenarnya tertanya-tanya juga tahun ni mak ayah buat jamuan raya tak. Jadi bila mak tiba-tiba kata nak buat dan ada menu laksa. Wahhh rasa seronok sangat!

Makanan banyak yang habis. Ada lebihan makanan terutama laksa tapi tak lah banyak sangat. Tak sangka pula nasi berlauk tu sangat laku. Kami ingatkan laksa yang habis dulu. Tapi mungkin sebab lauk kampung dan ditambah pula ada pekasam. Memang orang makan bertambah-tambah. Tetamu pun tak putus-putus datang. Yang terakhir balik masa pukul 12 malam. Memang meriah sangat!

 

Shiro, our family cat.
Our family cat. Bila tengok orang ramai dia pun sama ikut excited!

 

Sehari sebelum jamuan kitorang anak-beranak dah berkampung di rumah mak. Sebab mak pun dah pesan suruh datang awal untuk tolong dia prepare apa yang patut. Tapi lepas habis jamuan makan-makan ni pun belum balik ke rumah sendiri. Siap pergi ambil baju sekolah anak-anak bawa ke sini. Sebabnya ada lebihan makanan penuh dalam peti ais. Mak kata habis-habiskan makan dulu apa ada. Dah habis nanti baru balik hihihi 😀

Alhamdulillah untuk rezeki tahun ni. Banyak yang dapat saya muhasabah. Banyak perkara perlu saya perbaiki. Banyak azam yang ingin saya kecapi. Apa-apa pun saya bersyukur dengan nikmat masih dipinjamkan dan dikelilingi kesemua ahli keluarga yang disayangi, untuk menjalani momen-momen indah bersama-sama dihari raya tahun ni.

Pulun Makan Laksa Di Jamuan Hari Raya Aidilfitri!
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge