Hari Ahad 15hb Oktober hari tu kitorang terlajak jalan-jalan ambil angin di Eco Forest Eco World dekat Broga. Tak rugi pergi sebab rupanya ada Misaki – A Japan Affair. Dapat lah nikmati suasana Jepun sambil puas bergambar. Asalnya lepas Zohor tu keluar sebab nak bawa anak-anak outing. Tak ada fixed plan pun. Ingat nak pergi pusing-pusing Putrajaya takpun IOI City Mall. Tapi disebabkan si Ihsan dah berbulan-bulan nak pergi Country Garden Diamond City, kitorang tuju ke sana lah dulu.

Diamond City ni projek perumahan berkonsepkan Sepanyol yang a bit secluded dalam Semenyih ni. Kitorang jalan-jalan tengok rumah-rumah kat sini masa akhir tahun lepas. Dia punya cantik dan bestnya Diamond City ni membuatkan Ihsan dok lah sebut-sebut walaupun dah hampir setahun since the first and the last time kitorang jejak sana. Rasanya sebab dia teringat dapat naik buggy pusing-pusing taman tengok villa harga juta-juta tu.

So kitorang pergi lah tengok Garden City. Tengok daripada dalam kereta je dan tak masuk dalam pun. Lepas tu masa on the way balik terperasan bunting EcoForest. Baru lah teringat ada dapat sms a few days sebelum tu, ada Japanese themed food and activities. Since dah dekat dah pun, husband kata jom lah tengok ada apa.

 

Bergambar dengan Maneki Neko. Irasshaimase!
Bersama dengan Maneki Neko. Irasshaimase!

 

Kalau sebelum ni di Eco Majestic EcoWorld diorang buat Flower Festival kan? Kalau Eco Majestic tu menghala ke Beranang. Tapi EcoForest ni menghala ke Broga. Depan sikit daripada Nottingham University, ada simpang masuk kanan. Eh boleh tahan juga lah tempatnya. Cantik!

Ramai juga orang hari tu tapi tak lah sesak. Mungkin sebab ramai belum tau. So lepas parking kereta tak payah menapak jauh. Nasib baik juga lah. Tempatnya pun tak lah besar sangat. Kitorang naik buggy sebelum masuk dalam. Melepas lah kempunan anak-anak nak naik buggy. Padahal kereta parking dekat je sebenarnya dengan entrance.

So ada apa kat sana? Jejoms tengok gambar-gambar ni. Dah balik baru perasan saya pakai baju yang sama je bila outing hahaha! Nampak sangat sebab baju tu selesa. Senan nak iron, tak mudah kedut, tudung pun sarung je. Pantas dan yang penting menutup aurat gitu 😉

 

Mula-mula pergi Country Garden Diamond City. Pusing dekat entrance tak keluar kereta pun. Depannya ada shop lot yang ala-ala premium outlet tau. Cantik! Lepas tu nampak pulak kerbau besar-besar. Jakun sekejap. Sebab dah lama tak tengok kerbau hahaha! Thenn baru pergi EcoForest. Ada budak happy dapat naik buggy!
Mula-mula pergi Diamond City. Pusing dekat entrance tak keluar kereta pun. Lepas tu nampak pulak kerbau besar-besar. Jakun sekejap. Sebab dah lama tak tengok kerbau hahaha! Thenn baru pergi EcoForest. Ada budak happy dapat naik buggy!

 

Macam biasa kena masuk dalam gallery dulu untuk daftar. Diorang pakaikan wrist tag. Macam biasa lah dalam tu ada model rumah. Kitorang tak tengok pun. Tapi ada booth untuk pakai yukata. Boleh berjalan-jalan dan ambil gambar dengan yukata tu. Not sure ada bayaran atau tak. Tapi yang pasti limited. So kena take turn. Ada juga ingat nak bagi Aisyah cuba pakai. Tapi alamak lamanya nak kena tunggu so tak jadi lah.

 

Tempatnya cantik. Feeling macam tengah travel ke Jepun.
Boleh tahan cantik tempatnya. Boleh lah buat melepas rindu terhadap Nippon.

 

Masa nak masuk taman diorang bagi payung warna hijau. So uols don’t worry kalau hari hujan atau panas. Dalam tu ada banyak photo spots. Boleh lah posing dan ambil gambar cantik-cantik. Ada maneki neko besar, Chirpy Tree, Forest Dragon, Terraced Boardwalk, Japanese Lantern Wall dan lain-lain termasuklah a few design rumah contoh yang spledid tu. Harganya entah lah I’m not so sure sebab tak tengok pun but of course lah mencecah jutaan ringgit.

 

Ambil idea design dalaman rumah contoh di EcoForest EcoWorld. Masa ni taktau pun rupanya tak boleh ambil gambar. Sempat ambil gambar Aisyah posing dalam bilik.
Bila pergi rumah contoh ni seronok tengok interior design dalam rumah. Tak tau pun tak boleh ambil gambar. Tapi sempat lah snap gambar Aisyah dalam bilik impian dia hihi

 

Kitorang masuk 2 rumah sebab Aisyah suka tengok interior design dalam rumah. Saya pun suka juga. Sometimes bagus juga jalan-jalan cuci mata pergi show house. You can refresh your mind, mend your perspective, motivate yourself disamping membina angan-angan. Eh tak salah pun bukannya kena bayar. Kita fikir dan bayangkan yang indah-indah mana tau kannn rezeki Allah nak bagi.

 

Ada banyak tempat menarik untuk ambil gambar!
Ada banyak photo spots yang menarik!

 

Yang best nya bila orang tak ramai memang puas lah ambil gambar. Cuma waktu tu dah petang so lighting tak berapa cantik. Sempat lagi husband komen wordings Japanese ada yang salah katanya hehehe 😛 Lepas dah pusing-pusing ambil gambar kitorang cepat-cepat pergi dekat stage beside the gallery. Ada Japanese Taiko Drum Performance.

 

Masa ni dah kelam kabut cepat-cepat ambil gambar sebab persembahan drumming dah nak mula. Lepas drumming ada persembahan gwiyomi oleh penari-penari remaja. Rasanya bukan Japanese. Yang ni orang laki kena tutup mata sikit okeh. Sebelah stage tu ada gerai jualan makanan Jepun. Tapi kami tak beli apa-apa pun. Banyak oyatsu (snacks) je.
Masa ni dah kelam kabut cepat-cepat ambil gambar sebab persembahan drumming dah nak mula. Lepas drumming ada persembahan gwiyomi. Yang ni orang laki kena tutup mata sikit okeh. Sebelah stage tu ada gerai jualan makanan Jepun. Tapi kami tak beli apa-apa pun. Banyak oyatsu je.

 

Drummers tu semua perempuan dan ada sorang budak lelaki. I’m not so sure if all of them were Japanese sebab sorang girl tu muka mat saleh. Tapi tegaklah bulu rama dengar diorang drumming. Kurus dan berotot je lengan masing-masing. Mungkin hakak pun kena buat kerja mengetuk banyak-banyak untuk dapat lengan yang cantik macam tu hihihi 😛

Tapi tu lah nak cakapnya. Sebenarnya during the first time I got the sms pasal Japanese show di EcoForest tu, rasa reluctant nak pergi. I’m still avoiding anything related to Japan ever since we came back for good in 2011. Sebab tu yang terlupa tu. Tapi tu lah ditakdirkan ternampak pulak pasal event tu masa lalu di Broga, terus lajak pergi. Sudahnya masa drumming performance tu berair air mata huwaaaa. Natsukashii!

Anyway, uols yang belum ada apa-apa plan weekend ni boleh la pergi sana nanti. Last day hari Ahad ni 29 Oktober 2017. Dibuka daripada pukul 10 pagi sampai 5 petang. Bawa la anak-anak yang tengah stress buat revision untuk peperiksaan akhir tahun tu. Bagi diorang take 5 sekejap ok. Enjoy! 😉

Jalan-Jalan Ambil Angin Nikmati Suasana Jepun Di Eco Forest Eco World Broga

4 thoughts on “Jalan-Jalan Ambil Angin Nikmati Suasana Jepun Di Eco Forest Eco World Broga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge