Panduan Mudah Cara Order Starbucks Untuk Newbie!

Java Chip Frappucino Blended Coffee. Recommended!

Ahahaha! Tajuk memang tak boleh blah! Yaa hari ni saya nak share cara nak order ataupun panduan mudah cara buat pesanan ataupun cara nak membeli di Starbucks untuk newbie. So that lepas ni kalau ada yang teringin nak minum ice blended Starbucks, tak perlulah lagi teragak-agak atau termalu-malu nak masuk.

Actually alkisahnya beberapa hari lepas kami pertama kali jejakkan kaki ke outlet Starbucks yang baru di Tesco Semenyih ni. Sebelum tu kitorang keluar pergi rumah Mama Ayah sekejap lepas tu terus balik. Elok lepas parking kereta dekat porch boleh pula husband kata tak payah kunci pagar sebab dia nak keluar semula.

Aik what’s the purpose balik rumah kalau macam tu? Apasal tak pergi je terus tadi. Boleh bawa anak-anak jalan-jalan sekali. Husband dah terfikir nak pergi Starbucks tapi tak nak cakap. Kita pula kena blame sebab tak cakap. Eh?! Padahal saya memang tak terdesak pun nak minum Starbucks tu. So bukalah balik pagar tu. Takde kerja betul haha!

Java Chip Frappucino Blended Coffee. Recommended!
Kami order Java Chip Frappucino Blended Coffee

Setelah sekian lama tak pergi Starbucks dan tak ingat pun when was the last time! Jadi memang terasa macam newbie juga lah. Mula-mula takut-takut dan tak confident je nak masuk. Hampir juga tak jadi nak beli. Kitorang siap parking di luar Tesco untuk study di Google dulu apa menu yang ada dan harga.

Maklumlah orang have-have je selalu masuk Starbucks ni. Kitorang ni walaupun bukanlah have-have tapi the cheapskate me lebih mementingkan kuantiti dengan jumlah yang dibayar. Tapi sebab malam tu husband and I teringin nak beli, kami redah juga lah. Lagipun bukannya selalu nak minum ice-blended. Senang je rupanya nak membeli di Starbucks uols!

Cara Order Starbucks

Cara order di Starbucks ni sebenarnya sama je macam kita nak order KFC, McDonald’s, Secret Recipe, Subway etc tu. Boleh ikut langkah-langkah mudah di bawah:

  1. Walk in terus ke dalam Starbucks dengan slumber dan tenang. Lepas tu berdiri di tepi untuk baca menu di atas kaunter kalau korang tak tahu lagi apa nak order. Masa tu bolehlah fikir dan decide apa yang nak diorder. Nak mudah, boleh refer siap-siap website Starbucks Malaysia ni supaya tak buang masa.
  2. Once dah tau apa nak beli, berjalanlah ke kaunter dengan penuh gaya dan keyakinan. Senyum sikit. Jangan gelabah!
  3. Bagitaulah nak dine in atau take away.
  4. Sebut atau baca apa nama minuman dan makanan yang nak diorder. Untuk minuman, ada sejuk dan ada panas. Boleh pilih nak saiz besar atau kecil. Paling selalu orang beli di Starbucks ni Frappucino lah (ice blended). Dan boleh letak pilihan add ons yang ada. Tapi setiap add on tu ada bayaran lah tau bukan free je. Dia akan tanya nama siapa sebab dia nak tulis di cup minuman kita dan sebutlah nama korang ye.
  5. Buat bayaran dan tunggu sekejap.
  6. Bila order dah siap, diorang akan panggil nama dan boleh lah ambil minuman ataupun makanan di kaunter sebelah.
  7. Ambil minuman dan makanan anda dengan gembira dan duduk lah di mana-mana tempat duduk yang kosong ataupun walk out keluar dengan senyuman kalau nak terus balik.
  8. Tengok pada cup tu betul tak itu nama korang dan betul tak dia eja. Tengok juga kalau ada emoticon yang comel-comel. Barista Starbucks ni kadang-kadang saja (ke tak sengaja) tulis salah. So you can make a joke about it. Siapa-siapa yang tengah sedih tu mana lah tau boleh terubat hati ke kan. Heh!
  9. Minum dan makanlah dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.
  10. Settle!

Haa senang je kan? Tak lah susah mana pun sebenarnya. Yang susahnya cuma kalau dah tengah-tengah bulan poket dah kering tapi selera besar nak makan minum di Starbucks. Itu memang masalah besar. Tapi kalau nak selesaikan masalah poket kering tengan bulan ni boleh join saya buat bisnes online Shaklee.

My review, honestly although harganya tidaklah semurah harga McCafe mahupun kopi Kapal Api, tapi I could say the quality you get for a cup of coffee is worth the money spent. Rasa sedap. Kuantiti berbaloi. Memuaskan hati. Kira OK lah taklah mahal sangat walaupun bukan have-have insyaAllah mampu nak minum sekali sekala.

Alright, semoga panduan ni dapat membantu korang terjah ke mana-mana Starbucks terdekat tanpa segan silu. Malam tu kitorang pergi anak-anak siap dengan baju tidur dan saya pun cuma dengan tshirt labuh je. Yang penting confident! Kalau malas sangat nak pergi counter, order je daripada drive thru. Ko nak pakai baju kaftan pun tak ada orang kisah!

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.