Sedar tak sedar dah nearly a month since my last post. Dikala ini terasa sangat mengantuk. Honestly hari ni kepala sakit. Dari malam tadi lagi. Tak tau lah kenapa. Maybe sebab hormonal changes kot. This is a quick one. I need to sleep early. Ehh bukan ke tiap2 malam pun cakap nak tido awal tapi tak tido jugak hihi 😛 Selalunya kanak2 ribena pun sama tak tido lagi waktu2 macam ni. Ihsan usually dah tido lah. Tapi si Widad waktu2 macam ni selalunya waktu dia main. Ni dua2 dah tido Mama plak ambil chance nak buat apa2 patut. Bukan apa… sekarang ni susah betul nak cari masa nak buat kerja. Kalau budak2 berdua tu jaga serba salah dibuatnya nak mengadap laptop ni. Si Widad okay lah lagi sambil pangku pun boleh juga buat kerja. Si Ihsan mana boleh! Semakin besar dia nak full attention. Mainan melambak2 tu sekarang ni dah tak nak main sendiri. Dia keluarkan then buat halfway je then sepah. Kesian jugak 🙁 In a way sebenarnya layan dia main sebanyak mungkin is a very good stimulation for him.

 

Tapi nak buat macam mana. Mama ni sorang2 je nak uruskan semua kat rumah ni. Yelah Papa kerja luar rumah. Harus lah Mama yang buat kerja dalam rumah kan 😛 Disebabkan Ihsan is atypical, jadi Mama memang wajib bagi attention lebih kat Ihsan. Kalau typical, Mama cakap sekali je dia dah boleh ikut. Boleh reasoning dan cooperate etc. Ihsan bukan lah tak boleh. Tapi biasalah… the way he thinks membuatkan dia rasa perkara2 tersebut tak penting and tak mau dengar. ASD kid ni ada selective hearing. Dia boleh pilih mana dia nak dengar or ikut. Mana dia tak suka dia boleh shut down 😛 Owh bagi attention lebih bukan maksud sayang lebih or pilih kasih ye. Bagi attention lebih maksudnya spend lebih banyak masa main and ajar Ihsan which is dalam masa yang sama lagi banyak jugak lah kena marah hihi 😛 Si Widad pun Mama kelek sama. Relaks je dia Mama pekik2 kat Abang sebelah telinga dia. Dah biasa daripada dalam perut lagi ye Adik? 😛 In shaa Allah, semoga anak2 Mama masing2 cepat2 pandai. Masing2 ada kelebihan masing2. Semoga both of them saling lengkap-melengkapi as Abang dan Adik.

 

Mama masih terkontang-kanting menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang. Some might be wondering apa lah yang susah sangat. Widad dah nak 3 bulan dah takkan tak boleh sesuaikan diri lagi. Ohho… ini menyesuaikan diri lebih kepada mengajar Ihsan hari2. Tiap2 hari fikir nak kejar masa ajar dia macam2 perkara. Tambah2 lagi sekarang cuti sekolah. He loves to learn. That’s a big bonus. Rugi lah kalau Mama tak guna opportunity ni sebaiknya. Tapi dalam masa yang sama Mama cuba nak kejar a few other things which is in a way… important juga. Somehow Alhamdulillah although slowly but things are getting better. I have no choice although at times I feel so tired tapi I’m gonna make sure I will master in juggling between things at home. My priority is my kids. I put myself behind them. They are my  responsibilities and I have to make the best for them because Allah knows that I CAN. Saya pernah jumpa orang yang kata anak2 ni masa kecil lah nak ditinggalkan sebab diorang tak faham apa lagi. Dah besar lah baru spend masa dengan diorang. I disagree with that. To me masa kecil2 ni lah nak ulit, tatang, asuh dan didik sebaiknya. Dah besar nanti anak2 pun dah ada jalan hidup masing2 dan diorang pun dah tak nak kita ikut diorang setiap masa. Especially for Ihsan… I’m now racing against all the windows of opportunity. At one stage nanti kebanyakan bodily function dah fully set… makin susah nak ‘ajar’ to be setypical mungkin.

 

Alhamdulillah I’m so much grateful for Allah has blessed me with a pair of kids. I wished to have many kids like 5 maybe? But having 1 ASD son is already a handful. Thus I have decided that 2 kids are enough at the moment. It’s very heartbreaking and I feel guilty so much whenever sometimes I couldn’t attend to their needs. Memang lah setiap anak ada rezeki masing2 tapi saya tak sanggup menyusahkan anak2 dan membuatkan anak2 rasa terabai. Kalau ramai lagilah kurang perhatian setiap seorang tambah2 lagi for Ihsan yang sememangnya memerlukan banyak perhatian. I’m not saying it’s not good to have many kids. Bagus jugak ramai adik-beradik boleh tolong jaga Ihsan. Tapi personally kelemahan saya sendiri saya paling lemah kalau tak dapat bagi quality attention kat anak2. Ramai je yg boleh buat. But I know my limit. Itu pun belum lagi part perlu menghadapi cabaran dalam membesarkan setiap anak tu.

 

I think it is important for an ASD kid to have a very firm support system while growing up. As for Widad herself having an atypical brother sememangnya akan affect her life. I have to support both my kids and ensure everything is alright throughout their journey of growing up. From other parents’ experiences, hati dan perasaan typical sibling of ASD kid pun tak boleh diambil ringan atau terlepas pandang. In shaa Allah I’ll always try to remember that. Anyway… honestly so far, I can see that Widad is so much different than Ihsan. The more I realized that Ihsan is special since the very early days he was born. Only that we didn’t realize at that time. Alhamdulillah so far Widad is progressing as she should and as we hoped. Perhaps she would be the one who could help us look after his brother someday. Setiap insan Allah jadikan ada sebab, tujuan, manfaat dan hikmahnya masing2. Semoga Allah sentiasa memelihara dan memberikan yang terbaik for both my kids. Amin.

 

No. I’m not whining. Merely letting out what’s inside me. Truly truly truly… Allah teaches me a lot sebagai seorang insan melalui anak2 saya sendiri. My kids are my real teachers. From ‘Abid… to Ihsan and now Widad. They are my precious. May I be a better person from day to day. That’s all for midnight’s rambling. What’s waiting for tomorrow? Anak2 ni always give surprises! Today I discovered that Ihsan boleh main lacing card and lace and beads. Dia boleh jugak guna cloth pegs. Which are activities motor skills yang agak mencabar sebenarnya for ASD kid like him. Alhamdulillah he can do those already! Tapi kena banyak practise lagi 🙂 Owh not forgetting Widad ketawa mengekek tadi. Again… baby yang sangat sangat sangat menyenangkan, relax, cool, understanding, cooperative and suka senyum! Alhamdulillah 🙂

 

Midnight’s Rambling
Tagged on:     

4 thoughts on “Midnight’s Rambling

  • November 26, 2012 at 4:25 PM
    Permalink

    hadoi… bila anak 2, mmg rasa tak menang tangan… mmg betul terpikir camne org lain anak ramai2, cam slamber jer.. kita lak letih lebih2.. tapi masing2 ada limit masing2 laa kan.. aku kalau tak larat sangat, mmg aku lepas kat hubby aku jaga.. ambik quality time to reast dlm half – one hour utk tidur.. pastu lega… hehe

    Reply
  • November 26, 2012 at 5:20 PM
    Permalink

    Mash,
    Bilangan anak ni dipengaruhi byk faktor kan. Berkemampuan tu bukanlah masudnya kewangan dan kemudahan material sahaja, tapi masa, perhatian, pembantu, keadaan anak tu, keselesaan, priority dan sebagainya. Terpulanglah ikut kesesuaian masing2 dan cara pemikiran masing2. Tak semestinya ramai anak membuktikan pasangan tu ibubapa yang bagus. Begitu juga sebaliknya. Hihi kdg2 aku pn pass kt hubby. Cuma nya aku ni jenis susah nak terlelap. If dh tdo pn sng terjaga. There goes my half to one hour rest. Dpt baring2 je la kdg2 tu. Aku jeles tgk certain org tu jenis letak je pale terus tertdo 😛

    Reply
  • November 27, 2012 at 10:41 AM
    Permalink

    hahaha sama laa.. nak ambik masa nak tido tu mau dekat 45 minit, lepas 15 minit dah terbangun dengar suara anak.. tapi lega gak aa rasa ada suami yg paham.. kalau jenis org dulu2, yg lepas jer anak2 semua tanggungjawab isteri jaga, mau aku pengsan ke meroyan ke.. huhu

    Reply
  • November 27, 2012 at 11:08 AM
    Permalink

    Mash,
    Haah betul. Skrg zaman dh moden. Xde beza dah. Lelaki perempuan sama2 kena pikul tugas. Ke dapur ke jaga anak ke apa ke semua lah. Hihi kalau hubby aku lagu tu dah lama aku lari bawak anak2. Hidup la dia sorang2 haha. Kita suami isteri. Bukannya king and maid ye tak 😀

    Reply

Leave a Reply to Hazrina Nasir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge