Alhamdulillah dah berlalu 2 per 3 bulan kita berpuasa. Tahun 2018 ni, both Ihsan dan Aisyah mula belajar puasa dengan lebih serius. So far so good lah mengikut tahap kefahaman dan kemampuan diorang. So let me share tips latih anak berpuasa buat pertama kali di bulan Ramadhan. Actually rasa syukur dan tak sangka sebab diorang boleh cooperate dan tak banyak kerenah pun. Quite steady jugak lah. Tak macam Mama diorang kecil-kecil dulu asyik tengok jam!

Sebenarnya tahun lepas pun dah mula introduce diorang dengan berpuasa slowly. Tapi sekadar tak bagi makan breakfast dan bagi makan lunch lambat je lah around dalam pukul 12 tengahari atau pukul 2 petang macam tu. Amount makanan dan kekerapan makan pun dikurangkan.

Tapi untuk tahun ni, nak tak nak kena take it serious lah when I suddenly realized Aisyah pun dah 6 tahun. Tahun depan dah 7 tahun. It struck me that she is not that small anymore. Lagipun kefahaman Aisyah dah makin bagus. Dia pun dah besar, insyaAllah badan mampu bertahan untuk berpuasa lebih lama.

 

Ramadhan chart untuk bantu latih anak berpuasa di bulan Ramadhan.
Ramadhan chart yang saya guna untuk latih anak-anak berpuasa. Sediakan 1 khas untuk setiap seorang.

 

As for Ihsan, walaupun dah nak masuk usia 9 tahun, tapi pemikiran dia masih diperingkat anak-anak kecil. Although dia boleh ingat teori tentang puasa, tapi dia belum betul-betul dapat grasp konsep dan keperluan puasa tu. Hence, even ditanya puasa tak? Dia akan jawab ye puasa walaupun di tangan tengah makan atau minum hihi. Sabarrr je lah.

Honestly I expected more from Ihsan sebab dia dah besar and I thought I would go lenient with Aisyah. Tapi nampaknya perkara sebaliknya berlaku. Aisyah sendiri risau, takut, susah hati kalau tak puasa. Nak minta buka puasa pun dia sayang atau serba salah. Takpelah, we go with the flow ikut penerimaan masing-masing.

 

Tips Melatih Anak Berpuasa Buat Kali Pertama Di Bulan Ramadhan

 

Anyway, just to share my short experience so far dalam melatih anak-anak berpuasa kali pertama dibulan Ramadhan. There are a few points that I want to highlight here which I think important and could be of a help to ease parents while introducing fasting to their children.

 

1. Bercerita Tentang Ibadat Berpuasa Di Bulan Ramadhan – Ceritakan kepada anak-anak untuk memperkenalkan diorang dengan ibadat berpuasa dibulan Ramadhan. Boleh guna bahan-bahan yang mempunyai ilustrasi dan visual menarik macam buku cerita kanak-kanak dan video YouTube. Kalau tak ada masa, printables di internet pun ada banyak. Google saja. Ayat atau cerita yang digunakan pun menarik dan guna ayat mudah. Anak pun senang nak faham apa itu puasa.

Describe tentang suasana bulan Ramadhan kepada anak-anak, mengapa perlu berpuasa, apa hikmahnya dan sebagainya. Boleh selitkan nasihat dan peringatan agar anak-anak lebih bersemangat untuk membuat kebaikan dan lebih behave sepanjang bulan puasa. In a way ini juga melatih anak-anak untuk lebih berdisiplin dan berakhlak baik.

 

2. Beri Galakan, Motivasi Dan Puji-Pujian – Rajin-rajin beri kata-kata semangat, cerita-cerita positif, ganjaran berpuasa, pujukan yang lembut berempati dan banyakkan memberi puji-pujian. So that anak pun tak rasa risau atau takut tak dapat makan dan minum masa berpuasa. In fact diorang akan lebih yakin dengan kemampuan diri.

Dalam situasi saya, selalu guna reverse psychology. Terutama kalau anak dah merengek tak larat sangat dan minta minum air. Padahal lagi sejam je dah nak berbuka. So saya pujuk suruh mandi so that dia boleh jadi strong balik. Ataupun suggest diorang buat aktiviti yang diorang suka supaya terlupa lupa pasal lapar dahaga dan kill time juga.

 

3. Tampal Ramadhan Chart Di Dinding – Kitorang guna Ramadhan chart tahun lepas-lepas yang Aisyah dapat daripada tadika dia, Brainy Bunch. Dalam tu boleh tanda berpuasa penuh atau separuh hari, dan ada juga checklist solat 5 waktu. Siapa yang berjaya puasa dan solat penuh hari tu, saya bagi sticker untuk tampal. Diorang lagi seronok lah bila tengok dah dapat banyak sticker. Bolah cari printable Ramadhan chart daripada Google atau buat sendiri.

 

4. Beri Reward – Terpulang kepada ibubapa apa ganjaran yang nak diberi kepada anak. Tak salah nak beri ganjaran duit atau hadiah sebab tujuan kita, nak membiasakan dan melatih anak berpuasa. Walaupun salah konsep sebab dia bertahan demi nak dapat reward, it’s ok! Budak-budak memang lah macam tu pemikirannya. Tapi kita rajin-rajin lah bercerita tentang keperluan berpuasa tu. Dah besar nanti of course lah dia faham insyaAllah.

So, untuk Ihsan dan Aisyah saya just beri sticker yang dibeli daripada kedai RM2 untuk ditampal di Ramadhan chart masing-masing, janjikan akan bagi duit raya, boleh pakai baju raya dan pergi beraya. Haa kan senang je rewardnya. Kalau dah namanya raya takkan lah tak buat benda-benda tu semua kan. Reverse psychology aje sebenarnya ni hihi. Tak perlu pun nak kena keluarkan kos yang banyak. So jangan risau untuk beri reward!

 

5. Beri Sokongan Tenaga Dan Nutrisi Yang Mencukupi – Selain makanan seimbang dan pelbagai, lengkap dengan karbohidrat, protein, buah dan sayuran, untuk Ihsan dan Aisyah saya sediakan vitamin untuk bantu kuatkan sistem imun anak-anak. Bila imun kuat, badan pun sihat, hence lebih bertenaga untuk berpuasa dengan lancar. Saya sediakan juga makanan yang anak-anak suka masa bersahur dan berpuasa. Jadi anak-anak lebih excited dan bersemangat untuk bersahur dan berbuka. Ini juga boleh jadi sejenis reward yang menyeronokkan.

Alhamdulillah setakat ni anak-anak dapat berpuasa dengan lancar mengikut keupayaan masing-masing. Aisyah boleh bangun sahur, puasa sampai waktu berbuka, faham kenapa perlunya berpuasa dan hikmah berpuasa, dan malah, mampu menahan diri daripada lapar dan dahaga. Memang ada je dia minta nak minum air lah, mengeluh tak larat lah, nak makan lah. Tapi masih boleh bersabar lepas dipujuk.

 

6. Mulakan Seawal Yang Mungkin – Usia yang mungkin ideal untuk mula diperkenalkan dengan ibadat puasa adalah seawal yang mungkin. Tapi latih secara berperingkat lah ikut tahap umur. Kalau anak yang kecil-kecil tu biarkan je dia menyibuk sama masa bersahur dan berbuka tu. Untuk anak yang besar sikit, mulakan dengan rutin kejutkan makan sahur sekali.

Kemudian biasakan anak dengar niat puasa, doa berbuka puasa, solat Terawikh dan sebagainya. Expose to them as much as possible. Anak-anak lebih muda belajar, faham dan terima daripada melihat perbuatan ataupun rutin yang mak ayah lakukan. So parents, set a good example to your children. Barulah senang nak ajak puasa secara berperingkat.

 

7. Take It Easy Parents! Ikutlah Kemampuan Anak – Jangan terlalu memaksa dan nak expect tinggi mengharapkan anak-anak dapat lakukan ibadat puasa dengan perfect sangat. Ada banyak masa lagi untuk terapkan amalan berpuasa ni. Contohnya waktu sahur anak, lewatkan sikit ke waktu breakfast. Lepas tu puasa lah berperingkat. Mulakan puasa sampai pukul 10 pagi saja ke dulu, kemudian ke tengahari saja dan seterusnya.

Kalau anak tak sihat, hari terlalu panas, nak keluar outing lama dan perlu guna banyak tenaga fizikal dan sebagainya, memadai lah benarkan anak berpuasa separuh hari saja, puasa makanan saja, atau puasa yang yong (puasa sekejap-sekejap) terutamanya untuk anak-anak yang masih kecil. Jangan sampai anak trauma semata-mata nak belajar berpuasa. Sebaliknya biar anak rasa seronok dan enjoy rutin dan suasana Ramadhan tu.

 

8. Buat Aktiviti Dengan Anak – Kalau boleh sediakan aktiviti atau beraktiviti bersama-sama. Susun jadual harian anak sepanjang bulan puasa. Jadi bila anak leka buat perkara menyeronokkan, diorang pun kurang teringat tentang lapar dan dahaga. Masa berjalan, tau-tau je dah petang pun. Tell them walaupun berpuasa, we still can fulfill our daily routine and do things we like. So that diorang dapat gambaran puasa bukanlah alasan untuk jadi lemah dan malas.

 

10. Cipta Aktiviti Atau Memori Khusus Bulan Puasa – Antara aktiviti menarik boleh dibuat bersama anak-anak bulan puasa antaranya ialah buat kuih raya, tulis kad raya, dengar lagu raya, bertadarus, pergi ke bazar Ramadhan, pergi terawikh di masjid, main bunga api (opsss hihi) dan banyak lagi. Bila kita cipta memori signifikan untuk bulan puasa, tahun-tahu seterusnya anak-anak sendiri akan rasa teruja menjalani ibadah puasa. Walaupun penat, tapi diantaranya ada banyak keseronokan untuk dinikmati.

 

6. Banyakkan Bersabar – Bukan je kena ingatkan anak-anak bersabar tapi mak ayah pun kena urut dada banyak-banyak. Biasalah anak-anak macam-macam ragam. Liat nak bangun sahur lah, merengek nak itu ini lah, bergaduh dan buat macam-macam perangai lain lagi. Nak-nak lagi diorang kelaparan kan lagi lah macam-macam pe’el keluar. Kita pun kena cuba lah lebih banyak bertenang.

 

So, itu saja 10 point yang sangat membantu saya. As for Ihsan, mula-mula memang target nak dia berpuasa penuh juga. Tapi dipendekkan cerita, memandangkan Ihsan pun nampaknya belum betul-betul faham keperluan berpuasa tu, so waktu hari sekolah dia tak puasa. Tujuannya untuk memudahkan pihak cikgu dan pembantu murid menguruskan Ihsan sepanjang waktu sekolah juga. Tapi bila balik sekolah, saya suruh dia sambung puasa.

 

Cara latih anak Autism berpuasa.
Not bad kan untuk anak Autism yang baru mula berlatih nak puasa? 😉

 

Kalau hari cuti memang suruh juga dia puasa penuh sebab dia mampu bertahan. Sampai petang pun masih larat mengusik Aisyah bagai, kira OK sangat lah tu kan? Lagipun masa kat rumah tak banyak guna fizikal so tak letih sangat. Kita pun mudah nak ingatkan dan pantau dia tak boleh makan dan minum sampai Maghrib. Cuma ada juga waktu terlepas pandang. Tau-tau je dah minum air lah makan buah lah. Dia pun ‘lupa’ dan belum betul-betul faham dia tengah berpuasa.

Memang ada yang kata, “Alah buat apa nak paksa. Ihsan dah tentu-tentu tempatnya syurga.” Tapi sebagai ibubapa, selagi anak kita mampu, kita latih dan galakkan anak kita buat ibadat yang wajib walaupun mungkin tak diwajibkan pun ke atas dia. Apatah lagi anak mild Autism macam Ihsan ni yang takde garis jelas tahap mana kemampuan fikiran dia. Mana tau esok lusa pemikiran dia berkembang baik, kan dah terlambat pulak nak asuh.

Anak bertitle OKU bukan alasan untuk kita lari daripada tanggungjawab mendidik perkara wajib. Sebaliknya, we do our best untuk mendidik dan seterusnya terpulang kepada tahap penerimaan dan kemampuan anak. Ikut pace anak je. Tak payah lah nak paksa-paksa sampai masing-masing stress. Tingkatkan secara perlahan-lahan as he is progressing. Apa-apa pun sebelum latih puasa, utamakan latih solat dulu. Jangan sampai beriya nak anak puasa penuh tapi tak tekankan solat.

Dan jangan lupa betulkan niat kenapa nak latih anak melakukan ibadat, bukanlah sebab nak berlumba-lumba mempamerkan kehebatan. Anak-anak bukanlah trofi untuk ditayang. Memang betul sebagai parents kita bangga jika anak mampu lakukan dengan baik. Tak salah juga berkongsi kegembiraan dengan orang ramai. Mana tau boleh menjadi motivasi kepada ibubapa lain dalam mendidik anak juga. Raikan pencapaian setiap anak. Hargai usaha mereka dalam melakukan yang terbaik dan bukannya melihat kepada kesempurnaan 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.