Last Saturday we went to The Mines, Seri Kembangan. The main intention was to bring Ihsan for outing. The thing about autism kids macam Ihsan ni he is lack of social skills. Social skills bukanlah maksudnya berkawan sahaja. Sangat luas aspect social ni. But I’m just going to explain further based on my son only, tidak mengkonklusikan (ambik kau!) semua autism kids as a whole.

Sebab each autism kid walaupun sama2 berada dalam category but each of them adalah unique. Masing2 tak sama. So… macam Ihsan ni dia bukanlah category hyperactive. Sebab Ihsan takde Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Still… since he is lack of focus maka fikiran dia sangat restless. Which means mind dia terlalu sibuk dan fikir nak buat macam2 benda dalam satu masa membuatkan setiap apa yang dia buat tu dia tak buat sampai habis.

Kejap buat itu. Kejap buat ini. Kejap buat benda tu balik. Tapi bukan lah all the time. Macam Ihsan kalau dengan benda yang dia suka contohnya gadgets like handphone and tab memang lah dia boleh duduk diam lama2 layan main benda tu. Atau pun dia jumpa buku yang dia suka sangat especially regarding animals and vehicles yang full of illustrations memang dia boleh belek buku tu lama2. Atau pun kalau ada new toys, dia boleh hooked dengan toys tu sampai lah dia dah bosan baru dia tinggalkan.

 

Main air dekat Splash Park The Mines, Seri Kembangan.
Main air dekat Splash Park The Mines, Seri Kembangan.

 

Kalau dekat rumah… Ihsan ni macam lazy bone je. Baring2… duduk2. Nampak baik je. Ihsan bukannya jenis adventurous memanjat, berguling, lompat kijang segala. Lompat pun tak pandai lagi. Lari pun nasib baik lah boleh lari and even kalau dia lari memang nampak pelik sket. Tapi kalau dekat new environment macam kat tempat baru… dia akan jadi sangat restless.

Dia memang tak boleh duduk setempat sebab dia busy fikir nak check semua benda yang ada dekat situ. As like kalau dia tak check, dia rasa rugi sangat. Mata dia akan jadi lagi bulat and panggil lah 1000 kali pun memang unpenetrable! 😛 Dia nak tengok2 nak pegang2 nak belek2 etc. Ini akan jadi masalah kalau pergi ke rumah orang.

Habis bunga plastik orang tu dia nak kirai. Almari orang dia nak buka. Kalau pergi klinik, kaunter klinik tu dia nak masuk nak tengok apa ada. Kalau pergi majlis yang proper macam tahlil ke apa ke memang susah lah sebab dia tak boleh duduk diam jadi kena duduk dekat belakang2 atau pun datang lewat. Lagi senang tak pergi langsung haha!

Tapi… takkan nak simpan Ihsan dalam rumah je ye tak? As parents pun kita sendiri nak kena melawat saudara-mara etc. Takkan nak duduk rumah je dengan anak. Memang kita boleh guna cara lain contohnya macam gadgets lah untuk bagi dia duduk diam. Kami guna jugak cara ni. Tapi… sampai bila nak guna cara ni. Somehow tetap kena latih dia untuk behave jugak. Ada waktu guna umpan apa pun tak laku. Ini memang dah parah! 😛

 

Kaedah Walk With Me

 

So… lately kami banyak bawak dia jalan2 outing. We practice kaedah ‘Walk With Me’ as suggested by a member in Autism Malaysia Facebook group. She is an expert in the world of autism. Kita jalan in a group sambil pegang tangan. Tapi we buat banyak pit stop. Stop kejap untuk duduk and minum air ke. Jalan2 then stop lagi untuk tengok bunga ke. Jalan2 then stop lagi untuk tengok kucing ke.

Sambil2 jalan boleh bercerita untuk latih communication skill. Secara tak langsung akan bantu autism kids untuk lebih verbal. Daripada sini autism kids akan belajar and gets the message that he has to wait for everyone ready baru boleh jalan sama2. Lama2 akan latih dia supaya jangan sesuka hati jalan sorang2 tanpa hala tuju. Cara ni sesuai untuk practice kat recreational park. Tempat yang lapang dan tak ramai orang. Kot2 kalau autism kid lari, senang nak kejar dan senang nak trace.

Then baru practice kat tempat ramai orang macam mall. Macam Ihsan… kitorang belasah je ikut keadaan. Kadang2 dekat park. Kadang2 dekat mall. Ihsan kalau kita suruh dia jalan sorang2… dia yang sibuk2 nak jugak berkepit pegang tangan kita. Kalau kita lari sembunyi pun pandai plak dia takut2 nak cari kitorang. Sikit punya baik. Tapi… once dah nampak benda yang menarik macam playground ke… toys department ke… vehicles ke… ahaa dia dah lupa dah mak pak dia! 😛

 

Kid’z Paradise, The Mines

 

Kid'z Paradise di The Mines Sri Kembangan. Tempat ni baru lagi jadi memang cantik dan bersih. Dah lama nanti taktau lah hihi
Kid’z Paradise di The Mines Sri Kembangan. Tempat ni baru lagi jadi memang cantik dan bersih. Dah lama nanti taktau lah hihi
Ihsan suka main dalam ball pool ni.
Ihsan suka main dalam ball pool ni.
Ihsan tak berapa suka main ni. Padahal ini sangat bagus untuk stimulate sensory dia. Kena bagi main benda macam ni selalu lagi lah.
Ihsan tak berapa suka main ni. Padahal ini sangat bagus untuk stimulate sensory dia. Kena bagi main benda macam ni selalu lagi lah.

So berbalik ke The Mines tadi… actually tak plan pun nak gi situ. Bila dah sampai sana kitorang lunch dulu dekat food court. Ihsan duduk sebelah window yang betul2 mengadap highway. Sepanjang makan tu dia tak puas2 tengok vehicles lalu-lalang especially lorry. Dia sekarang ni obsess dengan lorry. Tido pun kadang2 sebut lorry 😛 Then after makan gi kat roof top. Kat situ ada Splash Park. Ada playground… water playground air pancut2 dengan pool.

 

Best lah main air waktu panas-panas macam ni :D
Best lah main air waktu panas-panas macam ni 😀

 

Free je. Memang best lah kat situ open air berangin je. Dah puas main air kitorang bawak dia gi Kid’z Paradise. Actually baru buka. Kitorang pun tak tau sebab selama ni tak pernah nampak pun. Bila tengok macam menarik je so kitorang pun masuk. Best lah ada trampoline, macam2 jenis swing, blocks area, vehicles, sand pit, ball pool, slides etc. Ada juga area untuk buat party. Baby room pun ada.

Tempat ni selesa lah and all the games there memang padded. So tak risau anak jatuh ke apa ke InsyaAllah memang safe. To me… memang sesuai lah untuk Ihsan sebab Ihsan bukan jenis lasak sangat. Jadi saya nampak tempat ni sesuai untuk latih occupational therapy dia in a fun way. Boleh berlatih balancing dengan macam2 jenis swing yang ada. Boleh berlatih motor skills. Boleh tackle sensory issues juga. So far saya nampak tempat ni bersih etc. Tak tau lah kalau dah lama2 nanti. Hopefully they maintain the place in a good condition always lah.

Sebelum ni pernah bawa Ihsan ke Megakidz Mid Valley tapi rasanya tempat tu tak berapa sesuai untuk Ihsan. Sebab tempat tu agak challenging for him. Ihsan baru nak pandai memanjat. Tempat2 tinggi pun takut. His grip pun tak strong sangat. In order for him to really enjoy all the games there he must be able to ‘melasak’. Takpelah slowly tingkatkan his motor skill. Dah pandai nanti baru bagi new challenge for him.

Alhamdulillah I can see that Ihsan is getting better behaving himself while outing. Kalau makan masih boleh duduk elok2 dekat kerusi although dia duduk di sebelah luar tapi takde cubaan melarikan diri jauh2. Kena practise banyak2 lagi lah. Kena tackle bab lari2 ni dulu. Later bila comprehension dia dah meningkat sikit baru ajar dia how to behave with other people.

 

Walk With Me
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge