Burp! Alhamdulillah baru lepas makan. Hari ni bangun lewat. Ihsan although dah bangun awal sikit tapi layan golek2 sebelah Mama. Bagus kan? Bagus lah sangat 😛 Actually last night tidur awal sket daripada biasa. Sakit kepala since the evening. Rasa berat je kepala and mata. So setelah berehat2 dgn puas baru rasa okay sket. Hari ni nak sambung pasal our recent ryoukou. Baru cerita separuh jalan kan. Kena cepat2 cerita takut nanti lupa. Cerita2 penting sebelum ni pun belum cover. Hmm kena cepat2 before terlambat. Bukannya nak cerita kat orang sgt pun tapi penting untuk ingatan diri sendiri, tu je. Okaylah jom sambung.

Day 2, 29th May 2011

After checking out from Sun Route Hotel Kanku, Osaka; we started our journey directly towards Shirahama, Wakayama. Kami cuma ikut jalan biasa drpd Osaka. Sepanjang perjalanan hujan makin lebat and angin pun makin kuat. Actually perjalanan kami ni semakin mendekati taufan. Taufan tu memang tengah bergerak drpd bahagian bawah Jepun and berpusing di area laut berdekatan Wakayama ni. Memang nampaklah awan taufan yang sangat besar bergerak laju. Rasa surreal lah. Selalu tengok dalam Discovery Channel je. Ni betul2 merasa ribut taufan depan mata. Rasa best jugak. Tapi risau pun ye jugak LOL 😛 Xlama lepas tu kami hampir sampai ke destinasi. Memang jalanraya dekat sangat dengan laut. Sambil2 tengok awan kelabu and air laut yang mengganas kitorang asyik teringat tsunami je. Hubby plak asyik cakap, “Ish macam mana ni kalau tiba2 tsunami?”. Hmm sabar jelah 😛 Tapi memang kami dah terfikir macam2. Dok terbayang2 macam mana lah diorang yang betul2 mengahadapi tsunami hari tu kan. Kami masa ni pun dah risau ini kan lagi diorang haruslah takut sangat2!.

Nampak tak the grey clouds. Laju okay dia bergerak. Rasa macam ada big UFO kat atas 😛


Anyway kami sampai sini around 2.30 pm. Hotel boleh check-in at 3.00 pm. Okaylah sampai ngam2. Asalnya kami xtau sangat pun kat sini apa yang menarik. Tujuan asal gi sebab nak merasa mandi onsen. By the way, “An onsen is a term for hot springs in Japanese language, though the term is often used to describe the bathing facilities and inns around the hot springs. As a volcanically active country, Japan has thousands of onsen scattered along its length and breadth. Onsen were traditionally used as public bathing places and today play a central role in directing Japanese domestic tourism.”Source: Wikipedia. So masa search, terjumpa kat sini hotel with private onsen yang paling murah and xjauh sangat. After booking baru sibuk2 search apa je ada kat sini. Barulah tau rupa2nya glamor juga tempat ni.

4) Shirahama Beach, Wakayama

“Shirahama is a well developed (hot spring) resort 100 kilometers south of Osaka. It’s popularity as an entertainment destination and its proximity to Osaka caused Shirahama to become one of Japan’s three biggest onsen resorts, along with Beppu on Kyushu and Atami on the Izu Peninsula.”Source: Japan Guide

Disebabkan Shirahama ni asalnya terkenal dengan onsen semulajadi yang ada, so kebanyakan hotel yang ada kat situ memang ambil air drpd onsen and disalurkan ke hotel masing2. Tempat ni ala2 macam Hawaii or Guam. Pasir pantai dia putih bersih and cantik. Air laut dia crystal clear membiru or green color. Usually orang datang sini selain nak mandi onsen also can enjoy activity air like swimming, snorkeling, diving , surfing, picnicking and etc. In fact masa on the way ke sini dalam dok ribut2 tu terserempak dengan mamat2 yang ger ready nak surfing. Kat sini juga ada beberapa tempat2 menarik to be visited.

So after that kami terus checked-in setelah sedikit kepayahan mencari hotel location. Sampai2 je terkejut tengok hotel 😛 Bukan terkejut apa. Xsangka sebenarnya rupanya hotel tu di lereng bukit sebab tengok dalam gambar macam lain. Dalam bilik plak hanya ada toilet and sink. So kalau nak mandi kena turun ke public bathroom. It was first time for me datang hotel macam ni so terkejut lah sikit. But actually expected lah kan. Hotel ni kecik je and rasanya masa kami sampai ada 1 couple customers sahaja. Before masuk bilik hotel owner terus recommend tempat makan. Kami cakap nak pergi Tore-Tore, tempat makan seafood yang famous kat situ tapi owner tu kata tempat tu tutup awal and lagipun out door so xsesuai untuk cuaca ribut macam ni. Tambah2 ada baby. Makan kat situ pun ada time limit. So kami pun setuju je and owner hotel tu booked lah tempat kat restoran yang dia recommended tu.

Kami pun masuk bilik. Okaylah biliknya. View from bilik sangatlah cantik! Suddenly hotel owner datang semula bagitau restoran tu tempat duduk basah so dia booked kan restoran lain. Kami pun okay jelah. Janji dengan hotel owner tu pukul 6.00 pm dia akan hantar kitorang ke restoran tu. So apa lagi lepas tu kitorang terus terjun masuk onsen. Kolam onsen tu daripada kayu biasa je. Saiz pun kecik tapi cukulah untuk kami bertiga. Permukaan onsen tu penuh dengan lapisan garam daripada air panas tu. Air panas ni daripada air laut. Selalunya orang kata bau onsen busuk. Tapi air onsen ni wangi. Very soft bau macam bunga and melekat bau kat badan. Masa mandi dalam onsen ni angin xkuat sangat and xhujan. So memang enjoy lah. Si Ihsan plak sibuk nak keluar masuk. Kitorang risau je sebab permukaan onsen tu kan kasar2. Si Ihsan tu bugil2 je. Kecoh betul 😀 Kami mandi jap je. Tapi lepas mandi memang sedap la badan and rasa mengantuk. Kami baring2 je rehat2 sebab lepas tu dah nak keluar gi makan.

Nak dekat pukul 6.00 pm kami turun. Sempat tinjau public bathroom. Hotel owner terus bawa pergi restoran. Kecik je restoran tu. Nak ambik gambar pun segan sebab sempit. Typical Japanese style restaurant. Hubby pun order lah foods. Kami makan nasi, nabe, ikan bakar, sashimi and hotate. Semuanya seafoods. Ihsan masa mula2 je okay lepas tu dah start merengek2. I dah xtenang dah masa ni risau je. Tried to breastfeed him lepas tu dia tertidur. Lega! Dah la nak bf pun susah sebab pakcik and makcik restoran tu rajinlah nak pandang2. Maybe sebab jarang tengok orang asing comel pakai tudung macam I ni kan 😛 Lepas dah makan, bayar, call hotel owner, dia datang ambil and kami pun terus masuk bilik. Masa ni hujan dah makin lebat and angin pun sangatlah kuat. Memang rasa nak terbang je. Yelah duduk dalam kereta pun rasa kereta terhoyong-hayang.

Shirahama Onsen Hotel. Hotel ni konsep Bali.

Bilik full with Bali furniture.


The onsen at balcony.

Subhanallah. The splendid view. Cantik sangat kan? 😀


Sampai je bilik hubby terus mandi onsen lagi sekali. I plak bagi Ihsan makan onigiri dulu. Yelah dia kan xmaan lagi. Lepas tu I plak masuk onsen. Masa ni dah hujan so masa mandi memang kena tempias hujan. Sebab tu xbagi Ihsan join sekali. I mandi pun xlama sebab takut dengan angin yang sangat kuat. Dok terbayang macam2 je. Lepas tu terus kami tidur. Tapi honestly malam tu xdapat tidur sangat pun. Sebab angin sangatlah kuat menghentam sliding door. Sesekali dengar bunyi benda jatuh lah. Takpun bunyi air onsen terpercik keluar. So sesekali terjaga. Sebenarnya susah hati and terfikir macam2 😀 Tapi sebenarnya okay je xde apa2 pun. Kebetulan hotel tu xterlindung and atas bukit so memanglah sedap je kena hentam ribut.

Day 3, 30th May 2011

Menjelang Subuh Alhamdulillah dah xhujan tapi angin masih kuat. Kami rehat2 je dalam bilik. Nak masuk onsen pun angin terlalu kuat and air onsen pun dah xberapa nak panas. Lepas breakfast apa semua Ihsan pooped plak. So hubby bawak dia mandi kat public bathroom. Xde orang so slumber jelah diorang mandi sesuka hati siap berendam dalam onsen kat situ. Lepas diorang dah balik, I plak gi. Memula tu segan nak pergi tapi badan rasa xsedap je nak lah mandi kan. I pun pergilah mandi laju2. Teringin gak nak berendam dalam onsen tapi takut ada orang datang. Turned out rugi je xmasuk sebab rasanya xde dah customer lain masa tu. Xpelah merasa gakla mandi public bathroom. Selalu dok tengok dalam tv and kartun je kan ;P

Lepas mandi and bersiap2, kami ambik gambar dalam bilik and dengan onsen. Lepas tu checked out and terus gi visit tempat2 yang menarik kat Shirahama Beach tu. Although sebelum tu hotel owner tu ada kata bahaya pergi tempat2 tu and minta maaf sebab cuaca xelok. Tapi kami gi jugak yelah dah sampai pun kan. Turned out memang ada je visitors lain. Maybe diorang pun sama macam kami dah datang dari jauh kan so kenalah pergi jugak. Lagipun cuaca dah semakin okay so bolehlah gi cuma kena berhati2 jelah.

Shirahama Beach

Beach under maintenance.


Kami turun jap je kat sini. Pasir kat sini putih bersih sangat. Dari situlah beach ni diberi nama Shirahama yang bermaksud ‘white beach’. Masa ni ada maintenance work. Dekat area ni jugak ada 2 public onsen Shirasuna and Sakinoyu . Boleh masuk mandi beramai2 tapi xperlu naked. Onsen tu betul2 di tepi pantai and boleh menikmati keindahan pantai tu sambil berendam. Lepas tu kami gi ke Senjojiki.

5) Senjojiki

“Senjojiki is Japanese for “One Thousand Tatami Mats”, which describes the appearance of these flat, sheet-like rocks. The Senjojiki are located along the coast, and visitors can walk out onto them.”Source: Japan Guide

Masa keluar2 je kereta dah rasa macam nak melayang. Memang gayat and seram je berdiri dekat2 dengan tebing. Tapi sebab nak bergambar kami gagahkan jugak. Ihsan plak memang xboleh lepas lah. Berdukung je. Kalau tak, melayang nanti. Cuma kalau cuaca elok kita bolehlah berjalan2 kat rock formation tu. Then kami terus ke Sandanbeki.

The rock formation.


6) Sandanbeki

“Sandanbeki consists of three steep cliffs with a large network of caves at water level. An elevator is taken down to the caves, which has a shrine inside and a network of tunnels.”Source: Japan Guide

At Sandanbeki cliff.

Also Sandanbeki.


Sebenarnya kami xgi pun masuk ke caves ni. Kalau nak gi ke caves tu kena naik bus from a station. Kami cuma gi station tu untuk beli souvenir and tengok tempat ni drpd luar. Then kami ke Engetsu Island.

7) Engetsu Island

“This uniquely shaped rock formation is situated off the western coast of the city. In the evenings of some days of the year, the setting sun can be seen through the hole in the middle of the rock.”Source: Japan Guide

The Engetsu Island. Stopped tepi jalan je ni.


Semua tempat yang kami gi kat sebelah jalan je. So stopped by kejap2 je. Termasuklah pulau ni tengok ambik gambar drpd tepi jalan je. Sememangnya rasa seronok sangat g Shirahama, Beach, Wakayama ni. Tapi tulah the weather wasn’t on our side. Sedangkan masa tengok dengan keadaan cuaca mendung pun we were struck with awe kalau suaca elok lagilah 10 kali ganda terpegun 🙂 Selain tempat2 ni ada macam2 lagi tempat menarik lain kat sini. So memang xboring sebab banyak attractions. Tapi kami xgi lah semua sebab ada yang kena bayar so xworth lah kan kalau nak singgah tengok2 jap je. Sebelum ke Nara kami singgah di Tore-Tore. Tempat ni is seafood market and tempat makan seafood. Tapi kami xbeli apa2 pun just makan. Ntahlah maybe murah jugaklah sket especially the seafoods semua fresh. Tapi standard lah harga makanan kat Nihon xdelah murah sangat2. Ingatkan kat sini bolehlah dapat pakai timbang ke kan 😀

At Tore-Tore fresh seafood market. Ada bahagian pasar basah, tempat bbq, restaurants, souvenir shops, food court etc.

Ihsan buat apa tu? 😛


Lepas tu kami terus headed straight to Nara Park in Nara Prefecture. Sepanjang perjalanan makin lama hujan dah kurang. Angin pun sama. Kami bergerak menjauhi taufan. Awan gelap pun dengan lajunya bergerak ke arah lautan Pasifik. So Alhamdulillah by afternoon dah boleh nampak cahaya matahari. Kami singgah sekali je dekat R&R untuk solat. Kam sampai Nara Park pukul 4.30 pm macam tu. Dah lewat. Masa sampai ni xtau nak tuju kat arah mana. I pun blur2 sebab xpernah datang. Hubby yang dah datang pun lupa2 plak cehhh. Besar sungguh rupanya Nara Park ni.

8) Nara Park

“Nara Park (Nara Koen) is a large park in central Nara. Established in 1880, it is the location of many of Nara’s main attractions including Todaiji, Kasuga Taisha, Kofukuji and the Nara National Museum. The park is home to hundreds of freely roaming deer. Considered in Shinto to be messengers of the gods. Nara’s nearly 1200 deer have become a symbol of the city and have been designated a natural treasure. Like the deer on Miyajima, Nara’s deer are surprisingly tame, although they can be rather aggressive if they think you will feed them. Deer crackers are for sale around the park, and some deer have learned to bow to visitors asking to be fed.”Source: Japan Guide

Lastly we decided parking je kat mana2. Terus menuju ke Nandaimon Gate. Kat situ ada banyak budak sekolah xtaulah apa diorang buat. Saja2 singgah lepas sekolah kot. Kitorang plak terus ambik gambar dengan rusa2 yang ada. Jinak sangat! Ihsan pun suka sangat siap buat bunyi geram. Kalau lepas dia siap kejar2 lagi. Tapi last2 kitorang dukung sebab takut nanti kena tendang ke apa ke. Rusa2 tu memang dia kut je orang sebab nak minta foods. Tapi yang ruginya I lupa nak pegang rusa2 tu sebab sibuk ambik gambar 😛 Lepas tu kami terus jalan lagi ke Todaiji Temple tapi dah tutup. Yelah sampai lewat. Dapat tengok drpd luar jelah nampak bumbung dia sikit. Xpelah dah dapat ambik gambar dengan rusa pun dah okay. Nak singgah kedai souvenir pun xsempat sebab by the time kami pusing semula dah tutup. Budak2 sekolah apa semua pn dah xde. Then kami ambik gambar dengan Nara National Museum. Itupun drpd arah tepi kot so view xcantik sangat.

With rusa yang jinak. Diorang ni buat bunyi mintak makanan. So cute!


Us


In front of Todaiji Temple gate.


Lepas tu hari pun dah makin gelap. Kitorang terus gerak. Singgah Saizeriya jap untuk dinner and bertolak lebih kurang pukul 8.00 pm and sampai rumah pukul 12.15 am. Asalnya nak ikut jalan biasa tapi check kat navi kalau jalan biasa pukul 10.00 am esoknya baru sampai. Pengsan lah macam tu 😛 So ikut highway je. Berhenti sekali je kat R&R sebab nak tunggu lepas pukul 12.00 am kot2 ada discount. Nasib baik memang ada discount 😀 Overall Alhamdulillah we had fun and selamat gi balik although dalam cuaca taufan. Tapi xpelah experience jugak tu bila lagi nak merasa taufan. Kat Msia xde taufan besar macam ni. But of course if diberi pilihan cukuplah sekali xnaklah saja2 nak rasa lagi 😛 Itupun haritu bukan saja2 tapi terpaksa. Sepanjang berjalan2 ni juga buat I terfikir2 macam2 and InsyaAllah dah ready and in fact xsabar nak balik Msia 🙂 So that was our last ryokou in Nihon. Lepas ni xde dah. Jalan2 dekat rumah je and nak gi ziarah kubur ‘Abid je for the last time and this is the saddest and hardest part of all. Sigh… Anyway… life goes on. Looking forward for days ahead 🙂

Ryokou: Chubu – Chugoku – Kinki – Chubu Part II

6 thoughts on “Ryokou: Chubu – Chugoku – Kinki – Chubu Part II

  • June 7, 2011 at 9:46 AM
    Permalink

    Sandanbeki cliff tu cantik giler..tmpt2 lain pun cantik jugak…tp langi tmendung erk, jd gmbr pun kurang umphh hehehe

    Reply
  • June 7, 2011 at 10:48 AM
    Permalink

    Yatie,
    Kitorg excited sgt sbb cantik sgt tempat tu altho hari mendung. Tp bila tgk blk gambar kt kamera mmg xlawa mcm yg kiter tgk dgn mata. Lgpun xpro amik gambar 😛 Bayangkan kalau hari cerah mesti kami rasa xnak balik sbb terlalu cantik 😀

    Reply
  • June 8, 2011 at 8:53 PM
    Permalink

    best kan jln2,fith tak pernah lg gi ryouko byk2 tempat in 1 time with this little family.mcmmana laa agaknya ye bawa bebudak ni naik kereta lama2 pusing nihong,hek takleh nak bayang.

    tp best laa dpt onsen private lg,ii ne!puas tak?hehe.pasni boleh sambung jln2 round msia pulak.

    Reply
  • June 10, 2011 at 12:10 AM
    Permalink

    Fith,
    Kami pn 1st time jln2 g byk tmpt dlm 1 masa. Best jugak. Ni pn dpt idea drpd Murni n kwn2 yg lain. Cuba la nnt time cuti pjg n masa haru. Cuaca just nice nk tdo dlm keta pn ok. Xpuas sgt mandi onsen sbb masa tu ribut takut nk berendam lama2 kt luar hihi.

    Reply
  • June 10, 2011 at 2:31 PM
    Permalink

    fuhh memang berkenan la ngan onsen yg korang pegi ni. tak penah lagi gi onsen yg mengadap laut betul2.
    bestla trip korang, pengalaman tu even hujan bagai. yg penting semua happy n enjoy tambah2 geram sungguh tgk gambar2 si kecik tu (^o^)

    Reply
  • June 10, 2011 at 3:47 PM
    Permalink

    Murni,
    Mmg best pegila nnt. Glamor tmpt tu cantik sgt2. Area tu nama Shirahama Onsen. Byk hotel. Pilih la yg atas bukit mcm kitorg. Yg kitorg g tu okla tp rasanya ada yg lain sebelah2 kitorg tu lg ok kot hotelnya. Tp xtaula view dia ok ke tak 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge