Pengalaman Aisyah Kena Marah Dengan Cikgu Garang Di Sekolah

Aisyah kena marah dengan cikgu garang di sekolah!

Mama ambil gambar Aisyah sebab bila dia turun bawah tengok-tengok muka dah bertempek bedak macam tu. Dia mandi dan bersiap sendiri. Comel pula. Suruh senyum elok-elok tapi dia buat muka begitu. Ini kisah minggu lepas. Si kenit ni balik sekolah basah lencun kena hujan. Siap bertakung air dalam kasut. Hairan betul. Dah macam orang main hujan dan saja masuk lopak hihihi.

Tapi bila ditanya jawabnya tak. Dia kata hujan lebat sangat. Walau dah berlindung di corridor tapi kena juga tempias. Nasib baik ada kasut jalan-jalan warna hitam juga. Boleh lah pakai bila emergency walaupun dah sempit sikit. Lagipun esoknya tu sekolah sampai tengahari je. Hujung minggu je lah Mama dapat basuh kasut sekolah tu sekali dengan kasut Ihsan. Tak payah 2 3 kali nak buat kerja.

Aisyah kena marah dengan cikgu garang di sekolah!
Aisyah kena marah tapi Aisyah OK!

Alhamdulillah hujan selebat-lebatnya di Semenyih petang tu. In fact lately selalu hujan. Sejuk je. I love rainy days. Bila tengok jam dah lebih 4.30 petang, Mama terus turun bawah. Angkat kain bawa masuk dalam. Buka siap-siap pintu pagar. Tak lupa juga standby payung untuk dicapai. Angkat stool letak depan muka pintu. Dan duduk lah menunggu di situ.

So that bila Aisyah sampai senang boleh cepat-cepat jemput keluar daripada kereta jiran. Jiran pun mesti nak cepat-cepat balik nak sambung urusan lain pula. Syukur sangat ada jiran sudi offer bawa Aisyah sekali pergi balik sekolah. At least tak risau sangat bab keselamatan. Kalau Mama nak hantar dan ambil sendiri mana nak heret Ihsan lagi. Leceh juga rasanya. Banyak benda perlu difikirkan.

Best betul waktu tu duduk-duduk depan rumah enjoy cuaca mendung. Bunyi hujan, pemandangan pokok-pokok hijau depan rumah, suasana damai dan angin sejuk. Ehh silap tak ada coffe table di porch rumah. Kalau tak, boleh lengkapkan dengan pakej air kopi panas 1 mug dengan biskut kering untuk buat cicah. Uiii nikmatnya. Memang layan!

Tapi angan-angan je lah. Tengah duduk menunggu tiba-tiba ada bau asap rokok. Tak sedar rupanya jiran sebelah pun melepak ambil angin di luar rumah. Aisehhh tak pasal-pasal terhirup udara tercemar. Terus duduk dalam sikit dan tutup pintu. Dalam pukul 5.15 macam tu Aisyah sampai. Basah kuyup daripada atas ke bawah! Terus suruh dia tanggal baju depan rumah.

Selalunya bila balik mulut dia terus nak mula bercerita. Dah tak tertahan-tahan nak melepaskan perasaan. Gayanya macam pistol yang dah tak sabar nak tembak dengan peluru. Bila sampai rumah memang selalunya minta makan. Lapar sangat dia cakap. Padahal dekat sekolah lunch sedap dan portion banyak.  Habis terbakar kot semua tenaga memerah otak menelaah di sekolah. Tu yang macam piranha.

Tapi nasib baik Mama sempat tahan. Apa-apa hal pun sebelum cerita panjang dan makan, cepat-cepat hambat pergi mandi dulu. Nanti demam pula kalau lambat-lambat. Sempat lah Mama kemas beg sekolah dia untuk esoknya dan keluarkan donat lebih yang beli di Tesco hari sebelum tu. Lepas tu kitorang solat Asar sama-sama.

Dah jadi kebiasaan antara soalan wajib setiap kali lepas balik sekolah Mama akan tanya habiskan berapa ringgit duit? Beli apa waktu rehat? Makan dengan siapa? Kencing berapa kali? Kena marah dengan cikgu tak? Ada homework tak? Cikgu pesan apa? Ada cakap thank you tak dekat aunty? And so on. So lepas dia turun barulah Mama tanya semua. Biasalah ada hari OK. Ada hari tak berapa OK.

