Yeah… Sudah pukul 12 lebih. Automatik anak dara saya bangun. Masa untuk bermain ye kengkawan! Mari kita gigih memblog sambil tangan sebelah dukung si kecik ni. Previous saya cakap nak tido awal kan? Haha takde maknanya. Malam tadi kul 11 dah ready nk tido. Sekali dia bangun weh! Tadi saya tukar strategi. Tengok diorang tido lepas Maghrib tadi saya nak join lah. Then malam nak bangun. Sekali diorang main pass baton plak.

Baru nak lelap, Adik menangis. Dah settled Adik, Abang merengek plak. Pastu adik plak terjaga. Then Abang plak panggil2. Macam tu jelah ulang-alik. Tapi finally tadi dapat gak tido kejap. Ni baru anak 2. Kalau 3, 4, 5 tak tau lah macam mana. My head is aching but luckily not that intense, just mild. Maybe sebab jadual tido yang tunggang langgang, tak cukup rehat, sleep deprived, stress and tak lupa jugak sebab tak pakai spectacle.

Mana lah tiap2 hari tak bangun lewat. Tiap2 hari jugak macam zombie je rasa. Dah tu cepat marah sekarang ni.

Yesterday was raya. Tapi kami tidak lah beraya mana. Due to Ihsan demam bermula malam raya tu. Hubby pun tak jadi pergi Kelantan (kenduri sebelah suami adik hubby). After solat Jumaat baru kami balik kampung sebelah my mom di Semenyih ni jugak. Kat kampung pun Ihsan melepek je. Kalau tak tu dia lah yang paling cergas. Lepas Asar kami balik rumah semula. Malam tadi pun tido lewat melayan kerenah dua2 orang.

Si Adik takde hal sangat sebab dia dah sihat. Cuma nak main tak kena waktu je lah. Adik ikut waktu negara mana ni Adik oi??? Dia nak orang angkat. Mesti bagi berdiri menegak ye! Kepala tu dia toleh kiri kanan kiri kanan. Main hayun2 je. Sekarang ni dah pandai dah kalau kita letak terus dia jerit dengan suara lantang sekali! Kesian Abang nak tido tak boleh. In fact masa dalam hari pun macam ni! Tak sedar diri tu kecik lagi.

Takpe lah moga adik cepat pandai ye! Cepat boleh duduk and berdiri. Nanti berdiri lah sendiri! ;P

Tak tau la apsal since Selasa malam Ihsan demam on off. Asalnya sebelum tu dia runny nose. Tak lah teruk mana. Then batuk. Ni demam plak and batuk. Tapi tak berkahak. Gatal sangat tekak dia gayanya. Makan pun tak lalu. So asyik sua air kosong, yakult dengan juice. Makanan pun cuba sediakan apa yang dia suka tapi dia tak makan sangat pun. But at least dia jamah sket2 pun dah bagus dah.

Itu pun makan berbaring and saya suap small pieces right into his mouth. Nak makan pun kena cara yang betul and pandai ambik hati. Kalau tak mesti dia refuse. Dah 2 kali guna suppository. Panas tu kurang tapi bila kesan ubat dah habis jadi panas balik. Tak pergi pun klinik lagi sebab ingatkan demam, batuk, selsema macam biasa. Ubat sebelum2 ni pun belambak. Doctor pun selalunya balik2 bagi ubat yang sama. So makan ubat yang ada je dulu.

Tapi kalau berterusan jugak nak kena check lah. Risau plak 🙁

Tadi siang gi Tesco jap. Nak buat spek baru. Bawak Ihsan jugak. Altho tak larat sangat ceria lah sket dapat keluar rumah jalan2 naik kereta. Masa dalam kedai Ihsan duduk je kat Papa. Bila Papa suruh duduk atas kerusi dia menurut perintah je. Wahhh tetiba rasa macam ehhh macam bdak typical plak Ihsan ni. Macam ni la kot gaya dia kalau dia boleh fokus hihi rasa kelakar plak.

Kalau tak tu habis kot dia gagau semua speck yang ada kat kedai tu! Main kejar2 tu harus lah. Nampak sangat tadi tak larat sangat2 dah hihi! 😀 Okay lah… nak buat benda lain plak. Ada a few minutes lagi. Pukul 2 mesti tido!

 

Passing Baton
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge