Kisahnya semalam masa ke hulu ke hilir dalam rumah ni tiba-tiba terdengar lagu yang best daripada tv. Terus langkah terberhenti sebab nak tengok lagu apa tu? Oh rupanya lagu nasyid. Dalam hati kata eh sedapnya lagu ni! Terus fokus pasang telinga nak cuba tangkap lirik lagu sebab nak cari tajuknya nanti.

Saya ni bukan lah kaki tengok tv sangat. Tapi tv tu selalu je terpasang sebab anak-anak suka juga tengok tv. Cumanya saya benarkan pasang channel Al-Hijrah atau Astro Oasis saja. Channel lain tu bagi tengok kalau rancangannya OK saja sebab nak jaga penglihatan dan pendengaran anak-anak.

So berbalik kepada lagu nasyid tadi, baru tau tajuknya Muslimah. Dinyanyikan oleh Ustaz Nazrey Johani daripada album Permata Hati. Apa yang menariknya lagu nasyid ni selain montaj videonya yang menarik, melodinya lembut dan mendamaikan. Malah apa yang lebih penting senikata lagu nasyid ni yang sangat memujuk dan menangkap hati.

 

Lirik lagu nasyid Muslimah oleh Ustaz Nazrey Johani
Setiap wanita perlu sentiasa ada cita-cita untuk jadi seorang muslimah solehah.

Kredit gambar: Raudhatulkhansa

 

Terus rasa nak berazam jadi muslimah sejati juga huwaaa bila lah tu? Sobs! Sungguh lah hamba Mu yang serba kekurangan ini masih jauh lagi nak sampai ke tahap itu. Tapi sekurang-kurangnya kita kenalah ada cita-cita ke arah itu kan? Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dia yang menjaga hati-hati manusia, memberi ilham, kemampuan dan kemudahan untuk bertindak. Kalau Dia izinkan, insyaAllah mesti jadi.

Ingat lagi masa sekolah menengah dulu, waktu tu zaman kebangkitan lagu nasyid. Masa tu lepas satu-satu muncul nama kumpulan nasyid. Antara yang famous Raihan, UNIC, Rabbani, Hijjaz, In-Team etc. Ini antara nama-nama kumpulan nasyid yang paling top. Tapi sejak habis sekolah, makin lama makin dah tak mengikuti perkembangan muzik semasa. Dengar pun sambil-sambil saja. Itu pun kalau lagu tu best dan famous, barulah ambil masa sejenak nak dengar betul-betul.

Okay lah, saya share lirik lagu nasyid yang menangkap sanubari ni ya untuk kita sama-sama hayati. Ada banyak nasihat dan peringatan dalamnya walaupun tak lah menyebut tentang semua perkara. Tapi adakah apa yang sedikit disampaikan dalam lirik ni dah semuanya kita tunaikan? Sama-sama kita audit diri sendiri.

 

 

Tajuk: Muslimah

Munsyid: Nazrey Johani

Album: Permata Hati

 

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

 

Best kan lirik lagu nasyid ni? Sebagai seorang wanita, isteri dan ibu, elok kalau kita sematkan dalam jiwa kita untuk jadi seorang muslimah solehah. Kalau hafal pun bagus ni. Boleh jadi positive affirmation which is bertindak sebagai doa juga untuk diri sendiri. Mana tau kata-kata kita Allah makbulkan kan? InsyaAllah 🙂

Nasihat Lembut Dalam Lirik Lagu Nasyid Muslimah Oleh Ustaz Nazrey Johani
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge