Sebelum mula aktif menulis (dan merepek) di Facebook serta di blog MamaWidad.Com dan HazrinaNasir.Com macam sekarang, saya sebenarnya mula warm up di Friendster blog dan kemudian mula serius di Blogspot. Friendster pun dah tak wujud sekarang ni. Padahal situlah mula-mula saya kenal husband (through a friend) kehkehkeh!

Anyway nak ceritanya sepanjang saya menulis, selain prospek yang contact saya untuk beli Shaklee, ramai kenalan yang contact saya untuk berkongsi cerita, untuk minta pendapat, untuk minta maklumat, untuk berkawan dan macam-macam lagi. Daripada isu berkaitan anak-anak, sampailah ke masalah rumahtangga. Walaupun dalam blog, seingat saya tak pernah pun sentuh bab rumahtangga melainkan tips-tips kekeluargaan.

Dan daripada kenalan-kenalan yang contact saya tu, ramai yang terkesan dengan apa yang saya kongsi. Ada yang rasa lega sebab macam dah nampak cahaya. Ada yang kata rasa lebih positif. Ada yang terinspirasi. Kadang-kadang ada yang kata saya sangat strong kahkah! (Well, my husband knows better). Dan kebanyakannya cakap terima kasih sangat-sangat sebab berkongsi.

 

Keep inspiring others.
Teruskan memberi inspirasi.

 

Walaupun kadang-kadang saya rasa segan dan tak suka dipuji-puji (Ehhh tapi janganlah kutuk pulak). Sebab apa yang kita tulis tu kadang-kadang sekadar untuk mencatatkan memori pahit manis, pengalaman berharga, peringatan dan juga ilmu berguna untuk rujukan diri sendiri dimasa akan datang. Bukanlah mengharapkan apa-apa feedback daripada sesiapa. Saya menulis untuk kepuasan diri sendiri.

Sebenarnya, saya ni menulis bila in the mood je. Masa tu lah idea flows laju into words. Bila menulis daripada hati, orang pun boleh rasa apa kita tulis. Kita boleh sentuh hati orang melalui penulisan kita. Kadang-kadang ada juga rasa susah nak tulis atau segan nak cerita. Tapi apa-apa cerita pun kalau kita pandai olah, boleh disampaikan dengan cara yang positif. Bukanlah semua benda sesuai kita cerita di blog ataupun media sosial. Pandai-pandailah tapis.

Actually apa yang saya nak sampaikan, teruskan berkongsi. Walaupun kadang-kadang kita fikir takde apa yang menarik pun dalam kisah hidup kita hari-hari. Tapi kita taktau besarnya pelajaran ataupun manfaat yang mungkin orang lain boleh dapat daripada cerita kita. Guru kehidupan yang terbaik adalah pengalaman. Kalau kita takde pengalaman sendiri, boleh rujuk pengalaman orang lain. Betul kan?

 

Keep sharing, you never know who you are inspiring

 

So dalam apa yang kita nak buat, tak kisah lah menulis ke, bercakap ke, melalui perbuatan ke, teruskan berkongsi dan memberi. Dengan niat yang baik (of course niat kena jaga), lakukan perkongsian yang terbaik. Bagi blogger, bila dah selesai menaip, fikir dulu apa kita akan dapat daripada perkongsian artikel kita tu. Mudah-mudahan apa yang dikongsi memberi saham pahala berterusan dan bukan sebaliknya. insyaAllah. So kalau OK, tekan publish dengan lafaz Bismillah! 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.