Actually, hari sebelumnya lepas balik sekolah dia mengadu. Ada berlaku sesuatu yang mengguris hati dan minda masa dalam kelas. Cikgu tarik telinga sebab dia tertulis di garisan yang salah. Dan kemudian, cikgu campak buku dia ke lantai sebab Aisyah salah faham dia ingatkan tak perlu lukis. Tapi rupanya kena lukis pelangi (or was it awan?). Aisyah kata dia malu sangat sebab semua kawan tengok dia kena marah.

Inhale. Exhale!

Siap lagi dia terjemah situasi kejadian dengan lukisan di whiteboard rumah Tok. Tak apa. Kita bagi dia luah perasaan. Lepas soal siasat, kita explain rationally dan pujuk lah balik. Altho sebelum tu Mama dah berasap juga. Bagi Mama ya salah Aisyah sebab tak pasang telinga dengar arahan betul-betul. Partly, Mama tak boleh nak blame Aisyah sangat sebab dia masih baru nak menguasai arahan dalam Bahasa Melayu.

Mama terkilan dengan cara cikgu tu. Sebab at least Aisyah buat juga kerja. Apa salahnya cikgu tu puji dulu atas effort Aisyah siapkan kerja then tegur dan tunjuk baik-baik next time tulis di tempat yang betul? Kalau ya pun nak pukul, kenapa mesti di bahagian muka? Rotan tapak tangan tak boleh? Lagi satu, campak buku ke lantai? Tak boleh ke bagi dekat tangan? Ilmu kot dalam tu. Cara cikgu ni sangat membunuh dan mengecilkan jiwa!

Sigh. Baru bulan ke 3 masuk alam sekolah rendah. Dah dapat ‘nightmare’.

Dunia ni memang kejam Aisyah. Cikgu pun manusia biasa. Kita pun sama. Selagi boleh we forgive je lah (but we don’t forget). Dekat luar tu nanti macam-macam manusia kita akan jumpa. So apa kita boleh buat always expect the worst juga and be prepared to avoid unfavorable event. Sama-sama muhasabah. Good or bad there’s always something we can learn if we choose to look from positive perspective.

Lega lepas-lepas tu dia balik sekolah happy je macam selalu. Harap tak ada apa yang berbekas dihati. Cuma tak dinafikan Mama kesal cikgu tunjukkan contoh yang bagi Mama kurang beradab depan budak-budak kecil. Dah lah sekolah agama! Kita bukanlah cerewet dan bukanlah memanjakan anak. Tak salah nak marah dengan tujuan mendidik. Malah Mama sendiri mengalu-alukan beri hukuman kalau betul Aisyah buat salah.

Tapi mendidiklah dengan beradab. Sebagai cikgu, tunjukkanlah contoh yang baik. Tak salah nak marah. Tapi gunakan kata-kata atau tindakan yang positive dan membina. Kita nak suruh anak murid dengar cakap. Tapi kita sendiri bertindak kurang ajar. Macam mana tu? Aisyah sendiri bila cerita dia macam confuse. Sebab di rumah kita dah ajar perlakuan sopan dan yang tak baik. Dia persoalkan kenapa cikgu boleh buat macam tu?

Nak ajar budak darjah 1 tak boleh sama macam nak ajar budak darjah 6. Kita hantar pergi sekolah bukan nak focus kecemerlangan akademik saja. Tapi mahu juga mantapkan kemahiran social, komunikasi, kendiri, emosi, akhlak dan lain-lain. Sebagai pendidik sepatutnya kena tahu approach yang sesuai untuk untuk setiap peringkat umur. Apatah lagi kalau kesalahan kecil atau salah faham. Janganlah marah macam buat dosa besar.

As an adult, tak rugi kita tambah sikit ilmu perkembangan kanak-kanak. Untuk anak-anak kecil di fasa kanak-kanak ni reverse psychology always works wonder. Umur 7 tahun, baru masuk dunia baru persekolahan sekolah rendah, of course lah ambil masa nak sesuaikan diri. Elok-elok anak seronok pergi sekolah nanti jadi masalah pula takut dan tak nak pergi sekolah. Mak ayah juga yang susah!

Darjah 1, masih ada yang belum faham arahan dalam sesuatu bahasa betul-betul. Masih cakap pelat. Kemahiran motor halus masih lemah. Eh macam-macam lah. Haih… malas nak cerita apa lagi perbuatan cikgu tu yang Mama rasa tak patut. Sebelum ni pernah berlaku juga perkara yang Mama rasa tak wajar. In fact sebelum ni ada juga ibu-ibu lain pun luah perasaan yang sama. Selamatlah cikgu parents ramai considerate dan tak kiasu!

Dalam ramai-ramai cikgu yang OK, mesti ada sorang dua yang slack sikit kan? Tapi selagi Aisyah happy, Mama tutup sebelah mata saja. Lagipun bukan benda serious sangat pun. Cikgu stress sangat kot hari tu sampai gagal kawal emosi (sepatutnya ini bukan alasan). But I will keep in mind. If berlaku lagi, Mama akan jumpa cikgu atasan supaya dia ambil tindakan. Mama tak nak benda macam ni berterusan dan seterusnya beri kesan!

So parents, selalu lah dengar cerita anak-anak. Penting sangat selain jaga fizikal, tapi 2 perkara dalaman yang kita tak nampak iaitu emosi dan mental, kena perhati juga. Memang. Hikmahnya bila ada cabaran, anak-anak akan lebih cepat belajar dan jadi matang. Kita bukanlah nak over protective sangat. Biar dia rasa sedih, malu, marah, kecewa juga. Tapi biar betul caranya. Gitu.

Ohh jangan ada yang kata, “Aku dulu lagi teruk kena. Sebab tu lah sekarang jadi orang.” Please keep that to yourself okay. Sangat tak kena pemikiran begitu dengan situasi yang Aisyah alami ni. Senang cakap, nak mendidik pun biarlah ada ilmu dan adab. Kalau dengan budak 7 tahun pun nak guna kekerasan, rasanya cikgu kena reflect diri balik lah. Lagipun kalau tak salah sekarang kan tak boleh guna hukuman fizikal? Dulu lain, sekarang lain.

Nasib baik Aisyah cerita dekat Mama. Dan Mama pun dah pesan semua benda mesti cerita. In fact ada macam-macam cerita yang Mama dah dengar. Paling kesian dengan seorang kawan Aisyah ni almost setiap hari kena marah. Aduiii. Puncanya jadi semua ni sebab cikgu nak tekan murid-murid siapkan tugasan sebelum habis waktu. So that tak perlu sambung buat di rumah. Memang selama ni tak pernah ada homework pun!

Tapi, ada murid yang tulis lambat. Ada yang sukar menyalin. Belum lagi dengan yang pensel patah lah pensel hilang lah. What do you expect? Budak darjah 1 kot. Ada yang menulis laju kadang-kadang sebab nak siap cepat diorang tulis buruk atau buat cincai. Sudahnya kena marah pula. Setiap subjek waktunya pendek pula. Memang masa limited. Kalau tak nak bagi homework, biarlah murid tu sambung during next class ke kan?

Ataupun kan lagi bagus for certain kids yang cikgu kenal pasti ada masalah lambat siapkan kerja, biarkan dia bawa balik homework. Inform parents juga akan masalah anak supaya dia boleh bantu dan pantau di rumah. Bukan ke itu lebih baik daripada murid tu asyik kena marah tiap-tiap hari. Ditambah pula dengan kata-kata yang intimidating. Yesss ada! Ini bukan rekaan. Anak-anak yang cerita. Budak-budak mana pandai menipu.

Budak-budak kecil tengah berkembang ni kita kena beri galakan dan motivasi. Bukannya bunuh jiwa dia. Bagi kita nampak benda macam ni kecil je. Tapi kalau ada belajar atau membaca tentang perkembangan awal kanak-kanak, benda-benda macam ni boleh beri kesan negatif yang besar juga. Mama dulu pernah juga kena macam tu tapi waktu dah besar. Setahu Mama dulu darjah 1 memang enjoy sangat!

Oh well, cukuplah pasal ni.

Anyway syukur sampai hari ni Aisyah OK-OK saja. Mama harap keyakinan diri dia tak merudum dan bad memory ni tak melekat dalam kepala dia. Kita ni susah payah train Aisyah jadi berani, confident, strong etc. Harap-harap tak terjejas lah. Memang lepas kejadian tu Mama took effort untuk pulihkan jiwa Aisyah. Well, mungkin ini juga latihan untuk Aisyah jadi lebih kental. InsyaAllah.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.