Sebelum memulakan perniagaan online Shaklee ni dulu selain kaji bisnes apa nak buat, saya cari juga siapa mentor bisnes dan group yang betul yang dapat beri bimbingan macam mana cara nak jalankan bisnes vitamin semulajadi ni. Sebab apa, dalam bisnes adalah sangat penting untuk kita berguru dengan the right leader and the right group! Ini untuk pastikan kita ada support system yang berterusan dan mantap serta sentiasa berada dalam landasan yang betul.

Kalau sebelum ni saya cerita tentang Bagaimana Saya Kerja Dari Rumah Untuk Jana Pendapatan Tambahan Dengan Bisnes Online. Hari ni nak cerita pulak betapa pentingnya kita buat dulu kaji selidik sebelum kita pilih jenis produk, syarikat, leader dan group bisnes berkenaan. Tapi nasib baik lah Shaklee Corporation ni tak boleh disangkal lagi memang syarikat yang berkredibiliti dan kukuh. So saya skip lah cerita tentang ni. Klik sendiri pada link yang saya dah beri tu okay.

Anyway, saya beruntung sebab mentor saya adalah kawan rapat saya sendiri. Jadi memang dah kenal sangat orangnya. Dia pula memang seorang leader yang berdedikasi dan sangat mesra ilmu. Dan lagi bertuah, kami juga berdaftar dengan iReach Family iaitu empayar Shaklee yang paling kukuh dan hebat. Jadi bila dah betul-betul kenal keluarga Shaklee saya ni, memang saya rasa bernasib baik dan lega sangat!

 

Choose the right group and the right leader
Bukan saja perlu pilih bisnes yang betul, tapi juga syarikat yang betul, sistem yang betul, group yang betul dan mentor yang betul.

 

The Right Leader & The Right Group

 

Bila nak mula berniaga, ada banyak perkara yang kita tak tahu, yang kita perlu belajar, yang kita perlu buat dan yang kita perlu patuhi. Sebab tu lah penting sangat untuk kita sebelum daftar atau join seseorang leader atau group tu, pastikan:

  • Adakah kita akan diberi tunjuk-ajar A to Z daripada cara bagaimana nak mendaftar, cara nak menguruskan perniagaan, cara menjana pendapatan dan sebagainya?
  • Adakah wujud support system ataupun group khas untuk kita rujuk sekiranya kita memerlukan bantuan, maklumat, bahan-bahan ataupun menghadapi masalah?
  • Adakah kelas, latihan, ceramah disediakan oleh upline, group ataupun syarikat untuk kita menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran berniaga?
  • Adakah kita dikenakan bayaran ataupun ada syarat-syarat tertentu untuk membolehkan kita terus diberi bimbingan?
  • Adakah leader kita seorang yang berilmu, mudah dihubungi, tidak berkira dan komited dalam memberi panduan kepada kita untuk sama-sama berjaya macam dia juga?
  • Adakah group yang akan kita join menjalankan bisnes dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat, adil serta tidak membebankan?
  • Adakah perniagaan yang kita nak ceburi tu adalah diruskan oleh syarikat yang sah dan berdaftar dengan badan berwajib dan mempunyai sejarah ataupun latar belakang yang kukuh?
  • Adakah produk ataupun servis yang kita akan jual adalah berkualiti, selamat, berkesan serta mempunyai kelulusan daripada pihak berwajib?
  • Apakah risiko-risiko yang perlu kita tahu dan hadapi dalam perniagaan tersebut?
  • Dan sebagainya.

Ini antara maklumat-maklumat yang perlu kita dapatkan penjelasan daripada leader ataupun upline kita sebelum kita ambil keputusan bersetuju untuk join bisnes tersebut. Ini lah juga yang saya buat dulu sebelum daftar sebagai pengedar Shaklee. Saya terus join bila upline saya berjaya beri pencerahan dan menghilangkan semua keraguan saya. Bila kita dah dapat maklumat dan panduan yang betul serta lengkap, kita pun lebih confident serta excited nak berbisnes!

Bukan apa. Sekarang ni ada banyak bisnes yang memang OK (hati-hati, yang scam dan KO pun banyak juga). Tapi ada pula group ataupun leader yang beri ajaran songsang. Sedangkan company takde pun ajar cara berniaga ataupun buat syarat macam tu. Tapi tu lah mungkin disebabkan kegairahan ataupun ketamakan nak cepat dapat income besar, ada leader yang terlebih kreatif cipta rules pelik-pelik dan beri panduan yang terpesong.

Ingat ya kawan-kawan, dalam nak berniaga mencari rezeki, keberkatan itu penting! Company dah beri panduan dan dah tetapkan undang-undang yang semestinya menjaga hak setiap pihak yang terlibat serta adil untuk semua. Jadi kita follow the rules saja. No short cut to success okay. Bila kita jaga keharmonian dan keseimbangan dalam perniagaan tu, akan memudahkan urusan diri kita dan pihak-pihak lain juga. So, rezeki pun mudah juga nak datang insyaAllah.

 

Sertai Saya, Pakar Bisnes Online & Dropship Shaklee

 

Jadi, sekiranya anda berminat nak buat side income samada secara part time ataupun full time sebagai Shaklee Independent Distributor ataupun Pengedar Sah Shaklee, dijemput untuk sertai saya dibawah empayar iReach Family. Walaupun saya tinggal di Selangor, tapi tiada masalah untuk coaching kepada downline serata Malaysia. Oleh itu saya menjemput rakan kongsi samada daripada Selangor, Penang, Johor, Kelantan malah Sabah Sarawak atau di mana-mana saja untuk menambah pendapatan dengan Shaklee.

 

Saya sedia membantu anda yang komited ingin belajar bagaimana caranya menjalankan bisnes online dropship Shaklee menggunakan blog. Boleh hubungi saya sekiranya serius ingin menjana pendapatan.
Saya berpengalaman menguruskan bisnes online Shaklee secara dropship selama 5 tahun. Dan saya sedia berkongsi ilmu dan memberi bimbingan bagi sesiapa saja yang komited untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

 

Saya komited untuk curahkan segala ilmu yang saya ada kepada yang komited ingin mengukuhkan kewangan diri ataupun keluarga.

Dengan saya, anda akan dapat:

  • 1 to 1 coaching secara online dan offline.
  • Panduan memulakan dan menjalankan bisnes Shaklee secara online dan offline daripada A to Z.
  • Cara berniaga menggunakan platform blog, Facebook dan Instagram.
  • Cara berniaga secara offline.
  • Belajar melatih diri menjadi peniaga professional disamping menguruskan keluarga ataupun kerjaya hakiki.
  • Group eksklusif khas untuk pengedar Shaklee yang komited dan rajin untuk belajar segala ilmu yang sudah disediakan.
  • Bimbingan dan perkongsian berterusan daripada ramai uplines dan ahli group yang lain.
  • Rahsia, tips dan amalan eksklusif untuk berjaya dalam bisnes, membina peribadi diri dan meningkatkan kualiti kehidupan.
  • Sertai aktiviti anjuran syarikat ataupun group bisnes.
  • Nilai tambah seperti ilmu yang tak terhad berkenaan bisnes saja dan boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian, motivasi dan inspirasi yang sangat positif, membina silaturrahim dan lain-lain.

 

If not now, when?
Kalau bukan sekarang, bila lagi?

 

It’s now or never. Masa tak menunggu kita. Untuk pandai berniaga, sebenarnya cara yang terbaiklah ialah mula daripada sekarang. Bila kita buat secara praktikal, dalam masa sama kita akan belajar daripada pengalaman dan ini meningkatkan kepandaian kita. Tapi kalau kita belajar secara teori saja dan terus menunggu kononnya nak bersedia dulu, memang kita lambat nak mahir. So jom redah terus!

Kalau anda seorang yang serius nak jana pendapatan, rajin belajar dan buat, sabar dan berhati kental, bersikap positif dan tidak beralasan, hubungi saya di www.wasap.my/60192692301. Saya sendiri lebih lagi bersemangat untuk beri coaching. Tapi ingat ye, mesti ada sikap-sikap yang saya sebutkan tadi. Kalau takde, jangan contact saya. Saya tak mahu anda bazirkan masa anda dan masa serta tenaga saya juga.

Saya jemput anda yang bersungguh-sungguh saja untuk sama-sama pegang tangan bina kerjaya sebagai pengedar Shaklee professional dan jana income 3, 4, 5 atau 6 angka. You decide!

 

 

Mentor Bisnes Online Shaklee,

Hazrina Nasir

ID 951651

www.wasap.my/60192692301

Tips Memilih Mentor Bisnes Dan Group Yang Betul Sebelum Memulakan Perniagaan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge