Pasca Pilihan Raya Kecil (PRK) N24 Semenyih

Tanda dakwat di jari. Bukti saya dah pangkah parti tettttt masa PRK N24 Semenyih.

Wahhh tajuk! Tak agak-agak hihi. Yaa hari Sabtu, 2 Mac 2019 lepas telah diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN N24 Semenyih. Pilihan raya kali ni dibuat sebab adun yang menang sebelum ni masa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 daripada parti Pakatan Harapan dah meninggal dunia. Jadi, kenalah lantik adun yang baru.

Mengundi kali ni menarik sebab bukan selalu ada peluang buang undi masa PRK. If not kena tunggu 5 tahun sekali mengundi masa PRU.
So just to mengambil mood pasca PRK ni, saja lah terasa nak mencoret sesuatu sebagai memori.

Tanda dakwat di jari. Bukti saya dah pangkah parti tettttt masa PRK N24 Semenyih.
Bismillahirrahmanirrahim. Sahaja aku pangkah parti tettttt kerana Allah Ta’ala.

Sabtu lepas adalah kali ke 3 saya mengundi. 2 yang pertama adalah masa PRU ke 13 dan PRU ke 14. Kalau ikutkan umur, sepatutnya dah 4 kali saya mengundi. Tapi masa PRU ke 12 saya masih tinggal di Jepun so masa tu tak mengundi.

Kemeriahan PRK N24 Semenyih

Anyway, sebenarnya sedih pula rasa bila PRK dah habis hihihi. Mana tak nya. Masa sebelum PRK meriah betul Semenyih ni. Bukan je penuh benda terpacak sana-sini. Selain calon yang bertanding, politicians pun datang berkempen. Daripada Tun Mahathir, DS Najib, Dr. Wan Azizah, Syed Saddiq, Tok Mat ehhh ramai lagilah semua pun jejak kaki ke sini.

In fact jentera-jentera parti daripada pelbagai pelosok sejauh utara, timur dan selatan pun berkampung kat Semenyih ni. Kita ni pun bila keluar pergi kedai terserempak lah dengan geng makcik pakcik kalau tak berbaju merah, berbaju biru lah hihihi. Maklumlah yang bertanding pun daripada parti BN, PSM dan PH. Memang itulah warnanya.

Banyak juga program yang dibuat kat sini selain ceramah parti yang berkempen. Boleh kata tiap-tiap malam ada. Waktu weekend apatah lagi.
Kita pun boleh tengok macam-macam aksi dan gaya yang ada. Dah rasa macam hari raya meriahnya tu pun ya juga. Tapi kami tak pergi pun dengan ceramah atau mana-mana aktiviti. Tak sempat.

Macam sebelum-sebelum ni, saya buang undi di SK Ulu Semenyih. Pergi dengan adik-adik, Mama dan Ayah. Adik yang bongsu je mengundi di sekolah dekat dengan rumah. Saya balik kampung dengan parents dan adik-adik saja. Anak-anak tinggalkan dengan husband di rumah sebab dia bukan pengundi sini.

Daripada pemerhatian, kali ni tak ramai sangat yang keluar mengundi berbanding waktu PRU. Beratur pun sekejap je. Kali ni saya dengan adik-adik sama saluran nombor 5. Mama di saluran no 2 which was saluran paling lengang. Ayah di saluran no 1 which was yang kelakarnya paling lambat. Sebab berkongsi saluran dengan OKU.

Ayah cakap patut lah line tak bergerak-gerak. Rupanya bila setiap kali OKU atau orang berkerusi roda datang, diorang terus potong line masuk ikut depan hihihi. Tapi okay aje lah pun lagipun saluran tu ada disediakan kerusi. Tak lah lama sangat. Sempat lah menyembang beramah mesra sikit kan.

Lepas mengundi kitorang balik rumah nenek di Kampung Pasir. Sempat lah jamah sikit nasi dan lauk ikan masak asam yang Tok masak. Uish menaip ni pun boleh terliur. Tok masak simple je tapi sedap. Itulah air tangan orang tua-tua kan. Kami singgah tak lama. Lepas tu terus balik rumah. Mama Ayah pun nak bergegas pergi kenduri pula.

Lepas daripada tu, seharian lah sampai ke malam follow updates berkenaan PRK di socmed. Berdebar-debar juga menunggu keputusan. Memang agak sengit sebenarnya persaingan di Semenyih ni.
Dan akhirnya BN yang menang. I believe hasil gabungan dengan PAS lah yang bawa kemenangan ni.

Oh ya, daripada mata saya, calon yang paling berwibawa dan matang adalah memang daripada BN pun. Calon PH dan PSM, orang muda. Dan calon bebas was activist Kuan Chee Heng, Uncle Kentang! Yang comelnya dia guna lambang telefon dan nama dia di kertas undi pun Uncle Kentang hihihi.

Saya pangkah siapa? Rahsia! Tapi yang pasti kami sekeluarga sampailah ke pakcik-pakcik dan nenek, kitorang pangkah orang yang sama hahaha!

Pilihlah Calon Melayu Islam Yang Berwibawa

Honestly politics is not my cup of tea. In fact sebelum ni tak berapa nak faham, rasa susah nak hadam dan tak ambil endah pun. But I guess probably because of age factor, pertambahan kematangan dan perubahan corak pemikiran, dah mula lah ambil tahu. Nak-nak pula dah jadi parent, of course rasa bertanggungjawab dengan masa depan anak-anak.

Sejak 2 3 penggal lepas, boleh nampak gelombang perubahan major arus politik di Malaysia ni. Seiring dengan perkembangan masyarakat dan kemajuan negara, pemikiran Malaysian dah banyak berubah. Yelah kan, generasi baru mana lah nak sama dengan generasi lama. Ada yang sedang-sedang. Ada yang orthodox. Ada juga yang open sangat.

Tak pandai sangat nak ulas lebih-lebih sebenarnya. Tapi senang cakap, bagi saya sebagai Malaysian penting sangat untuk masing-masing back to basic, telaah dan hadamkan semula Rukun Negara yang selalu kita recite masa perhimpunan di sekolah dulu-dulu. Ke ada sekolah yang tak tekankan pun Rukun Negara sampaikan ‘macam-macam’ isu sangat sekarang ni?

Selama ni pun kita di Malaysia walaupun hidup berbilang bangsa dan agama tapi kita saling menghormati satu sama lain. Masing-masing masih bebas menjalani kehidupan dan beribadat! Langsung tak ada sekatan atau penindasan kaum macam negara-negara lain tu. Jadi bersyukurlah, angkatlah dan berbanggalah dengan sistem negara kita.

Sebagai Melayu Islam, saya akan terus menyokong pemimpin Melayu Islam yang berwibawa. Melainkan kalau tak ada, barulah kita pilih pemimpin yang paling kurang memberi mudarat. Saya nak anak-anak saya membesar dalam negara Islam yang diperintah oleh pemimpin zaman moden yang berkaliber tapi tetap teguh memegang ajaran Islam yang sebenar.

Okayyy, enough said. Hari ni Semenyih dah kembali sunyi. Yang tinggal hanyalah tiang-tiang bendera yang masih berderet belum dicabut. So far nampak gaya YB baru ni macam sangat boleh jalankan tanggungjawab iInsyaAllah. Tahniah kepada yang menang. Terbaik! Yang kalah, teruskan berkhidmat kepada masyarakat, macam Uncle Kentang tu, salute!

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.