Hey sayangku. Hari ini aku syantik. Syantik bagai bidadari. Bidadari di hatimu. Ecehh kemain lagi 😛 Asyik ternampak dan terdengar orang sebut-sebut syantik ni. Rupanya lagu Syantik ni lah ye yang tengah viral. Okay menarik juga lagu nya. Quite catchy. Boleh lah nak buat main nyanyi-nyanyi dengan anak-anak depan suami. Kasi hilang stress buat persiapan raya hihi. Sooo mana satu warna tema raya 2018 yang paling syantik kitorang nak pilih?

Soalan macam baru nak fikir-fikir kan tapi sebenarnya dah pilih pun! Iaitu warna electric blue. Ataupun dengan nama lain warna BN hihihi. I’m jokingly telling myself, bagi sokongan dekat parti Barisan Nasional yang kalah baru-baru ni masa PRU 14. Mudah-mudahan BN makin bersemangat menjadi pembangkang yang mantap. Rasa kelakar pula. Tak ada lah sebab tu pun sebenarnya. Just a coincidence belum pernah ada warna tu. Lagipun warna tu memang cantik dan nampak elegant. Bila dah pilih baru terfikir sama dengan warna BN.

 

Warna electric blue untuk tema hari raya
Warna tema baju raya kami tahun ni ialah warna electric blue! Tapi ada orang kata ini warna royal blue. Tak kisah lah apa namanya. Memang lebih kurang je pun warnanya. So, syantik takkk? 😀

 

Anyway putting politics aside, Alhamdulillah tahun ni dapat buat persediaan raya awal sikit berbanding tahun yang lepas-lepas. But still bersederhana saja. Terhad kepada apa yang perlu dan bukannya kehendak. We spend more on clothes terutama untuk anak-anak sebab kami memang jarang shopping. Setahun boleh kira dengan sebelah tangan berapa kali beli baju. Anak-anak cepat besar, memang nak kena ganti juga mana yang dah lusuh dan senteng tu. As for us parents, just a pair of new clothes for each of us. Cukuplah.

Baju raya anak-anak dah beli 2 minggu lepas masa ada sale 3 hari di Aeon. Seperti biasa, Aeon Cheras Selatan lah tempat yang dituju. Keluar pagi kononnya tengahari dah boleh balik. Sekali sampai lepas berbuka puasa baru balik rumah. Memang rasa nak tercabut tulang belulang. On the next day rehat je kat rumah sebab letih sangat. Baju kurung dan baju melayu pula baru minggu ni dapat lengkapkan. Itupun cari di Tesco Semenyih dekat rumah ni je. Nasib baik ada jumpa. Harga pun OK tak mahal sangat dan kualiti pun elok.

Lega dah settle bab baju-bajan ni. Mula-mula tadi risau kalau tak jumpa terpaksa mencari ke Bangi atau Kajang atau ke mana-mana pula lagi. Kalau dulu-dulu rajin lah menapak jauh-jauh sampai ke Sogo, Jalan TAR, KL bagai. Tapi sekarang memang tak kuasa nak hadap jam lah apa lah. Mungkin faktor umur kot. Bila usia makin matang ni lagi suka mana yang lebih mudah dan bertenang-tenang saja.

So tahun ni kami anak beranak boleh dikatakan sedondon. Anak-anak punya warna birunya ada bayang purple sikit. Sebab yang sama warna macam kami dah habis. Tahun sebelum-sebelum ni jarang lah betul-betul pakai warna sama. Selalunya shades of the same color saja. Kami utamakan baju saja tahun ni. Samping dan songkok pakai yang lama. Tudung Aisyah pun husband kata tak payah. Semua tu nanti pakai sekejap je katanya.

Setakat ni itu je lah persediaan yang dah dibuat. Selain tu nanti beli kuih raya sikit-sikit, stock up makanan sikit-sikit, duit raya, kemas rumah dan tak lupa juga buah tangan raya untuk parents. Kalau rajin dan ada masa ingat nak buat kuih raya sikit di rumah parents juga nanti. Sebab oven saya ni tak berapa elok. Nanti penat je membakar kuih tapi kuih rosak. Nasib baik rumah parents dekat. Boleh lah pinjam oven.

 

Indoor playground Happy Land Tesco Semenyih
Menghilangkan kebosanan anak-anak di indoor playground, Happy Land Tesco sementara Mama tawaf survey baju dan tudung. Penat main kat sini sampai berpeluh-peluh sudahnya masing-masing buka puasa.

 

Persediaan raya tahun ni tak lah siapkan segala-galanya dan sesempurna mana. Buat as I said earlier, apa yang patut-patut saja just as tahun-tahun sebelumnya. Dizaman ini kena pandai berjimat-cermat. Jangan ikut nafsu nanti dah jadi membazir. Kalau ikut kan hati memang lah kan nak beli semua. Harapnya tahun depan ada rezeki lebih untuk beli buah tangan raya bukan saja untuk parents dengan lebih banyak lagi tapi juga untuk adik-beradik dan anak-anak buah.

Anyway, harapnya saya, suami dan anak-anak akan kelihatan syantik, handsome dan bergaya di pagi raya nanti. InsyaAllah 🙂

Korang pilih warna tema apa tahun ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.