Permulaan Sesi Persekolahan Tahun 2019 Yang Baik

Selamat memasuki alam sekolah rendah Aisyah!

Alhamdulillah pejam celik dah nak masuk bulan ke 3 sesi persekolahan tahun 2019. Tahun ni Ihsan dah masuk tahap 2, to be exact darjah 4. Aisyah pula dah masuk sekolah rendah, that is darjah 1. Kalau arwah ‘Abid ada, dia pun dah naik darjah 5 sekarang. Now I just realized that they are no longer small kids anymore. Yelah Mama pun dah tak muda sangat lagi heh!

Masa baru buka sekolah hari tu risau juga dengan macam-macam perkara especially dengan Aisyah. Kalau dulu masa tadika memang laid back sangat. Now waktu persekolahannya straight daripada pagi sampai petang. Dah macam orang kerja pejabat. Which is perubahan yang agak drastik for her. Sekolahnya pun jauh sikit daripada rumah.

Nasib baik ada jiran offer ambil dan hantarkan balik rumah everyday since anak-anak dia pun attend sekolah yang sama. Dah lah sebelum tu cari van sekolah pun susah nak jumpa sebab tak banyak yang ambil budak-budak daripada sini. So at least tak risau sangat dah bab keselamatan tu. Although mula-mula ada juga Aisyah buat drama tak nak naik kereta lah apa lah.

Selamat memasuki alam sekolah rendah Aisyah!
Aisyah di hari orientasi sekolah baru.

Aisyah ni quite timid, a bit lack of confidence (still working on boosting her self-esteem), mudah anxious dan hilang focus bila panic. Disebabkan tu ada juga kejadian reluctant untuk jumpa cikgu, takut sangat dengan cikgu, kena marah, tak sampaikan apa yang dipesan, flight or freeze moment dan terkencing dalam kelas pun ada! Ops!

Tapi I’m proud to say that she has learned how to carry herself and adapt to the new environment quite fast. Overall she overcame all he worries and lack of skills quite well. In fact the most important thing is, it is such a relieve to see that she is becoming much braver today. Bad days don’t seem to bother her much and she is always happy.

Probably the constant prayers and positive affirmations that I recite with her every morning when we are waiting for her transport, has sort of reprogrammed her mind. Dulu sanggup tahan kencing berak balik rumah baru buang. Sekara dia pergi tandas 2 atau 3 kali. Membeli di kantin dan kooperasi pun berani. Jalan sorang-sorang pun not a big problem for her.

So event hough awal-awal dulu Aisyah ada complained sekolah dia best tapi lama sangat dan dia letih. But I really hope she will feel fully comfortable with her school. The another base where she will continue to spread her wings and fly higher. Despite of di sekolah ada cikgu garang dan ada kemungkinan kena marah (ehh it’s school, not a fun fair kan? hehe).

As for Ihsan pulak, tahun ni kelas dia di Blok D which is jauh daripada toilet dan terpisah daripada blok-blok lain. This is the only class yang tak ada pembantu pengurusan murid (PPM). Which is agak merisaukan juga mulanya sebab Ihsan masih belum boleh diharap sangat untuk jaga diri dan bab ke tandas pun perlu ada yang monitor.

Tapi syukur sangat cikgu-cikgu yang ajar dan handle Ihsan terutamanya cikgu kelas dia tahun ni sangat lah prihatin dan mudah untuk dibawa berbincang. Dah tahun ke 4 di sekolah ni, cikgu-cikgu tahun sebelum-sebelum ni pun bagus. Tapi cikgu kali ni personally naturally pandai bina rapport dengan parents.

As a parent kita bukanlah nak demand lebih-lebih sebab kita pun faham kekangan-kekangan di PPKI. Tapi bila kita dapat cikgu yang mudah dan selesa untuk kita communicate and discuss with, hati rasa lebih tenang dan yakin nak tinggalkan anak di sekolah. Cikgu-cikgu pun willingly to listen dan beri kerjasama atas perkara yang kita risaukan. Lega sangat.

So far cikgu-cikgu dan PPM-PPM pun kebanyakannya report yang Ihsan behaved sangat compared to tahun sebelum-sebelum ni. Belum ada lagi situasi tantrum teruk. Setakat bunga-bunga tu ada lah. Cuma Ihsan bila dah pukul 11 pagi dia dah start buat hal sendiri. Siap berbaring berehat di lantai. Kadang-kadang siap berbantal. Amboi… kita yang geram tengok.

Tapi takpelah. I don’t expect much. My purpose sending him to school pun so that he can learn to improve his social and communication skill, his focus, life skill, obey instructions etc. So as long as he is not giving problem to others, he is well take care of, and enjoy going to school, that’s more than enough for me.

Lepas sekolah, during the afternoon adalah homeschooling session for him. That is time for me to drill on his academic and all other aspects that needs more interventions. Jadi tahun ni our routine agak teratur. I can focus exclusively on Ihsan sebab Aisyah sekolah sampai petang. Bila Aisyah balik, I can do a bit revision with her pula.

So, bukan saja the kids took time to adapt with new environment and schedule. I was kelam-kabut too at first sampaikan malam je menjelang Isya’ memang badan dah rasa letih dan mata rasa mengantuk sangat. Tapi sekarang I could say kitorang dah masuk fasa bertenang. The key is be discipline to obey your schedule.

Perhaps anak-anak dapat jalani sesi persekolahan tahun ni dengan baik dan lancar berbanding tahun-tahun sebelum ni, dikurniakan kesihatan yang baik, kemudahan dalam setiap urusan dan semangat yang sentiasa tinggi dalam menuntut ilmu.

Dan Mama Papa juga dikurniakan kemampuan untuk memberikan dan menyediakan yang terbaik untuk kemenjadian anak-anak. InsyaAllah 2019 adalah tahun yang lebih gembira dan bahagia dengan terciptanya banyak memori indah dan tercapainya banyak impian. Semoga Allah makbulkan.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.