Alhamdulillah Hari Sabtu lepas kitorang berpeluang untuk joined Brainy Bunch Sports Day Event 2017 yang dibuat di campus baru Brainy Bunch Islamic International School di Cyberjaya. Secara tak langsung it was a day full with activities for the kids cum family time for us too. Actually ini first time Aisyah join hari sukan tadika walaupun ini dah tahun ketiga dia belajar di tadika BBIM. So kiranya ini new experience untuk Aisyah dan kitorang juga. Sebab masa Ihsan dulu tak merasa join hari sukan tadika. Isk sedih kalau ingat balik.

 

Brainy Bunch Sports Day 2017

 

Kitorang punya sesi ni pagi. Kalau ikut surat, kena sampai sebelum 730am. So apa lagi hari sebelum tu memang saya dah siap-siapkan segala barang dan baju. Yelah kan tak nak terlambat. Malamnya tu konon nak tidur awal lah tapi tertidur lewat juga. Lepas tu terbangun lewat! Haa melompat bersiap-siap. Breakfast pun dalam kereta je. Nasib baik lah sempat sampai. Rupanya ramai je yang lambat. Siap ada yang sesat.

 

Aisyah's school sports day.
Kali pertama Aisyah attend hari sukan tadika! Kalah menang semua dapat medal 😀

 

Hari tu memang meriah sangat sebabnya digabungkan juga dengan separuh cawangan-cawangan BBIM tempat lain. Yang paling best of course dapat tengok Aisyah bersukan sambil jadi tukang sorak. Walaupun ada je khemah tempat duduk for parents tapi kebanyakannya duduk sekejap-sekejap je. Dapat lah ambil banyak gambar Aisyah. Cumanya kalau bersukan ramai-ramai macam ni games nya skit je. Budak-budak tak puas bersukan.

 

Mama and kids!
Mama and the kids! Ihsan sangat behave Alhamdulillah 🙂

 

Tapi yang kelakarnya alahai Ecah ni kenapa lah dia memang muka stoned je. Orang menari, dia bergerak sikit-sikit je. Orang menyanyi, mulut dia kumat-kamit sikit-sikit je. Senyum pun tak nak. Muka tu ala-ala kaget, takut-takut, control je huhu. Memang kena buat sesuatu lah untuk boost self esteem Ecah ni. Kesian tengok dia. If she is more open, she can experience more things, show her talent, have more fun etc.

 

BBIM International School Cyberjaya
Brainy Bunch International School Campus in Cyberjaya. Eheh macam tolong promote pula. BBIM kena bagi I upah ni hehehe

 

Anyway yang tak sangkanya pula, Ihsan pun boleh tolerate dengan baik sekali sepanjang event tu. Although kebanyakan waktu berdiri je dan panas sebab cahaya matahari pagi, tapi Ihsan okay sangat! Sesekali je dia duduk mencangkung dan mengadu panas tapi takde tantrum. Walaupun sebenarnya sebelum tu teragak-agak dan risau juga nak bawa dia. We were impressed!

 

Taman Cabaran Putrajaya

 

Event habis around 10.30am macam tu. Then kitorang terus pergi Taman Cabaran di Putrajaya sebab kids dah berzikir tak berhenti malam sebelum tu nak pergi wall climbing. Rupanya Taman Cabaran ni is like a centre for outdoor activities. Menarik sangat. Kan best kalau dekat dengan Semenyih boleh pergi selalu. Kitorang tak lama pun kat situ. Lepas dah puas memanjat, terus pergi makan dekat medan selera di Presint 8. Husband and Ihsan makan nasi ayam while Aisyah and me makan nasi lemak yang dapat daripada event sports day sebelum tu.

 

Wall climbing di Putrajaya
Wall climbing si Taman Cabaran. Kalau lah ada 1 dekat dengan rumah kan best.

 

IOI City Mall Putrajaya

 

Bila perut dah kenyang, terus pergi ke IOI City Mall. Sampai-sampai je terus pergi GSC beli tiket wayang. Actually husband dapat 2 tiket adult percuma sempena birthday dia bulan Julai lepas. Jadi cuma perlu tambah tiket untuk both kids. Kira jimat lah kan. We decided to watch Spiderman. Lepas dah beli tiket kitorang pergi ke Borders tengok-tengok buku dan baca-baca buku. Si Ecah nak beli komik Barbie for teen tapi tak beli lah. Jenuh menahan telinga dengar dia merengek lepas tu!

After that kitorang pergi lepak dekat-dekat surau untuk Zohor. Sempat lah juga Mama pergi Daiso dengan Aisyah. Daiso sini tak berapa banyak benda menarik macam Daiso di Nihon. Tapi boleh lah setakat nak melepas rindu. Lepas dah solat, bawa kids pergi main dekat Lego outlet just to waste some times. Then pergi ke Toys R Us, kids, favorite place! Puas lah masing-masing membelek-belek dan tumpang main toys. Only a few minutes before 3.00pm baru kitorang keluar dan bawa kids siap-siap pergi toilet sebelum pergi cinema.

 

Lego Outlet IOI City Mall
Geram tengok Lego banyak-banyak ni. Sempat lah Aisyah dan Ihsan main sekejap.

 

Showing time pukul 3.30pm. Dah beli popcorns dan drinks, terus masuk. Fuh lega dapat duduk melonggar urat-urat kaki. Risau juga nak tengok mula-mula tu sebab takut tak sesuai dengan kids. Tapi okay je pun. Ceritanya kelakar dan takde ‘shame’ scene. Ke dah kena potong? hihi. Kids pun enjoy. Masa tengok movie tu ada je anak-anak orang lain bising dan main-main. Kitorang ok je takdelah rasa terganggu pun tapi ada je pulak orang lain yang cakap shhh hahaha! Ni mesti orang belum ada anak ni.

 

Nasi Manggey Di Warung Kita, Bangi

 

Bila dah habis tengok movie kitorang terus balik. Husband bawa pergi ke Masjid Hasanah Bangi untuk solat Asar sebelum pergi makan di Nasi Manggey? Entah lah ye betul ke tak namanya. Tapi nasi tu makan dalam daun pisang, ada lauk ayam, sambal dan kuah gulai banjir. Memang kedai tu tak guna pinggan pun. Lawan dengan air kelapa baldi dan air kelapa aiskrim. Kenyang sungguh. Dan yang penting sedap tapi murah! Taktau pula rupa-rupanya tempat ni famous. Lupa nak ambil gambar makanan.

Finally, habis makan terus balik rumah. Kemas-kemas, mandi, solat, tidur! Keletihan masing-masing macam nak pengsan. Nasib baik saya tak tidur dulu sebab malam tu my parents datang hantar kuih-muih pula. Turned out I was the one yang tidur lewat sebab berjaga malam entah lah buat kerja apa. Tapi Ahad esoknya memang badan rasa lesu sangat. Nampak sangat badan tak fit. Dah lah jarang exercise. Jarang jalan-jalan juga. Sekali all out, terkejut segala urat huhu!

Anyway, it was a nice family outing day. Syukur Allah beri kesihatan yang baik, keselamatan sepanjang outing, kesempatan masa dan kelancaran dalam setiap aktiviti yang dah dirancang pada hari tu. Terima kasih Allah. Alhamdulillah. Looking forward for more family outing next time, insyaAllah!

Of Family Fun Time And Brainy Bunch Sports Day Event 2017
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge