Kolagen Secara Umum

 

Kolagen adalah  sejenis protin. Ianya bersifat seperti gentian fiber yang berfungsi menyambung dan menyokong tisu-tisu badan seperti kulit, tulang, tendon, otot dan tisu-tisu penyambung sendi. Ia juga terdapat dalam organ dalaman dan dalam gigi. Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi dalam badan.

Kolagen adalah salah satu protin yang paling banyak terdapat dalam badan mamalia termasuklah manusia. Malah, 25% daripada jumlah protin dalam badan terdiri daripada kolagen. Sesetengah orang mengaitkan kolagen sebagai gam yang melekatkan anggota badan antara satu sama lain. Tanpa kolagen, anggota badan akan terpisah.

 

Kolagen elastin pada kulit
Gambarajah kolagen elastin pada lapisan kulit

 

Kolagen mempunyai daya kekuatan, yang mana membuatkan fungsinya berbeza berbanding protin-protin jenis lain. Kolagen bekerjasama dengan elastin dalam menyokong tisu-tisu badan. Secara asasnya ia memberikan sokongan bentuk kepada tisu badan dan memastikan keutuhan dan keuatan. Manakala elastin pula memberikan fleksibiliti yang diperlukan badan.

Kolagen bekerjasama dengan keratin untuk memberikan kekuatan dan fleksibiliti pada kulit. Semakin meningkat usia, kolagen akan  mula berkurangan menyebabkan kedutan. Oleh itu, kolagen adalah bahan penting dalam melawan  kesan penuaan pada kulit. Sesetengah pakar kulit selalunya menasihatkan individu tentang cara bagaimana untuk merangsang penghasilan kolagen dalam kulit.

Selain memainkan peranan penting dalam badan, kolagen mempunyai banyak kebaikan dari sudut perubatan. Ia digunakan dalam prosedur pembedahan plastik dan dijual sebagai supplement yang dicipta untuk kesihatan sendi. Ia turut digunakan dalam  merawat kesan melecur yang serius. Untuk tujuan ini, ia digunakan untuk menghasilkan kulit tiruan.

Disebabkan kolagen adalah sangat penting dalam badan, kekurangan kolagen dalam badan akan  menimbulkan masalah. Malah terdapat beberapa penyakit genetik yang dikaitkan dengan kekurangan kolagen. Contohnya, osteogenesis imperfecta, yang selalunya disebut sebagai penyakit tulang rapuh adalah disebabkan oleh kekurangan kolagen yang mendadak. Ia juga boleh disebabkan oleh penghasilan kolagen yang rendah kualiti berbanding normal.

 

Kolagen Dihidrolisis

 

Disebabkan kolagen memainkan peranan besar dalam kesihatan badan, dipercayai supplement berasaskan kolagen mungkin boleh menjadi jawapan terbaik dalam membantu menangani penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, osteoporosis dan auto-immune. Walau bagaimanapun, kolagen terhidrolisis tidak boleh digunakan untuk merawat masalah kesihatan yang serius.

Minuman berasaskan kolagen boleh diperbuat daripada pelbagai bahan. Kebanyakannya mengandungi kolagen terhidrolisis dan disamping itu terdapat bahan lain seperti kombinasi asid amino, antioksidan, dan vitamin yang dapat membantu mengembalikan kekenyalan kulit.

 

 

Dapatkan produk berserta diskaun 15-25% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang 🙂

Hazrina Nasir

ID 951651

SMS/ Whatsapp 019 269 2301

Apa Itu Kolagen?
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge