Resepi Mee Kari Sedap Dan Mudah, Mommies Boleh Cuba Buat!

Resepi mee kari sebagai idea menu buka puasa bulan Ramadhan tak lama lagi.

Alhamdulillah minggu ni berjaya masak mee kari yang sedap dan mudah! Mee kari is not my forte. Rasanya kali terakhir buat mee kari pun masa tinggal merantau di Jepun lebih kurang 10 tahun yang lepas. So hari ni saya nak kongsikan resepi mee kari ni sebagai panduan penggemar mee kari ataupun mommies yang baru nak cuba-cuba masak menu ni.

Sebelum tu nak cerita lah sikit. Sebenarnya dah lama teringin nak makan mee kari. Tapi sekarang ni susah sangat nak jumpa juadah mee kari yang sedap di restoran. Kebanyakan restoran sekarang, menu je banyak tapi masaknya asal boleh saja. So kena cari restoran yang specialized in specific menu. Tapi tu lah taktau pula dekat mana yang ada.

Resepi mee kari sebagai idea menu buka puasa bulan Ramadhan tak lama lagi.
Alhamdulillah syukur menjadi mee kari saya walaupun dah bertahun-tahun tak pernah buat. Mee kari ni boleh ubah suai ikut selera masing-masing. Saya letak udang sebagai stok utama. Boleh letak kerang kalau suka.

Since dah beberapa kali order menu itu ini di restoran dan makanan yang terhidang, rupanya aje dah tak berapa nak kena, rasanya lagilah jauh daripada rasa sebenar. Padahal harga boleh tahan. Jadi untuk mengelakkan kekecewaan, terus datang semangat yang kuat nak masak sendiri! Lagipun jauh lebih jimat dan puas hati.

Resepi Mee Kari Best Wajib Cuba Buat!

So sebelum buat tu saya study juga macam-macam resepi daripada blog-blog masakan. Kemudian saya ubahsuai ikut selera dan keselesaan sendiri. Maka terjadilah resepi ini.

Resepi Mee Kari (Anggaran untuk 8 orang makan. Saya makan 4 beranak saja so boleh 2 kali makan)

Bahan-bahan mee dan hiasan:

  1. 2 bungkus mee kuning – dicelur dan toskan
  2. 4 biji telur – direbus, dikopek kulit dan dibelah 2
  3. Daun sup – dihiris halus
  4. Daun bawang – dihiris halus (saya tak letak)
  5. Cili merah – dihiris halus
  6. Limau kasturi – dibelah 2
  7. Tauge – dicelur
  8. Sawi – dicelur (saya tak letak)
  9. Tauhu apa-apa jenis – digoreng dan dipotong dadu
  10. Bawang goreng

Bahan-bahan kuah:

  1. Halia 1 inci – dikisar
  2. 1 labu bawang besar – dikisar
  3. 5 ulas bawang putih – dikisar
  4. Separuh biji tomato – dikisar
  5. 1 batang kayu manis*
  6. 5 biji buah pelaga*
  7. 3 kelopak bunga lawang*
  8. 5 biji cengkih*
  9. 2 batang serai – diketuk*
  10. 2 batang daun kari*
  11. 4 sudu besar serbuk kari – jadikan paste
  12. Air tapis – tambah sikit-sikit ikut kepekatan yang dikehendaki
  13. Setengah sudu besar paste asam jawa
  14. 1 biji kentang – dikisar
  15. 300gm isi ayam – dipotong kecil
  16. 300gm fish ball atau fish cake – dihiris
  17. 300-500gm udang hidup saiz sederhana – bersihkan, asingkan isi dengan kepala dan kulit, rebuskan kepala dan kulit, ambil air stok udang dan isi udang1 kotak santan pekat
  18. Sebiji tomato dipotong 8
  19. 1 kiub pati ayam (optional)
  20. Gula
  21. Garam

Cara masak:

  1. Sediakan bahan-bahan mee dan hiasan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan 1 hingga 4 yang dah diblend hingga wangi.
  3. Masukkan bahan-bahan 5 hingga 10 dan tumis lagi hingga wangi.
  4. Masukkan bancuhan serbuk kari dan goreng hingga wangi.
  5. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  6. Masukkan asam jawa dan kacau.
  7. Masukkan kentang yang sudah diblend.
  8. Masukkan air rebusan udang/ stok udang tadi.
  9. Masukkan isi ayam dan fish ball/ fish cake.
  10. Masukkan santan dan kacau. Tambah air untuk adjust kepekatan kuah. Biarkan mendidih sebati.
  11. Masukkan isi udang yang sudah diketepikan tadi dan tomato.
  12. Perasakan dengan gula dan garam. Letakkan kiub pati ayam jika mahu. Biarkan mendidih selama 5 minit sebelum tutup api.

Cara penyediaan:

  1. Ambil mangkuk, letakkan mee, tuangkan kuah, letakkan dengan bahan-bahan hiasan.
  2. Dah siap dan sedia untuk dimakan.
  3. Jangan lupa baca dulu doa makan!

Senang je kan? Saya rasa tak lah susah mana pun walaupun mula-mula nak buat tu memang terkial-kial juga. Maklumlah meja dapur kecil. Periuk belanga pula tak cukup. Tapi next time kalau nak buat lagi dah tahu lah macam mana nak manage bagi cepat siap masak. Syukur menjadi mee kari saya. Walaupun anak-anak tak minat sangat tapi suami kata sedap. Memang puas masak sendiri. Isi banyak. Jauh lebih murah. Alhamdulillah!

Korang jangan lupa cuba buat tau 😀

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.