Tengah fikir cara nak tambah pendapatan tapi tak tau kerja apa nak buat dari rumah? Nak buat bisnes online untuk jana pendapatan tapi tercari-cari perniagaan apa yang sesuai dengan keadaan dan situasi diri sendiri? Risau dan takut kalau tersalah langkah dan akhirnya terjerat? Tapi memang terdesak sangat ni nak kena juga buat sesuatu untuk tambah pendapatan segera. Buntu betul!

Saya faham sangat perasaan tu. Sebab saya pun dah pernah rasa.

Sekarang ni, dah jadi fenomena biasa kalau orang buat sampai 2 3 kerja dalam satu masa. Yelah kan, dengan kenaikan harga barang, gaji yang tak berkadaran, komitmen yang bertambah, memang boleh nampak makin ramai orang yang buat side income samada secara online ataupun offline. Ada banyak sangat kerja tambahan boleh buat. Cari dan pilih je mana yang sesuai dan berkenan di hati. Tapi betul ke pilihan bisnes yang kita nak buat tu?

 

Kisah Bagaimana Saya Mula Buat Bisnes Shaklee?

 

Ketahui cara saya mula buat bisnes online untuk cari pendapatan sampingan menggunakan blog dengan modal kurang RM100
Perkongsian pengalaman bagaimana saya mula buat side income menggunakan platform online dengan modal permulaan tak sampai pun RM100.

 

Masa mula-mula cari idea bisnes apa nak buat dulu, saya memang cari kerja yang boleh buat daripada rumah dan tak perlu keluar rumah pun. Sebabnya saya tiada pengasuh dan perlu jaga anak-anak sendiri. Lagipun anak-anak dah ada jadual masing-masing. Jadi kalau berbisnes pun, priority terhadap anak-anak dan rumahtangga adalah nombor 1. Saya tak mahu rutin aktiviti harian anak-anak dan rumahtangga terganggu.

Disebabkan faktor di atas, saya terfikir nak buat kerja ambil upah atas perkhidmatan yang saya buat di rumah. Tapi selalunya untuk kerja macam ni freelancer yang ada kemahiran khusus je yang buat. Saya ni bukanlah expertise apa-apa pun. Setakat blogging tu saya tahu lah hihi. Ada juga nampak iklan kerja susun atau isi dokumen. Tapi ada yang kata scam dan ada yang kata bayaran tak setimpal dengan kerja yang diberi.

Ada juga terlintas nak buat bisnes makanan ataupun frozen food. Saya ni tak lah hebat tapi minat juga lah sikit memasak ni. Tapi perlu ada modal permulaan yang banyak juga untuk sediakan perkakas memasak. Ruang untuk simpan bahan memasak pun kena ada. Kena spend masa dan tenaga di dapur lagi. Dah lah ruang dapur pun sempit. Jadi idea bisnes yang ini pun terpaksa hold dulu.

 

Bisnes Online Pilihan Terbaik Untuk Ibu Macam Saya

 

Kekangan utama saya adalah modal. Jadi saya memang cari bisnes yang tak perlu keluar modal banyak, barang berkualiti, company stabil dan boleh dipercayai serta sentiasa ada demand. Tak perlu susah-susah nak siapkan barang tapi terus boleh promote dan jual.

So option lain yang tinggal untuk saya ialah buat bisnes online ataupun dropship je lah. Kebetulan masa tu memang trend ramai orang mula nak menceburi bisnes online. Dipendekkan cerita, kawan saya ajak buat bisnes Shaklee. Bisnes MLM pulak tu. Boleh percaya ke ni? Yelakan macam-macam kita dengar pasal MLM ni kan.

Sebenarnya saya memang ahli Shaklee dah pun. Bertahun-tahun dah. Memang family kitorang makan Shaklee pun. Kalau setakat makan tu OK lah. Tapi kalau sampai nak buat bisnes tu risau juga. Sebab saya ingatkan wajib keluarkan modal besar dan buat stok banyak-banyak tiap-tiap bulan. Saya memang tak suka dan tak nak macam tu.

Tapi bila kawan saya dah explain rupanya saya yang dah banyak tersalah tanggapan sebelum tu. So lepas tu saya pun decide OK lah try je. Modal permulaan pun tak sampai RM100. Nothing to lose pun. Bila dah register baru tau rupanya saya termasuk dalam empire iReach Family yang awesome! Sudahnya berShaklee lah saya sampai sekarang.

 

Modal memulakan bisnes Shaklee adalah semurah RM68.90 saja dan tak perlu buat loan pun.
Bagi yang baru bercadang nak mula berbisnes online, mulakan dengan bisnes yang tak perlukan modal yang banyak.

 

Turned out bisnes ni sangat ideal untuk semua termasuklah untuk yang asalnya surirumah macam saya ni, student yang selalunya memang takde modal besar dan sibuk dengan study, orang yang sukar bergerak kemana-mana tapi boleh online internet, ataupun blogger, kaki main Facebook dan Instagram etc. Yelakan daripada ber online kosong je meraban tak tentu hala. Sesambil tu boleh lah buat sharing. Koman-koman pun dapat lah duit poket.

Dalam bisnes mana-mana pun memang biasa lah ada turun naik. Tapi bagi yang berminat nak memulakan bisnes segera dengan tujuan hendak meningkatkan ekonomi keluarga tanpa bersusah-payah fikir soal nak kumpul modal, cipta produk, keberkesanan dan kesan terhadap pengguna dan lain-lain, Shaklee adalah platform yang ideal terutamanya untuk para ibu dan wanita samada yang berkerjaya ataupun surirumah.

Memang lah setiap jenis bisnes ada keseronokan, kelebihan dan cabaran tersendiri. Jujur saya cakap. Walaupun berkali-kali saya pernah terfikir nak cuba-cuba ubah angin buat bisnes lain, saya tak dapat jumpa lagi bisnes yang sangat comfortable, flexible, ‘mudah’ tapi pulangannya sangat berbaloi dan mewah macam Shaklee ni.

 

Keistimewaan Dan Kelebihan Bisnes Shaklee

 

Antara faktor-faktor utama yang menyebabkan saya sangat selesa dan setia dengan bisnes Shaklee hingga kini ialah:

 

Bisnes online Shaklee menggunakan medium blog, Facebook, Instagram dan lain-lain boleh diuruskan secara dropship.
Bisnes online Shaklee boleh dibuat secara dropship dan sangat sesuai untuk para ibu surirumah, ibu bekerja ataupun students.

 

1. Modal Serendah Kurang RM100

Untuk mula berbisnes, kita cuma perlu bayar yuran keahlian sebanyak RM68.90 saja. Untuk kos pos, cuma perlu tambah RM10.60 bagi Semenanjung dan RM21.20 bagi Sabah & Sarawak. Malah, kalau tak nak keluarkan modal langsung pun boleh. Caranya, beli produk sebanyak 200UV iaitu lebih kurang RM750. So bolehlah cuba-cuba kumpul order daripada kawan-kawan. Dah cukup RM75o submit keahlian dan order atas nama sendiri.

 

2. Sifar Risiko Rugi

Kalau modal dah murah, tak perlu dah nak risau risiko rugi. Sebabnya dalam bisnes Shaklee kita tak wajib dan tak perlu pun berusah-payah beli barang dan buat stok banyak-banyak. Kita cuma perlu kongsi kebaikan produk dengan orang lain dan ambil order.

Bila pembeli dah buat bayaran, kita terus uruskan belian dan bayaran secara online. Nanti Shaklee sendiri yang pos terus kepada pembeli. Kalau nak buat stok sikit-sikit pun terpulang kepada diri sendiri takde paksaan pun. Boleh buat stok vitamin yang kita memang makan setakat 1 atau 2 botol. Kalau tak terjual, boleh makan sendiri je. Jadi memang tak membazir.

 

3. Tak Perlu Berpanas Berhujan

Bisnes Shaklee terutamanya kalau kita fokus platform online, asalkan ada handphone ataupun laptop dan talian internet dah boleh terus mula. Tak perlu pun berpenat lelah sebab nak kena sediakan makanan jualan dulu misalnya kalau kita berniaga makanan. Tak perlu pun berpanas berhujan di luar rumah. Mana dengan penat nak mengemas barang jualan bila dah habis berniaga lagi.

Ini sekadar contoh ye, jangan salah faham pula. No offend kepada perniagaan makanan. Tapi mereka yang tiada kemahiran memasak dan sukar keluar rumah, perniagaan yang boleh dijalankan fully daripada rumah mungkin lebih sesuai.

 

3. Flexible

Bisnes online Shaklee sangat flexible. Kalau fokus kepada online marketing, kita boleh guna platform medium sosial seperti Facebook, Instagram, blog dan sebagainya untuk buat sharing. Boleh buat kerja bila-bila masa. Dalam masa sama boleh juga guna cara offline. Terutama kalau kita seorang yang peramah dan ada bakat bercakap atau selalu jumpa orang.

Kalau tak suka ataupun sukar nak keluar rumah, boleh manage bisnes secara fully dropship. Kalau jenis yang suka customized order customer dengan free gift atau nak rebut penuhi permintaan COD, boleh lah buat buat serba-sikit stok di rumah. Suka hati asalkan selesa dan tak membebankan diri sendiri.

 

4. Comfortable

Kalaupun sedang sibuk dan kritikal nak kejar sales, tapi hakikatnya dengan bisnes online Shaklee kita masih boleh berjuang di atas tilam ataupun kerusi empuk di rumah. Pasang pula aircond. Ada pula makanan dan minuman di tepi sebagai snek. Anak-anak pula ada depan mata. Masih boleh duduk berehat walaupun tangan dan fikiran sibuk bekerja. Tak perlu pun membanting tulang. ‘Mudah’ sangat bisnes Shaklee ni sebenarnya kan?

Hanya orang yang betul-betul memanfaatkan kelebihan ini yang selalunya sangat menghargai bisnes Shaklee ni. Tinggal nak usaha atau tidak saja.

 

5. Cash, Car Dan Conference Reward Yang Berbaloi-Baloi

Saya ada juga compare pendapatan yang ditawarkan Shaklee dengan pendapatan yang ditawarkan bisnes lain. Setiap satu ada kelebihannya masing-masing. Tapi apa yang ditawarkan Shaklee sangat lah menguntungkan dan paling menarik hati saya. Kenapa saya kata macam tu?

Sebab Shaklee menyediakan cash reward yang banyak daripada segi untung runcit, bonus bulanan dan insentif. Untuk car bonus pun Shaklee bagi cash dan terpulang kepada kita nak buat beli kereta ke atau nak guna untuk buat apa saja. Untuk conference pula, ini sebenarnya 5 star holiday trip yang Shaklee sediakan khusus untuk menghargai penat lelah dan celebrate pencapaian setiap pengedar. Fully sponsored tau siap duit poket dan bagasi. Tinggal perlu pack baju sendiri dan bawak badan saja, serius!

 

Best kan? 🙂

 

Saya sedia membantu anda yang komited ingin belajar bagaimana caranya menjalankan bisnes online dropship Shaklee menggunakan blog. Boleh hubungi saya sekiranya serius ingin menjana pendapatan.
Saya berpengalaman menguruskan bisnes online Shaklee secara dropship selama 5 tahun. Dan saya sedia berkongsi ilmu dan memberi bimbingan bagi sesiapa saja yang komited untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

 

Ok lah cukup lah saya kongsikan 5 point ni. Sekiranya berminat nak tau lebih lanjut tentang bisnes Shaklee, jemput hubungi saya di www.wasap.my/60192692301. Boleh ajukan sebarang soalan sekiranya ada kemusykilan dan boleh daftar sebagai pengedar Shaklee yang sah dengan saya. Saya akan bimbing anda macam mana nak jana pendapatan dengan Shaklee. Anda memang boleh berjaya sekiranya ada kerajinan dan semangat yang tinggi, insyaAllah.

 

Pengedar Sah & Mentor Bisnes Online Shaklee,

Hazrina Nasir

ID 951651

0192692301

Bagaimana Saya Kerja Dari Rumah Untuk Jana Pendapatan Tambahan Dengan Bisnes Online
Tagged on:             

One thought on “Bagaimana Saya Kerja Dari Rumah Untuk Jana Pendapatan Tambahan Dengan Bisnes Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge