Uhuk uhuk! Kita batuk dulu sikit 😛 Haih xsempat2 nak update. Siang tadi dah typed banyak sekali ni buka semula tengok2 aik tinggal 2 perenggan atas je? Mesti tadi terdelete tapi xperasan. Kurang asam betul! Anyway since last entry macam2 kisah yang berlaku. Tapi sebelum entry yang lepas pun memang dah macam2 kisah pun haha! 😛 Alkisahnya sekarang ni kami anak-beranak dilanda sakit2. Berturut2 lepas sorang2. Sekarang pun masih belum sihat sepenuhnya. bukan kami je. My mom, my brother, my MIL, SILs pun sakit2. Tapi xteruklah. Setakat batuk, selsema, sakit tekak je. Kami bertiga ni haa yang teruk. Tapi sebelum tu I nak rewind sikit pasal kisah sebelum tu. Raya Haji baru2 ni kitorang xjadi pun balik ke Kedah sebab my parents last minute suddenly decided nak datang ke rumah Semenyih. My parents tukar plan sebab I bagitau diorang hubby xconfirm lagi boleh balik ke tak sebab maybe kena kerja Sabtu before Raya Haji tu. Diorang takut lah xdapat jumpa Ihsan kan.

Ada hikmah juga lah xjadi tu sebabnya last minute tu juga kereta yang supposedly kitorang nak guna untuk balik Kedah rosak pula. Rosak dekat2 Subang ni juga masa my brother nak balik Semenyih from Klang. Bayangkan kalau kami jadi balik and kereta tu rosak tengah2 highway dalam perjalanan. Rumah dah lah jauh. Haa lagi susah kan? Elok juga lah kereta tu dah rosak awal2 padahal before that my brother kata kereta tu dah serviced and tip top dah. Kereta tu my brother yang guna selain kereta lagi satu. Memang ditinggalkan kat sini so that senang kalau my parents datang sini naik bas ada kereta nak guna. Dah tu pula hari yang sepatutnya kami balik Kedah tu hubby demam teruk. So sememangnya plan nak balik tu takkan jadi. Selain tu xsangka pula kami anak-beranak dilanda sakit2. So kalau dah berjalan jauh pastu nak balik sini semula dalam keadaan sakit2 kan dah susah. Elok lah duduk setempat je kan.

Masa my parents datang kitorang duduk Semenyih la lebih kurang dalam 2 minggu. Masa raya haji tu kitorang balik kampung belah my mom dekat Semenyih juga. Tapi hubby xberaya pun sebab dia kerja. Kitorang pun xdelah beraya apa pun. Balik kampung lepak2 makan je lepas tu balik. Lagipun masa tu Ihsan dah start batuk teruk. Ihsan actually dah banyak hari sebelum tu lagi batuk2 on off sejak balik dari Nihon. Batuk tu mula since dia ada selsema on off hari tu lah. Tapi petang Raya Haji tu dah macam makin teruk. Doctor kata ada infection sikit baru start so doctor bagi ubat semua including ubat demam untuk stand by. Then hari Ahad lepas Raya Haji tu Ihsan dah start demam. I pun dah demam sama masa ni. Mula2 berhingus and sakit tekak je tapi lepas tu dah panas menggelegak. My brother pun sama xsihat. So Isnin pagi tu my parents bawa kitorang gi klinik dekat2 taman tu juga tapi yang lain.

As for Ihsan doctor kali ni kata disebabkan dah lama batuk so paru2 dia dah dimasuki kahak. So dah ada infection disitu sebab tu dia demam. Condition Ihsan taklah teruk tapi kalau dibiarkan takut jadi Asthma or Acute Bronchiolitis. Doctor kata kena buat nebulizer treatment sebab dia dah ada wheezing. Paru2 dia berat nak bernafas sebab penuh kahak. Doctor suruh buat every 6 hours. So kami berulang-alik lah ke klinik sehari 3 kali. By this time nasib baik lah my parents ada so diorang handled Ihsan sebab I pun memang dah lembik xbermaya. Nasib baik lah I demam xlama. Masuk hari ke 3 on nebulizer treatment doctor pelik kenapa Ihsan progressing very slow. Dia tanya rumah ada pet ke, berhabuk ke, ada karpet ke? Doctor suspected dia alahan dengan habuk. So lepas balik klinik kami buat operasi kat rumah, vacuumed rumah, gulung karpet, buang habuk etc. Doctor pun ada bagi ubat alahan sebab nak cepatkan dia sembuh.

Nebulizer treatment Ihsan dragged sampai 5 hari. Masa hari ni I dah naik risasu tahap petala langit ke 7. Sebab dah 3 hari Ihsan langsung xnak makan. My mom and I paksa dia makan macam bagi ubat guna syringe. Most of the times dia tidur je. Kalau bangun pun sekejap2 je and nak berdukung pangku kepala kat bahu. Kalau I lepas dia, dia akan stayed macam tu je lah langsung xbergerak siap termenung. I suspected maybe sebab nebulizer and ubat buat dia jadi macam tu. Lagipun xmakan kan so mana nak ada tenaga. Buat lah lawak apa sekali pun dia akan pandang dengan muka xde perasaan xberkelip pun. Haa sampai macam tu sekali! I dah fikir bukan2 and sangat takut. By this day juga dah total 13 kali buat nebulizer! I dah rasa xsedap hati nak bawa gi hopsital minta warded ke apa ke. Biarlah doctor cucuk drip ke apa ke asalkan sihat balik kan. Hubby pula awal2 lagi suruh bawa gi hopsital. Tapi actually condition Ihsan xteruk maybe sebab tu dcotor xsuggestedkan pun suruh warded kan dia.

Hari ke 5 tu dah hari Jumaat so I dah nak kena balik Subang semula sebab my parents dah nak gi Sabah pula. So PIL datang ambil. Masa last nebulizer treatment dengan doctor kat klinik tu doctor kata Ihsan punya wheezing xteruk pun cuma lambat nak lega. Masih ada dengar wheezing tapi sikit. Masa PIL ambil kitorang we decided nak singgah kat Klinik Pakar Kanak2 An-Nur kat Bangi. Punya lah lama nak tunggu turn. Hubby pula masa hari tu balik kerja awal sebab dia dah start demam teruk semula. Sekali dah sampai rumah tapi kitorang still kat klinik. Dia xde kunci. So dia menunggulah sampai tertidur2 dalam kereta. Kesian 🙁 Haih macam2. Then bila dah jumpa doctor, dia kata supposedly kalau dah hari ke 3 xde improvement elok warded je and upgrade treatment Ihsan. Dia pun terkejut sebab Ihsan dah kena nebulizer banyak kali sangat. So dia terus buat surat refer ke Hospital Putrajaya for further action. Sebab kitorang dok jauh daripada Bangi. Insurance kitorang pun xcover kat Msia ni so sebab tulah xleh gi SJMC je ke even dekat dengan rumah 😛

Sampai2 je rumah Subang I terus kelam-kabut angkat and kemas barang. Budget nak kena warded lah kan. Mandi, solat makan apa semua segala. Pastu tukar baju Ihsan. Hubby hanya mampu melihat sebab dia pun dah flat xbermaya. PIL bawa kitorang gi hospital by that time dah nak 12.00 midnight. Sampai2 sana xdelah ramai sangat orang. Mula2 checked kat bilik triage. Lepas tu doctor suruh masuk ke bilik semi kecemasan buat nebulizer lagi dulu. Masa tu ada lagi babies sorang sebaya Ihsan sorang lagi baru berapa bulan. I pun tunggulah buat nebulizer kat Ihsan sampai kan gas tu dah lama habis tapi xde pun doctor yang attended kitorang. Padahal I tengok ramai je doctor kat dalam tu. Maybe doctor yang berkenaan agak occupied la kot kan. Then I dah rasa macam kitorang ni macam dilupakan. Elok2 I nak bangun gi tanya, sekali ada doctor datang bawa surat refer Ihsan.

Dia tanya apa kisah Ihsan ni. I pun cerita daripada A-Z. Dia pun checked lah Ihsan tapi jeng jeng jeng dia kata dia dengar paru2 Ihsan clear! Memang lah doctor dah nama pun baru buat nebulizer 😛 I tanyalah doctor betul ke ni? Xmembimbangkan ke? Anak saya dah lembik ni. Kot kalau boleh warded boleh bagi dia drip glukose ke apa ke. Mana larat nak paksa setiap kali bagi makan. Bagi ubat pun berkuntau. I tanya lagi xperlu x-ray ke sebab xtau what’s happening inside him? Doctor checked Ihsan lagi cuba dengar tapi memang dia xdengar wheezing dah. Doctor kata lagi Ihsan pun xde tanda2 semput sebab chest dia turun naik kurang 40 kali. Dia bernafas pun xde sampai nampak tulang. Air pun cukup xdehydrated sebab bila dia tarik kulit Ihsan kulit tu kembali ke asal immediately xkendur. Ihsan pun dah xdemam although suhu tinggi sikit. Kalau x-ray pula doctor kata macam xcukup syarat je nak di x-ray and probably xterdedah kepada radiasi yang xperlu kalau andai kata memang xde apa2.

Disebabkan I macam insisted doctor pun gi lah tanya pendapat doctor2 lain kot. Then he told me confirmed lah Ihsan was OK. Dia ambil berat Ihsan apa semua then I tanya2 lagi itu ini dia jawab. Then kitorang pun keluar. Kat luar my PIL dah risau habis apasal kitorang kat dalam lama sangat. Diorang ingatkan ada apa2 ke. Sekali I keluar cakap xde apa2. I cerita semua kat diorang. Then tunggu ambil ubat. Pastu balik rumah semula. By that time dah pukul 2.00 pagi. So Ihsan dah stopped ubat lama and continue dengan ubat latest. Owh btw free je ye! Jadinya xperlulah banyak2 complain kalau kena tunggu lama ke apa ke. Standardlah tu kan. Orang sakit pun ramai. Gi hospital kat Nihon pun kena tunggu berjam2. Kalau nak cepat sangat buat hospital sendiri. Nak kata doctor checked sambil lewa xjuga. Kesimpulannya I puas hatilah. Lagipun malam tu I tengok 2 other babies tu diorang kena x-ray, dripped etc. Maybe sebab diorang lagi teruk.

Then on Saturday Alhamdulillah sangat2 bangun2 je pagi Ihsan terus sengih kat sebelah I. Dah banyak hari xtengok dia senyum macam tu. I rasa sangat2 bersyukur. I couldn’t imagine kalau lah dia dok tidur je sekali… hmmm na’uzubillah. I xsanggup nak hadapi kehilangan lagi. Terfikir macam ni je pun dah boleh rasa nak naik gila. Memang I xboleh nak elak terfikir bukan2 time Ihsan flat je hari tu. Siapa xrisau weiii! Sekarang ni Alhamdulillah Ihsan dah makin sihat. Masih on medication. Masih ada sikit2 saki-baki batuk tapi dah xdengar bunyi kahak sangat. Hingus pun dah kering ada sikit2 je lagi. Makan pun dah makin lalu. Dah aktif semula macam biasa. Alhamdulillah! Tapi Papa Ihsan pula masih lah demam xkebah2. Sabtu lepas supposedly dia kerja tapi xgi sebab dah xlarat sangat. Pastu ganti Ahad. Sekali badan dia panas balik sampai lah sekarang belum betul2 kebah. Hari ni pun gi kerja kejap je. Agaknya sebab kerja teruk sangat xcukup rehat. Dengan persekitaran and cuaca lagi sebab tu lah xlega2. Haih xhabis2 susah hati. Harap2 cepat lah sihat kami anak beranak sepenuhnya, Amin; InsyaAllah.

Buah-buahan hati cepatlah sihat hendaknya. Moga Allah limpahkan kembali kepada I in my days ahead dengan lebih rahmat senyuman and tawa riang seperti sedia-kala daripada orang2 dalam gambar ni as in the picture, Amin.


Okaylah nanti sambung lagi. Dah ngantuk. Esok sampai tulat my PIL and SILs xde sebab gi Melaka. I xnak ikut sebab Ihsan baru nak sihat plus doctor kata jangan bawa dia keluar sangat. Hubby pun xberapa sihat. Nanti balik daripada Melaka diorang gi jalan2 Langkawi pula. Lagilah I xnak ikut. Lagipun nanti hubby dah balik Nihon I akan duduk Kedah and gi Langkawi juga. So sekali harung jelah nanti malas nak ulang-alik jauh2 banyak2 kali bawa anak kecil. Nanti I nak share information yang I gathered sepanjang Ihsan sakit hari tu. I rasa penting juga lah especially kalau xde pengalaman kalau dah baca nanti boleh lah keep in mind xnd xdelah tergagau2 sangat bila anak dah sakit. Some things tu sometimes kita take for granted or awal2 lagi dah misconcept so dah mempengaruhi kita buat keputusan which is sebenarnya menerukkan lagi keadaan anak. I also nak share some amalan or petua elok untuk anak sakit batuk berkahak and selsema ni. For my own reminder juga. In next entry lah ye. Last but not least, take good care of yourself and stay healthy! 🙂

Speedy Recovery, Loves!

13 thoughts on “Speedy Recovery, Loves!

  • November 30, 2010 at 6:24 AM
    Permalink

    kesiannya ihsan,hopefully cepat2 kembali sehat spt sediakala yer…
    fith ni kalau blk msia n anak2 kurang sehat mmg tak pergi klinik biasa,akan pergi pakar kanak2 terus,most probably sbb sangsi dgn ketelusan doc,unless mmg kenal doc tu baru berani nak redah.keadaan ihsan yg lembik no response tu rasanya mmg sebab ubat laa ina,ramai pakar tak suggest bg budak makan ubat batuk sbb ada kesan sampingan,budak jd lali je kan.apapun,sememangnya kita kena lbh hati2 dgn kesihatan anak2,tak bleh bayangkan kalau kehilangan diorg,huhu.
    take care ya…

    Reply
  • November 30, 2010 at 8:05 AM
    Permalink

    huhu baca pun dah dpt bayangkan camana perasaan mama Ihsan time Ihsan sakit tu. cepat sembuh yea sayang n takmo sakit2 dah tau,muahhh cayyanggg Ihsan..
    nanti tulis tau info2 tu yg mungkin akan berguna kat kita kemudian hari. persediaan kan. btw resit2 sakit tu simpan n bwk mai nihon memang leh claim hokken.

    Reply
  • November 30, 2010 at 10:14 AM
    Permalink

    sedey dgr cerita ihsan xbermaya..i can imagine how you feel..sbb baru jer experienced last month bila kami satu family kena serang demam… skg nih pon masih risau dgn rifqi sbb masih lagi ada selsema berbaki..xhilang sepenuhnya.plus dia kena ear glue..itu pon dah 2weeks…aduhaii

    Reply
  • November 30, 2010 at 1:33 PM
    Permalink

    Fith,
    Tq Fith. 2R pun harap2nya dah sihat sepenuhnya. Kalau ikut hubby asalnya dia nak bawa ke hospital terus. But actually condition Ihsan minor je sebab tu doctor xsuggest warded ke apa mula2 tu. Cuma lambat baik tu yg ada pelik sikit. Kalau gi hospital pn sama je ceritanya kena nebulizer juga. Seb baik klinik dkt rumah tu boleh buat at least xyah warded. Tula rumah Semenyih tu jauh sket dr pakar kanak2. Cakap pasal jenis2 klinik n hospital ni pun jadi dilema juga hari tu. Kita cerita next entry. Aah Fith kita pun baca macam2 pros n cons ubat2 ni. But actually certain condition elok ambil ubat2 berkenaan utk membantu pemulihan. Ini pun next entry I share.

    Murni,
    Itulah xleh main2 batuk selsema ni. Sikit2 je pun tapi kena jaga jangan bagi berlarutan. Tapi balik sini memang selalu je kena si Ihsan ni. InsyaAllah nanti kita share ye.

    Mai,
    Yelahkan Mai kalau anak kecil2 sakit lagi susah hati. Selsema batuk tu semua kalau berlarutan mula lah bagi masalah kat bahagian lain pula. Tambah2 cuaca xmenentu skrg ni. Mmg sana sini ramai yg sakit2. Moga Rifqi cepat sembuh juga ye and Mai pun kuat utk jaga anak sakit.

    Reply
  • November 30, 2010 at 2:08 PM
    Permalink

    get well soon to u and ur family.

    anyway, gmbr kat poko ic-tiy tu lebih kurang mcm koyou kat nihon gak kan 😉

    Reply
  • November 30, 2010 at 3:16 PM
    Permalink

    ina.. alhamdulillah ihsan dah sihat..

    btw, your hubby tu gi hospital check tak.. bukan apa, demam lama2 ni tak elok jugak utk orang dewasa.

    bukan nak takutkan, tapi kawan aina, arwah suami die mula asal demam kebah elok kebah elok, dalam jangka masa lama jugak2 last2 ada infection dalam darah dah takleh nak wat apa.

    Reply
  • November 30, 2010 at 4:02 PM
    Permalink

    Yatie,
    Tq Yatie. Hihi sama mcm illumination kt Nihon. Winter ni leh la u enjoy illumination plak mesti best 🙂

    Aina,
    Tq Aina. Tula Aina kita pun fikir macam tu. Kdg2 rasa lagi susah jaga bapa budak ni xnak dgr ckp. Dia gi klinik je. Haih tula nanti nak cuba pujuk lagi kalau xkebah. Xleh take for granted kan.

    Reply
  • December 1, 2010 at 8:56 AM
    Permalink

    Anak2 akak semuanya asthma, tapi so far tak pernah nebulizer treatment dragged sampai berhari-hari. Akak rasa kalau bawak ke hospital masa awal2 tu mungkin terus kena warded kot, but benda dah lepas kan… Anyway, it must be tough on all of you… Hopefully semuanya cepat sihat & ceria semula. Odaijini.

    Reply
  • December 1, 2010 at 8:19 PM
    Permalink

    Kak Azra,
    Haah kak kalau awal2 bwk gi hospital confirm dah kena warded. Sebab nebulizer tu pun xcukup buat sekali. Although actually Ihsan xteruk pun sbnrnya. Xsampai tahap asthma. Doctor kat klinik tu pun kata usually 3 4 hari should be dah okay utk clearkan kahak tu je. Dia pun hairan apsal lambat baik. But dia pun supposedly suggest lah suruh buat further check-up ke kan. Xpelah 1st time. Next time kalau jd lagi dh tau. Xleh take for granted kan. Btw tq kak 🙂

    Reply
  • December 3, 2010 at 10:54 AM
    Permalink

    hi ina,
    aduih…sedih hati baca cite ihsan..betul la ina..bab anak2 sakit kak kim mmg xleh tahan…bila nak cite jek mula la nak genang air mata..dulu si LR kan penah kene warded 2x..dahla daddy dia xdek..bila dia dah start nak sihat senyum2 tuh..perghh terus kita semangat balik. semoga ina sefamily sentiasa sihat dan dilindungi allah sentiasa. amin.

    Reply
  • December 3, 2010 at 8:36 PM
    Permalink

    semoga ina sekeluarga akan kembali sembuh.jaga diri bebaik di sana yerk.

    Reply
  • December 5, 2010 at 11:53 PM
    Permalink

    Kak Kim,
    Betul Kak Kim. First smile dia elok2 lepas baik tu xtau la nk ckp mcm mana rasa legaaa sangat hati ni! Alhamdulillah la skrg dh sihat. Tp mmg kita pn jaga betul2 benda2 remeh pun. Moga sihat anak2 kita selalu ye tambah2 dlm keadaan cuaca xmenentu ni.

    Ida,
    Tq Ida. Alhamdulillah kami dh sihat. Ida sekeluarga pun stay healthy ye. Keep warm.

    Reply
  • January 7, 2011 at 12:46 PM
    Permalink

    kesiannya ihsan…tapi kuat betul semnagat ina…yousuf pun batuk juga baru baru ni…noli bawa ke klinik…ingatkan Dr takkan bagi ubat…sebab masa haikal dulu kat malaysia, pegi klinik Dr tak bagi ubat pun, cum abagi cadangan macamamna nak kurangkan batuk….tapi time yousuf ni, Dr bagi ubat…noli tak fikir panjang terus ja bagi…alhamdullilah dah sihat, sebab kesian tgk batuk sampai tak dak suara, dah la kecik lagi….rasanya ubat memang tak elok untuk kanak kanak tapi kalau dah teruk baik ambik ikut dos yang Dr tetapkan….ihsan mesti dah dapat ramai kawan kat malaysia… 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge