Vitamin, vitamin, vitamin! Samada kita boleh dapatkan vitamin melalui diet harian, daripada cahaya matahari, ataupun daripada cecair dan kapsul yang dibeli daripada farmasi; vitamin adalah penting untuk kesihatan demi menjamin kelancaran fungsi dalam badan.

Kekurangan vitamin boleh menyebabkan pelbagai masalah daripada anoreksia sehinggalah obesiti, kegagalan fungsi organ, kecelaruan, tekanan dan lemah tubuh badan.

Tapi, sedar tak vitamin yang kita ambil yang kononnya nak membantu tingkatkan kesihatan sebenarnya boleh jadi mengancam kesihatan kita pula?! Kebanyakan orang tak sedar yang kebanyakan vitamin yang dijual di kedai-kedai adalah vitamin sintetik.

 

Apakah Vitamin Sintetik?

 

Vitamin sintetik dibuat daripada bahan kimia dan bukannya bahan semulajadi
Vitamin sintetik dibuat daripada bahan kimia

 

Diet seimbang dapat memberikan jumlah nutrien yang secukupnya diperlukan oleh badan. Tapi supplements pula membantu dalam memastikan badan kita mendapatkan jumlah nutrien harian yang secukupnya. Masalahnya… banyak vitamin dan mineral dihasilkan secara sintetik dengan menggunakan bahan kimia yang diambil daripada bukan sumber semulajadi.

Vitamin sintetik hanya dicipta untuk meniru vitamin dan cara vitamin semulajadi bertindak dalam badan. Ia mengandungi bahan kimia yang tidak sepatutnya dimakan oleh manusia dan ia juga tidak terhasil secara semulajadi.

Vitamin sintetik selalunya tidak terus boleh digunakan oleh badan dan seterusnya hanya menunggu masa untuk dibuang. Ataupun akan dismpan dalam badan sehinggalah badan mendapatkan atau menghasilkan nutrien yang diperlukan untuk membolehkan badan menggunakan vitamin tersebut secara efektif.

Vitamin sintetik juga selalunya tidak mengandungi mineral galian penting dan menyebabkan badan terpaksa menggunakan mineral galian sedia ada dalam badan untuk membolehkan vitamin sintetik tersebut diproses. Ini menyebabkan badan akan kekurangan mineral tertentu yang penting dalm badan

 

Apakah Vitamin Organik?

 

Vitamin organik adalah ibarat air buah dalam botol yang sudah diproses
Vitamin organik ibarat air buah yang telah diproses dan mengandungi bahan pewarna, perasa serta penstabil makanan

 

Vitamin organik adalah vitamin semulajadi yang dihasilkan daripada bahan kimia organik ataupun bahan pertanian organik. Dalam masa yang sama vitamin ini tidak dicampurkan dengan sebarang bahan lain. Mineral bahan kimia organik mengandungi karbon dalam komposisinya kimianya. Manakala mineral pertanian organik dihasilkan tanpa menggunakan baja kimia, pestisid dan herbisid. Kebanyakan vitamin organik tetap mengandungi sedikit bahan kimia untuk meningkatkan kualiti vitamin organik tersebut.

 

Apakah Vitamin Semulajadi?

 

Vitamin semulajadi bebas daripada bahan kimia bahaya
Vitamin semulajadi adalah ibarat buah-buahan semulajadi yang diproses secara semulajadi mungkin, tanpa bahan kimia, pewarna, perasa dan penstabil tiruan

 

Vitamin Semulajadi adalah vitamin yang dihasilkan daripada bahan berunsurkan tumbuhan yang mengandungi kadar vitamin berkenaan yang tinggi dan bukannya dihasilkan melalui tiub tabung uji di makmal. Vitamin semulajadi datang dalam pakej lengkap yang turut mengandungi jenis vitamin yang lain, enzim dan mineral yang dapat mengawal cara badan mengenali, memetabolismakan dan menggunakan vitamin berkenaan seperti yang diperlukan oleh badan.

Vitamin semulajadi adalah vitamin yang hadir dalam bentuk asli tanpa  bahan tiruan tidak kiralah samada dari sumber haiwan atau tumbuhan.

Jadi, cuba periksa vitamin-vitamin yang terdapat dalam rumah anda. Adakah ianya sintetik, organik ataupun semulajadi? Tak takut ke kalau termakan buah-buahan plastik ataupun vitamin yang kurang khasiatnya? Buat pilihan anda sekarang! Semestinya pilihan vitamin yang terbaik adalah vitamin semulajadi! Kerana ternyata ianya lebih sihat dan selamat!

 

Kredit: vitaminsemulajadi.com

 

 

Dapatkan produk berserta diskaun 15-25% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang 🙂

Hazrina Nasir

ID 951651

SMS/ Whatsapp 019 269 2301

Perbezaan Vitamin Sintetik, Vitamin Organik Dan Vitamin Semulajadi
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge