10 Tips Atasi Anak Susah Makan Dan Picky Eater

Ihsan yang satu masa dulu sangat memilih makan tapi sekarang boleh makan macam-macam jenis makanan.

Anak susah makan ataupun mak ayah yang tak rajin nak layan? Pada pendapat saya, adalah lumrah kalau anak-anak picky eater sangat cerewet, memilih ataupun tak mahu makan. Tapi bukanlah bermakna anak tu tak lapar. Sebagai kanak-kanak yang semulajadi sifatnya aktif, selalunya ingat nak bermain je sampai terlupa rasa lapar.

Tapi kalau kita bagi makanan ataupun minuman kegemaran dia pun, saya yakin mesti licin dia habiskan. Tapi malangnya, ramai mak ayah yang salah faham dan hanya menurut je kerenah anak. Nak makan, makan. Tak nak makan, sudah.

Saya rasa terpaksa beri pendapat tentang perkara ni. Sebabnya, menurut UNICEF, 25% kanak2 di Malaysia mengalami masalah bantut (dari segi fizikal & kognitif) berpunca daripada malnutrisi. Ada banyak punca yang menyumbang kepada statistik di atas.

Ihsan yang satu masa dulu sangat memilih makan tapi sekarang boleh makan macam-macam jenis makanan.
Sushi is Ihsan’s favorite. Kalau pergi makan sushi siap Mama kena tahan tangan dia hihi. Bukan semua orang boleh makan sushi ni. Tapi Ihsan boleh. In fact kalau dulu-sulu susahnya nak bawa berjalan. Dia banyak berlapar sebab itu ini tak nak makan. Sekarang senang kalau outing sebab dia pun enjoy eating.

Mungkin kemiskinan, kurang menitik beratkan amalan pemakanan seimbang atau pun gaya hidup sihat, poor infant feeding practice dan lain-lain. Kalau tengok faktor-faktor tu pun sebenarny ada yang kita sendiri boleh kawal dan ubah.

Masalah-Masalah Yang Timbul Bila Anak Tak Makan

Bukan apa, bila anak tak nak makan, tak cukup makan ataupun makan tak teratur ni, at the end akan menimbulkan masalah dan menyusahkan mak ayah juga. Antara masalah yang timbul ialah:

  • Anak kuat meragam sebab lapar dan mengganggu rutin harian.
  • Anak kejap-kejap minta makan dan kita terpaksa sediakan makanan berkali-kali. Memenatkan sebab jadi banyak kerja pula.
  • Anak ambil ringan bab makan sebab kita pun serius. Jadi susah nak disiplin waktu makan dan jadual makan jadi tak teratur.
  • Sistem penghadaman, pembuangan, pertumbuhan gigi dan tidur anak-anak terganggu dan tak teratur
  • Anak tak dapat zat yang penting untuk tumbesaran yang seimbang

Ada anak-anak yang perut mudah masuk angin dan mudah kena gastrik walaupun usia masih muda. Malah ada juga kanak-kanak yang ada masalah berat badan, eczema, tulang dan sebagainya akibat terlampau bergantung dengan susu formula walaupun dah besar, hanya makan jenis-jenis makanan tertentu ataupun kurang makan makanan sebenar.

Malah, ada juga kanak-kanak yang mengalami masalah gigi cepat rosak sebab banyak makan makanan tak berkhasiat dan tak menitikberatkan aspek kebersihan gigi. Ataupun gigi berlapis sebab gigi susu susah nak luruh. Ini berpunca akibat anak kurang makan makanan yang menggunakan fungsi gigi untuk mengunyah.

Bila anak cerewet makan, samada anak akan jadi sangat kurus iaitu underweight contohnya masih bergantung dengan susu botol sebagai makanan utama. Ataupun jenis yang pemakan tapi memilih sampaikan obese contohnya hanya makan ayam goreng setiap hari tanpa nasi dan sayur.

Cara Mengatasi Masalah Anak Tak Nak Makan

Berikut adalah antara cara saya untuk mengelakkan daripada anak saya turut menyumbang kepada peningkatan statistik di atas:

1. Paksa diri untuk belajar dan ambil tahu keperluan nutrisi anak mengikut peringkat umur.

2. Sebagai ibu, kita kena tahu sepatutnya berapa banyak makanan anak perlu ambil dan habiskan dan berapa kali anak patut makan dalam sehari. Tetapkan jadual.

3. Pelbagaikan jenis makanan dan be creative dalam menarik minat anak untuk makan dan untuk jadikan waktu makan lebih fun. Jangan mengalah dengan anak terutamanya untuk anak yang picky-eater.

4.Pastikan anak dapat semua zat daripada sayur, buah, protein, karbohidrat dll. Make sure dalam sehari anak dapat semua kelas makanan dengan seimbang, bukannya sekadar asalkan anak tak lapar. Selalu lah tukar-tukar menu untuk latih dan perkenalkan anak dengan jenis makanan yang baru.

5. Kawal atau kurangkan pengambilan makanan dan minuman kurang menyihatkan. Saya tak lah tak bagi terus. Tapi bagi sesekali je sikit sekadar untuk merasa. Walaupun kita perlu tegas tapi boleh berpada-pada. Anak-anak juga ada keinginan nak rasa macam-macam. Tak salah bagi sikit sekali sekala. Taeri hanya selepas waktu makan utama.

6. Anak tak nak makan jugak? Kalau ada masalah rujuklah pakar. Kadang-kadang anak adalah masalah kesihatan dan perlukan bantuan. Usaha sampai anak boleh dapat keperluan nutrisi yang mencukupi dan seimbang

7. Bagi anak yang sangat cerewet contohnya seperti anak Autisma yang ada masalah sensory yang teruk di mulut, boleh belajar cara untuk buat oral stimulation (brushing) dan facial tapping.

8. Mesti selalu sediakan makanan yang dipotong kecil-kecil dan letakkan di sekeliling tempat anak bermain. Ini untuk galakkan anak familiar dan tak takut untuk explore makanan baru tu. Biar dia ambil dengan tangan, pegang, bau dan rasa. Perhatikan dan catit apa makanan-makanan baru yang anak suka. Next time boleh bagi lagi.

9. Tegas dan konsisten. Mula-mula nak ubah cara makan anak memang susah. Tapi kalau kita disiplin berterusan dengan rutin yang sama setiap hari, lama-lama anak akan dapat sesuaikan diri juga. Tapi kita sendiri pun kenalah tunjukkan contoh yang baik. Betul tak?

10. Akhir sekali. Wajib rajinkan diri untuk sediakan makanan, korbankan masa dan tenaga untuk teman, layan, pujuk anak makan, kemas makanan bersepah. Tak boleh malas. Mesto sabar dan keep optimist. Ini paling penting!

Perjuangan Nak Bagi Anak Makan

Mungkin ada yang kata, alah cakap senang lah. Cuba sendiri yang kena baru tahu! Tapi kalau nak tau, saya dah pernah alami masalah anak tak nak makan dan terlampau cerewet makan ni untuk tempoh yang lama dulu. Saya ada anak lelaki Autism. Bermula umur 1 tahun, ciri-ciri picky eater tu dah mula kelihatan and it getting worse at that time.

Hanya pada umur dia 5 tahun macam tu baru dia mula makan macam-macam jenis makanan. Sepanjang tempoh diantara 1 hingga 5 tahun tu, apa je yang saya tak buat dan tak hadapi? Banyak makanan terbuang dan terbazir begitu saja sebab dia main-main rasa-rasa hujung lidah je tapi lepas tu dia buang.

Kena mengikut bontot dia seluruh rumah kerana nak suap makan sebab anak tak duduk diam! Makanan tumpah sebab anak tepis. Bila dah dapat suap, anak muntah pula. Terpijak tompok-tompok makanan yang dah kering yang entah bila anak luah daripada mulut dia di belakang sofa. Kita sangkakan dah masuk perut. Rupanya kita tak perasan dia dah buang.

Pernah juga ambil masa sampai 3 atau 4 jam untuk selesaikan 1 sesi makan. Bukannya makan banyak pun. Tapi seksa nak habiskan. Daripada tengahari sampai ke petang. Daripada Maghrib sampai ke hampir tengah malam. Dan yang paling saya kesal dan sedih hingga sekarang ialah saya pernah banyak kali force feed anak. Sebab geram dan buntu sangat.

Kalau dulu, makanan yang lembik, basah-basah, melekit, lauk yang bermacam rupa, ada pulak sayur daun hijau, memang complete package lah untuk di reject. Merimaskan tangan, pipi dan mulut, menggelikan tekak, eh banyak sebab dia tak suka. In fact sampai sekarang kalau makan certain jenis sayur dia masih gagged.

Tapi syukurlah sekarang dah tak macam tu. Di usia 11 tahun ni, dia boleh makan dan habiskan macam-macam jenis makanan, dah ada selera sendiri, dah pandai complain dan pandai demand juga. Memanglah masih ada jenis-jenis makanan yang dia tak suka. Sama macam kita juga lah ada selera sendiri. Normal lah tu kan.

Tak Ada Alasan Untuk Tak Latih Anak Makan

Bila ingat-ingat balik, terasa seperti ibu tiri yang zalim dan kenangan tu pahit untuk dikenang sebab seolah-olah menyeksa anak. Tapi saya buat semua tu demi kebaikan masa depan dia juga. Rasanya dalam banyak-banyak cabaran membesarkan anak Autism, bab nak bagi makan ni lah antara perjuangan yang paling besar untuk saya.

Sekarang ni saya masih monitor dan jaga pemakanan dia. Sebab dia sangat kurus. Risau juga. Tapi doktor kata selagi dia aktif, sihat, cukup makan, tak perlu risau. Fikir-fikir balik, husband dulu pun masa kecil-kecil kurus dan kecil juga. Saya pun walaupun dulu tembam, tapi kategori kecil juga. So maybe Ihsan kurus sebab waktu genetik juga.

Itupun saya masih beri vitamin seperti multivitamin, minyak ikan, vitamin c dan lain-lain untuk make sure dia dapat semua zat penting yang mungkin tertinggal atau tak cukup dalam makanan. Pendek kata, mak ayah wajib paksa diri untuk belajar, jadi lebih rajin untuk mencuba, usaha lebih keras, berfikir lebih kreatif dan never give up dalam usaha melatih anak makan.

Kalau anak saya yang special needs tu boleh dilatih,  saya pasti anda mak ayah lain pun boleh usahakan untuk anak-anak anda apatah lagi kalau anak tu adalah anak normal. Ya kita faham, setiap anak tak sama. Walau sama-sama special needs pun masalah tak sama juga.

Tapi apa yang saya nak sampaikan disini, usahalah sehabis daya. Jangan sekadar memberi alasan, ‘anak memang macam tu’, ‘anak tak nak makan’, ‘dia tak minta makan pun’, ‘dia dah kenyang agaknya’ dan sebagainya. Jadilah mak ayah yang prihatin dengan keperluan tumbesaran dan perkembangan anak-anak.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.