This is a quick update. Ngantuknya! Semua orang dah tido. Hubby said dia nak buat kerja. Rasanya dia pun dah tertido kot sebab temankan Ihsan tido tadi. Dia baru balik tadi. Ahaa mesti tak mandi tak gosok gigi lagi. Jap gi nak tengok. Internet ni lembap betul. Nak check pasal betul ke ada ribut dekat pantai timur. Ribut Sonamu? Tapi kalau betul ada should be kena buat macam kat Nihon lah. Any news cepat je sampai. Kalau siapa yang tengok tv tetiba ada bunyi warning ting tong ting tong tu. Eh rindu plak dengan bunyi warning tu haha! Kalau kat Facebook, handphone, radio etc pun ada warning. Eh ada kot ek. Tapi tak tengok tv so tak tau lah. But should be kalau ada pun kena lah kerap baru orang ramai tau dan boleh ambil precaution. Eh cakap pasal ribut pulak 😛

So esok bermula lah new weekdays. Eh hari ni lah. Dah masuk Isnin pun hihi 😛 Weekend kitorang keluar bawak Ihsan jalan2. Owh tak nak cerita pasal tu lagi. Nak cerita pasal benda lain sebenarnya. Kitorang bawak Ihsan jalan2 kat The Mines. Main dekat indoor playground. Dipendekkan cerita… daripada awal2 kitorang sampai hinggalah kitorang balik. Ada sorang Malay boy ni. Umur 7 tahun. Tau pun sebab masa main dekat sand pit dia datang join Ihsan and I main. Biasalah kalau cakap dengan Ihsan dia bolayan. So budak ni tolong2. Dia kata dia suka tolong orang. Saya suruh Ihsan buat gitu gini dengan pasir tu tapi sebab Ihsan buat tak tau so budak ni assist lah. Daripada gaya dia bercakap memang nampak dia ni pandai bawak diri, bersopan santun, cerdik, mesra and berani.

Sepanjang dekat sana nampak macam dia main sorang2 je. Takde adik beradik lain ke apa ke. Dia join orang sana-sini and orang lain pun happily main dengan dia. Then ada satu masa ni saya noticed dia cakap2 dengan parents budak lain. Saya dok tengok daripada jauh. Rupanya setelah diamati agaknya dia cakap kat pakcik tu air yang pakcik tu pegang air siapa. Dia ingat itu air dia kot. So pakcik tu kata ni air pakcik sebab pakcik tu belikan untuk anak dia yang main kat situ. Pakcik tu kata suruh boy ni cari air dia ada dekat mana. Budak tu cari2 jumpalah satu botol. Siap tanya pakcik tu ini ke air dia. Mana lah pakcik tu tau ye ke tak tapi pakcik tu iyekan aje. Then budak tu minum. Sampai habis. Nampak sangat dia dahaga. Siap masa minum cakap kat pakcik tu lega dapat minum. Dah habis minum siap bagitau cakap kat pakcik tu dah habis. Pakcik tu suruh buang dalam tong sampah. Then budak tu sambung main.

Kitorang sampai dia dah ada. Kitorang balik dia tak balik lagi. Ihsan pun dah letih. Inikan lagi budak tu yang memang sungguh2 main semua benda daripada awal. Memang nampak macam dia pun dah tak larat nak main. Okay… my point here is… kot ye pun anak awak tu sangat independent… tapi jangan lah tinggalkan anak sorang2 macam tu lama2. Kot ye pun nak tinggalkan… bagi duit at least dia boleh beli dekat counter tu ada jual air… atau pun tinggalkan proper drinks for him letak dekat rak. Pesan dekat anak tu kalau nak minum go buy or take here. Tinggalkan handphone ke kot2 anak tu tetiba sakit perut ke pengsan ke macam mana nak contact parents dia kalau takde hand phone? Tak tau lah mana parents dia pergi. Pergi shopping sakan ke apa ke? Sungguh tak patut. On top of that… nasib baik lah pakcik tu layan jugak budak tu. Wife pakcik tu langsung buat tak tau je. Agaknya memang masyarakat kita ni jenis fikir dan pentingkan diri sendiri ke? Bukan anak aku buat apa aku nak ambik peduli. Macam tu? Kot nak belikan air ke apa ke bukanlah mahal sangat.

Membuatkan jauh disudut otak saya terfikir. Alhamdulillah boy tu normal boleh bawak diri. Tapi mungkin sebab tu parents take for granted? Naluri saya sebagai seorang ibu rasa tak patut lah tinggalkan anak terkontang-kanting begitu. Dahaga nak minum tercari2 air. Owh sedih okay! 🙁 Mungkin sebab saya ada anak special membuatkan saya jadi terlebih peka hal2 macam ni? Kalau dulu saya tak tau anak saya special so saya sendiri tak terfikir kot perkara2 macam ni? Boy tu normal… kena tinggal dengan parents pun still survive. Kalau Ihsan agaknya… kena pulak dengan orang2 yang tak kisah begitu… dah lah Ihsan tak boleh communicate… bila takut, lapar, letih dia cuma tau tantrum and nangis… he himself even confused with himself apatah lagi orang lain ye tak? Agaknya… kalau lah Ihsan kalau tak ditinggalkan pun… tapi terlost ke… tak boleh lah nak bayangkan macam mana. Nauzubillah. Semoga masyarakat kita lebih peka dengan kanak2. Kalau nampak budak sorang2 interview lebih2 sikit. Cuba ambik berat sikit. Tak rugi sekelumit pun kalau nak tolong. Cuba fikir hari ni kita tolong anak orang. Esok2 mana tau orang tolong anak kita?

Dan kalau nampak budak berjalan sorang2. Kita tanya2 pun tak jawab. Nampak macam pelik je dalam dunia dia je. Kita panggil2 dia lari lagi laju. Atau kita dah tangkap tapi dia ngamuk atau gigit tangan kita. Kemungkinan besar budak tu special. Selalunya budak macam ni autistic lah. Tambah2 lagi kalau berjalan dekat jalan raya cepat2 lah tangkap dan hantar ke balai polis. Sekurang2nya budak tu dah selamat. Tak perlu terfikir2 eh anak siapa ni? Mana mak dia? Eh takpe kot nanti mak dia datang kot? Eh oh eh oh tak membantu apa pun. Kalau autistic kids selalunya diorang tak faham bahaya. Macam Ihsan kalau dia berjalan dekat jalan raya dia nak kejar kereta sebab dia obses dengan vehicles. Walaupun belum pernah terjadi dekat Ihsan tapi dah banyak kejadian macam ni berlaku pada budak2 autistic lain. Alhamdulillah so far semua kisah berakhir dengan selamat. Allah pelihara mereka. Tapi kalau dengar kisah perjalanan diorang tu daripada saksi2 pehhh boleh kecut perut wehhh! Ketar lutut!

Semoga kita jadi ibu bapa yang lebih peka untuk anak2 kita dan masyarakat yang lebih peka untuk kanak2 disekeliling kita, InsyaAllah. Tak susah pun kan? 🙂 Boleh buat kan? 🙂

Pesanan khidmat masyarakat ditaja oleh Mama 2A. Daa! Nak tidoq!

Jadilah Ibu Bapa Prihatin
Tagged on:         

One thought on “Jadilah Ibu Bapa Prihatin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge