Wah dah pukul 2 pagi tapi apsal xtidur lagi ni? Padahal sebenarnya mata dah ngantuk sangat. Konon nak tidur awal tapi huh xde maknanya. Dah termelekat depan laptop ni jadi terlama plak. Tapi tadi pun baru habis buat kerja semua pukul 12 tengah malam. So memang dah lewat pun. Kalau nak masuk tidur sekarang pun dah nak dekat subuh. Baik solat dulu kalau tak nanti terbabas. Actually since hari Ahad baru kami betul2 start mengemas rumah. So sampai setakat tengah malam Isnin ni Alhamdulillah banyak yang dah siap. Itu pun setakat asing2 kan je barang2. Sebab forwarder yang akan pack kan. Forwarder akan datang hari Rabu ni untuk pack barang. So bila diorang dah angkut barang2 baru akan start mengemas rumah plak so that boleh tinggalkan rumah dalam keadaan proper. Actually barang kami memang banyak sangat. Standard lah orang dah berkeluarga and ada anak sorang. Tapi banyak barang yang kami tinggalkan je. Macam barang2 elektrik and elektronik memang tinggal. Perabot2 memang tak bawa balik lah. Tilam2 pun tinggal. Banyak lagi lah barang2 asas lain yang tinggal. Kami bawa balik mana yang penting je. Lagipun kami balik ni bukannya terus duduk rumah sendiri.

Buat permulaan akan duduk rumah parents hubby kat USJ sampai kereta and barang2 sampai. Then slowly duduk rumah my parents dekat Semenyih. Rumah tu xde orang duduk. My parents and adik2 balik sesekali bila cuti. Tapi dalam rumah barang dah lengkap. My own room pun ada. So duduk situ lah dulu sebab lagipun Semenyih lagi dekat dengan tempat kerja hubby. Tapi kami ulang-alik lah sekejap dok USJ sekejap dok Semenyih. Ikut mood. Xsure lah berapa lama kami akan dok merempat macam ni hihi 😛 Rasanya sampai dah berjaya beli rumah sendiri kot. Sebab both families macam xsetuju kami tinggal menyewa. Parents hubby suruh cepat2 beli rumah. My parents pula dok insist dok rumah Semenyih. Haa elok sangat lah tu memang padan je dua2. Tapi nak dok menumpang rumah parents lama2 sangat pun xbest juga and xprivacy. Although parents of course suka je anak2 dok sebumbung. Jadi harap2nya kami akan cepat2 dapat jumpa rumah yang sesuai. Harap2 ada rezeki lah and dapat jumpa rumah yang memuaskan hati tapi sepadan dengan budget. Itu yang paling penting. Anyway… masa hari Ahad sebenarnya dah risau takut xsempat nak asing2kan barang. Tapi now dah lega sebab semua area dah covered. Tinggal siang nanti nak lekatkan label yang forwader tinggalkan tu. Untuk tandakan barang yang dah OK sedia untuk dipack. Ada gak lah lagi sikit2 nak kemas rak kasut and check balik semula barang2. Takut nanti banyak plak barang tertinggal terpaksa bawa sendiri naik flight. Risau plak kalau terlebih berat plak luggage nanti.

Malam tadi hubby gi party perpisahan dengan department dia. Dapat lah hadiah jam. Siang esok plak dia nak kena bertolak awal2 pagi untuk hantar kereta ke port. Then direct terus pusing ke Matsumoto naik bas. After that baru balik rumah. Fuhhh jauh tu. Nagoya tu kat selatan, Matsumoto kat utara, rumah kami kat Matsukawa ni tengah2. Apa2 pun harapnya semua urusan esok akan berjalan lancar and hubby selamat pergi balik, Amin. Maknanya juga dah tamatlah xde dah chance nak berjalan2 kat Nihon ni. Jalan kaki keliling kawasan rumah je lah. Yelah kereta dah xde kan. Hmm harapnya kereta kami selamat sampai Msia dalam keadaan baik and semua urusan berjalan lancar tanpa sebarang masalah juga lah, Amin. Risau juga kan. I paling xsuka buat urusan yang panjang macam ni and kena tunggu2 plak. Owh by the way kami akan balik Ahad ni, July 17th, 2011 dengan Singapore Airlines from Chubu Airport, Nagoya. Akan transit dekat Singapore for 3 hours then akan sampai KLIA dalam pukul 8 macam tu. Fuhh penat! Harapnya Ihsan behave saja. Dok doa semoga dia tidur je sepanjang perjalanan hihi 😀 Ni kali ke 5 naik SIA. Memang puas hati dengan SIA 🙂

Hmm sekejapan je masa berlalu dalam masa 2 minggu ni. Pejam celik je dah tinggal minggu terakhir kat Nihon. In fact yesterday was Monday terkahir kat Nihon. Dihabiskan dengan mengemas rumah. Owh Ihsan jatuh terlentang dari pelantar dekat balkoni onto the ground. Memang rasa nak gelak sangat2. Mama relaxed je walaupun sebenarnya risau sebab takut kalau2 ada batu kat situ. Tapi Alhamdulillah xpape. Rendah je pun. Yelah dia sibuk nak jalan kat situ. Dia dah jalan ulang-alik okay je. Tapi xsangka plak tiba2 dia terlebih undur ke belakang. Siap masa jatuh tu ada segenggam rumput kat tangan. Adoi asyik rasa nak gelak je bila ingat2 balik. Xpelah sekali-sekala jatuh 😛 Baru dia tau sikit. Tapi Papa marah sebab takut kalau apa2. Yelah betul juga. Kebetulan nasib baik xde batu kat situ. Yelah dah jadi pun. Nak cakap apa. Mama teruskan gelak2 saja. Tapi next time kena ingat lah and xboleh biar lepas. Selalu memang xbagi pun. Tapi tadi bagi chance sikit. Sian juga asyik2 itu xboleh ini xboleh. Macam mana nak belajar? Tapi tula kebetulan juga nak terkena tadi. So itu adalah kenangan hari Isnin terakhir di Nihon.

Rasa xsangka sangat cepat betul masa berlalu. Hubby even dia cuti since June 28th tapi dia pun asyik sibuk je. Tiap2 hari ada je benda nak kena buat berkaitan dengan kerja and hal nak balik Msia ni. Tapi bagus juga masing2 rasa busy sebab xsempat nak fikir sangat pasal sedih nak tinggalkan Nihon. Hubby xsedih kot tapi I memang rasa berat hati especially regarding one particular matter. Yang memang ikut blog ni tau lah kot sebab apa. Tapi xboleh fikir sangat kalau tak nanti sedih. Sebenarnya banyak sangat benda nak update especially perkara2 yang berlaku dalam masa 2 minggu ni. In fact perkara2 penting yang sebelum tu pun ada lagi xcerita. Tapi xsempat nak berblog. Bila ada masa xde mood plak atau pun dah penat and otak xboleh nak fikir. Nak buat ayat pun xterkeluar. Macam sekarang ni lah. Tapi sebab rasa nak update tu membuak2 so paksa juga diri menaip hihi 😀 Xpelah… walaupun dah lambat nanti tapi akan tulis juga benda2 penting tu semua supaya xlupa untuk ingatan and kenangan diri sendiri. Bukannya untuk orang lain pun. Okay lah dah masuk subuh. Nak solat then tidur 🙂

Last Monday In Nihon

4 thoughts on “Last Monday In Nihon

  • July 12, 2011 at 6:35 AM
    Permalink

    Bagusnya forwarder tolong packkan…nak contact diorg bole? Ke sbb forwarder tu ada related dgn company hubby?

    Hehe…semoga selamat smuanya & take care!!!
    P/s: dah g yamanashi ke?

    Reply
  • July 12, 2011 at 10:09 AM
    Permalink

    mesti mcm2 rasa dlm hati skrg ni kan. slmt menjalani selasa terakhir di nihon pulak hari ni hehe

    Reply
  • July 12, 2011 at 2:22 PM
    Permalink

    rasa sayu sungguh2 ina nak blk dah.apapun,hrp2 ina still aktif ber-blog.update kdg2 pun takpe,asalkan berupdate laa,hehe.boleh terus keep in touch kan…
    take care ina!

    Reply
  • July 13, 2011 at 1:06 AM
    Permalink

    Kak Su,
    Dah gi Yamanashi. Golden Week ritu pun dah gi. Cuma xsempat nak cerita lagi. Forwarder xde related pun dgn company hubby tapi company lah yang uruskan. Btw tq Kak Su 🙂

    Yatie,
    Haah macam2 juga rasa. Tapi xsempat nak layan sangat sebab sibuk kemas rumah. Bagus gak lah kalau tak nanti emo plak hihi

    Fith,
    Yelah walaupun xpernah jumpa tapi tetap rasa berat nak tinggalkan kawan2 kat Nihon. Tapi harap2nya persahabatan berkekalan sampai bila2. Mana tau kt Msia boleh jmpa plak ke kan 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge