It’s been a while since I last wrote in here. Oh gosh tak tau nak cakap apa hihi *nangis!*. Anyway, just to share my latest update. Akhirnya hari Khamis minggu lepas berjaya juga buat Pap Smear test setelah sekian lama bertangguh. Yeay! Tahniah untuk diri sendiri. Makan tahun jugak lah dok nanti-nanti. Tapi syukurlah pagi tu semangat juang menitikberatkan penjagaan kesihatan yang tersemat disanubari ni lebih sikit daripada biasa.┬áMaklumlah umur dah 30an. Kena lebih peka dengan kesihatan diri.

Selama ni pun bukanlah takut sakit sangat although rasa seriau sikit tu memang ada. Tak selesa pun ye. Yelah siapa je yang rajin nak serah diri untuk buat vaginal examination. Bila terfikir ‘what if…’ result yang dapat tu unexpected ke. Ditambah dengan rasa kurang rajin. Tu yang tak terpergi. Daripada anak kecil sampai dah nak masuk sekolah dah. Tak ingat pun zaman bila last time buat. Kalau tak salah masa lepas bersalin Ihsan dan Aisyah dulu. Tapi tu lah lagi sakit nak bersalin kot. Itu yang paksa diri juga.

 

Dah kahwin? Pernah lakukan hubungan seks? Atau dah berumur 26 tahun ke atas? Kalau ya, anda dah layak buat Pap Smear Test ni secara berkala.
Wanita dah kahwin, yang pernah lakukan hubungan seks ataupun dah berusia 26 tahun ke atas, digalakkan buat ujian Pap Smear secara berkala.

 

Pagi tu pula kebetulan tengah right timing dan memenuhi syarat buat test ni. Mr Driver aka husband pun boleh bawakan. Dan memang dah nekad kena buat juga! Jadi tak boleh nak cipta alasan lah untuk tangguh lagi. (Altho kalau kena drive sendiri jawabnya tak pergi dah pagi tu). So lepas hantar anak-anak pergi sekolah, husband balik semula jemput saya dekat rumah. Maklumlah lambat bersiap.

Anyway, saya buat di klinik kesihatan kerajaan terdekat ni je. Dekat KK Beranang to be exact. Sebelum tu call dulu tanya apa hari yang ada buat test ni. Sebelum-sebelum ni dah berkali-kali call pun. Tapi sebab dah bertangguh, asyik lupa je lah. Masa datang isi borang, serah dekat kaunter untuk daftar. Kemudian tunggu nama dipanggil, bayar RM1 untuk pendaftaran dan ambil nombor.

Lepas tu pergi lah ke bilik-bilik yang seterusnya. Nurse akan buat saringan dulu, check tekanan darah etc sebelum arahkan kita ke bahagian yang berkenaan. Mula-mula tu blood pressure tak berapa cantik. Nurse suruh bersandar pula dan ambil kali ke 2. Still tak berapa cantik sangat but better daripada sebelumnya. Haih bab ambil blood pressure ni memang saya selalu ada masalah. Saya mudah nervous. Tambah-tambah lagi kalau waktu pagi.

Last sekali barulah pergi ke bilik khusus untuk buat Pap Smear test. Menunggu sekejap sorang-sorang kat situ sebelum sorang nurse senior masuk. Dia arahkan saya baring atas katil. Sambil-sambil dia prepare peralatan, nurse tanya-tanya beberapa soalan untuk isi dalam borang contohnya umur, bila kahwin, ada guna perancang kehamilan tak, berapa lama kahwin, tarikh haid, anak berapa orang, sejarah kehamilan dll.

Yang tak menahannya masa nurse interview latar belakang untuk isi dalam form. Entah apa-apa ku jawab. Boleh pula jawab kahwin tahun 2012, padahal 2005. Umur berapa kahwin dan berapa lama dah kahwin pun hakak siap kira pakai kalkulator uolsss. Anak berapa orang pun hakak pause lama baru jawab tau. Punya lah blur. Otak belum ready untuk compute numbers pagi-pagi. LOL!

Secara keseluruhannya, takde lah lama mana pun menunggu. Service pun baik hanya dengan bayaran RM1. Kita pun tak lah cerewet. So, kira OK sangat lah. Sebelum balik nurse kata tunggu tempoh 2 bulan untuk dapat result (ramai orang, supposedly 2 minggu pun dah boleh dapat). If semua OK, repeat lagi on the same month next year. Kalau OK juga, repeat at least every 3 years. Tapi if tak OK, dia akan panggil untuk rawatan apa patut lah.

Nurse kata kalau tak OK tu kadang-kadang tak semestinya sebab ada masalah yang serius. Tapi boleh jadi sebab jangkitan kulat atau keputihan yang teruk. Alhamdulillah masa check, nurse komen kata nampak bersih dan sihat. Keputihan pun takde. Dia tanya ada guna pencuci wanita apa? Saya jawab just guna brand Tracia. Ada juga tukar-tukar. Saya tak berani beli yang sebarangan. Jadi beli yang ada di hypermarket atau farmasi saja. Perapat pun takde guna.

Oh ye, soalan famous ramai yang tanya, ‘Sakit ke tak?’. Jawapannya depends kepada diri kita sendiri dan doktor atau nurse yang jalankan pemeriksaan tu. Tips supaya tak rasa sakit atau kurang rasa sakit, kita kena relax, buat teknik pernafasan tu dan jangan kemut. Pastikan badan berada di position yang betul iaitu lurus menghala kepada nurse. Masa di KK itu hari, ruang bilik tu sempit. Saya kena berbaring menyenget sikit. So honestly agak terkejut dan sakit sikit sebab position tak selesa dan not quite ready.

So kalau nak buat, pastikan body kita bersedia sebelum nurse masukkan alatan untuk ambil sample. Buat pemeriksaan antara hari ke 10 hingga 20 selepas haid masa darah dah kering. Sepanjang tempoh tu juga bagi wanita yang ada regular period cycle, hari ke 10 hingga 20 tu boleh dikatakan tempoh subur. Dan jangan lupa elakkan bersama dengan suami sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam sebelum buat pemeriksaan.

Kalau dapat nurse atau doktor yang very gentle, insyaAllah takde lah sangat rasa kurang selesa tu. Tapi kalau sakit pun sikit je. Boleh la nak senyum-senyum lagi. So janganlah nak risau sangat sampai tak nak buat langsung. Kalau nak tau, mengikut Laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2007-2011, kanser serviks adalah ketiga paling kerap berlaku dalam kalangan wanita Malaysia dengan 7.6 kes per 100,000 wanita.

Nervous pulak bila nurse kata doa-doa lah semuanya OK. InsyaAllah. Hopefully all is well. Lagi takut kalau kita taktau kita sebenarnya OK ke tak kan? Kawan-kawan yang baca ni bila last time buat Pap Smear? Yang dah berkahwin, kalau dah lama tak buat atau tak pernah buat eloklah cepat-cepat. Ini juga salah satu ikhtiar kita sebagai anak, isteri dan ibu yang bertanggungjawab dengan kesihatan diri sendiri.

Dan ahli keluarga, terutamanya para suami, jangan lah langsung ambil tak endah tentang ini. Ambil tahu dan ingatkan anak, kakak, adik, kawan, isteri atau sesiapa saja wanita yang anda kenali untuk jalani ujian Pap Smear secara berkala ni. Beri sokongan dan motivasi kalau diorang takut! Prevention is better than cure. Semoga diri kita sendiri dan wanita-wanita kesayangan dalam hidup kita terus sihat dan gembira. InsyaAllah.

4 Replies to “Pengalaman Saya Jalani Ujian Pap Smear Di Klinik Kesihatan Kerajaan”

  1. plan nak buat juga pap smear ni. Anak dah masuk 6 bulan. Waktu baby 4 bulan haritu lagi misi tu suruh buat.hehe.
    Last buat waktu anak pertama, skrg dah anak ketiga. haha. memang wajib buat kali ni. dah banyak kali postpone.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.