Hisashiburi! Yeay cuti sekolah bermula hari ni! Korang pergi mana school holiday ni? Bagi yang belum ada plan nak ke mana-mana atau tak balik kampung, boleh lah bawa anak-anak have fun di Karnival Mickey Mouse And The Roadster Racers! Carnival ni akan berlangsung di Centre Court Mid Valley Mall, KL (15 Mac – 26 Mac 2017), Gurney Paragon, Penang (29 Mac – 4 April 2017) dan Aeon Mall, Kota Bharu (6 April – 8 April 2017).

Huhu sebenarnya hari tu ada dapat event invitation untuk attend exclusive preview screening of Mickey and the Roadster Racers ni di GSC Mid Valley. Tetapi. Tak dapat pergi! Sobs! Sebenarnya memang dapat agak harapan tipis boleh dapat pergi sebabnya husband memang kerja on weekends. Kalau Mid Valley tu sebelah rumah je boleh lah kakak gigih bawa je anak-anak pergi.

Nasib baiklah belum bagitau atau janji apa-apa dengan Ihsan dan Aisyah kalau tak mesti diorang dah awal-awal lompat bintang 100 kali. Dan diorang jugaklah yang takkan berhenti bertanya serta menangis berguling kalau tau tiba-tiba tak jadi. So it’ts good that biar lah Mamanya yang kecewa sensorang.

 

Karnival Mickey Mouse and The Roadster Racer's at Mid Valley Mall, KL
Mickey Mouse and The Roadster Racer’s Carnival at Mid Valley Mall, KL

 

Takpelah InsyaAllah next time ada lagi peluang lain. Mana tau kan?

Anyway korang yang siapa yang anak-anaknya adalah peminat Disney Junior especially Mickey Mouse and friends, jangan lepaskan peluang ni kalau ada kelapangan ok!

 

Mickey Mouse And The Roadster Racer’s Carnival!

 

Ok actually Mickey Mouse and the gang akan beraksi dalam siri animasi terbaru, Mickey and the Roadster Racers. Rancangan ni fokus untuk kanak-kanak prasekolah together with Mickey and friends, Minnie, Pluto, Goofy, Daisy and Donald in variety racing car adventures!

 

Mickey, Minnie, Daisy, Donald and Goofy in their roadster racer's.
Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donald Duck, Daisy Duck and Goofy Dog in their roadster racer’s.

 

Sambil berhibur, objektif rancangan ni adalah untuk memupuk semangat optimist, membina kemahiran sosial dan emosi dalam persahabatan, kerja berkumpulan dan kesukanan. So yang bestnya lagi, sempena pelancaran siri ni, kanak-kanak prasekolah seluruh Asia Tenggara boleh rebut peluang untuk dapatkan lesen personal Roadster Racer.

Bermula 13 Mac 2017, parents boleh upload gambar anak masing-masing di FB Page Disney Junior Asia dan describe Roadster Racer kegemaran anak masing-masing. Penyertaan terbaik yang terpilih akan diberikan Roadster Racer license dan berpeluang to be featured on Disney Junior yippie!

 

Aktiviti Menarik Di Karnival That You Can Enjoy!

 

  • Earn your Roadster Racer’s License.
  • Race in Mickey’s Roadster.
  • Petrosains Racing activities.
  • Arts & Crafts & Helmet making activities.
  • Meet & Greets with Mickey (KL – 18 & 19 March, Penang – 1 & 2 April).

 

Roadster Racer License
Roadster Racer License

 

Coloring activity di Karnival Mickey Mouse And The Roadster Racers
Ada macam-macam aktiviti seperti coloring.

 

Astro CH 613
Astro CH 613

 

Bagi yang tak berkesempatan untuk join karnival ni jangan sedih ye. Mickey Mouse and the Roadster Racer’s series ni akan mula bersiaran di TV Astro CH 613 pada coming Jumaat, 24 Mac 2017, pukul 2.30pm di Asia Tenggara! Siri ni juga akan bersiaran di Disney Channel bermula 25 Mac 2017 pada pukul 8.00am setiap hari. Stay tuned! 🙂

Cuti Sekolah? Jom Bawa Anak Have Fun Di Mickey Mouse And The Roadster Racers Carnival!
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge