Hello hello! Dah ada yang rindu ke? hihi ;P Perasan je kan. Siapalah yang nak rindu kat I. Anyway, esok genap 1 bulan since we arrived in Msia although honestly I rasa macam dah lamaaa duduk sini. Bila tengok kalendar balik ehhh xsampai 1 bulan pun lagi rupanya?! Time is really moving so slow. I xde pun menghitung hari ke apa tapi mungkin sebab dah macam2 benda took place so rasa macam dah lama. At the moment we are now living at my in-law’s place in USJ Subang Jaya. Bila hubby dah balik Nihon nanti baru I stay dengan my parents pula. Setakat ni I pun dah jumpa my parents and grandparents on my mother’s side tapi jumpa sekejap je lah. Itu pun sebab my parents datang sini all the way from Sungai Petani, Kedah sebab nak jumpa Ihsan. Saudara-mara lain and kawan2 masih ramai yang belum sempat nak jumpa. Baru jumpa beberapa orang je. Yelah hubby balik sini bukan sebab bercuti tapi bekerja. I pun xdrive so kena tunggu my drivers free baru boleh berjalan.
Justify Full
My drivers usually hubby la so kena tunggu weekend baru boleh keluar dengan dia. Itu pun kadang2 Sabtu dia kerja so Ahad dok rumah je bagi dia rehat. Sian dia busy kerja keluar rumah gelap balik pun bila dah gelap. If not kadang2 my brother rajin offer diri tanya nak pergi mana kalau dia xkerja. Sementara xde gf ni rajin lah tanya. Dah ada gf nanti xtau lah kan haha! 😛 Tapi I suka keluar dengan my brother sebab dia very rajin, pandai, relax and yang paling best cool melayan Ihsan. I boleh tinggalkan Ihsan without worries at all and pergi shopping. Lagi senang macam tu. I boleh concentrate cari barang cepat2 lepas tu balik. Jimat masa. Kalau dengan hubby I still risau sebab kalau xbanyak mesti dia akan stress dengan Ihsan hihi 😛 Kadang2 terstop2 masa mencari barang tak pun last2 tu balik je sebab malas nak cari barang sampai habis. Nampaknya my brother memang sangat berbakat menjaga budak lah hihi 😛 Selain tu my FIL and MIL pun rajin bawa kitorang jalan2. Selalunya ikut diorang jalan2 dekat2 je. Owh xtau la kenapa I xdrive. Memang I xpernah drive since dapat lesen kereta. Lesen tu I simpan je buat azimat. I tunggu hubby bagi sebiji kereta baru I akan drive balik hihi 😀

Btw hari tu kitorang balik naik Singapore Airlines (SIA). Keluar rumah pukul 5.30am and sampai rumah in Msia pukul 9.00pm. Fuhhh memang lah. Memang letih bawa budak kecik yang baru dapat kaki ni. Lagi senang bawa dia masa baby dulu. Dah la malam sebelum tu tidur lewat sebab asyik dok punggah-packing barang. Sebabnya barang kami banyak sangat kuang kuang! 😛 I rasa dah reject mana yang xperlu pun still dok berat lagi beg2 tu. Nasib baiklah boss hubby memang sengaja nak balik sama2 dengan kami. Dia pun awal2 dah cakap barang kitorang mesti banyak so dia boleh la tolong sama. Boss bawa 2 bags kecil je. Tapi even kami dah checked-in sekali masih berlebih barang haha! Tapi agak pelik disitu sebab I baca kat website SIA kalau ada baby sepatutnya boleh tambah extra 10kg. Hmmm entah. Sepanjang perjalanan boss banyak la tolong bawa barang or dukung Ihsan. Si kenit tu pula kerja dia nak berjalan sana-sini. Memang kena mengikut bontot dia je. Dia pun xnak sangat duduk dalam stroller. Kalau nak dukung lama2 pun memang senget bahu. Sudahnya lepas je biar dia nak buat apa pun and ikut je mana dia pergi. Sekejap dia berjalan, sekejap dia merangkak, sekejap dia duduk. Asalkan dia xkacau orang and buat benda pelik2 sudah.

Masa dalam flight stewardess reservedkan 1 row seat belakang untuk I. So kami ubah tempat. Nak bf pun senang sikit. Awal2 tu Ihsan banyak tidur. Tapi lepas2 tu dia pun dah xlarat nak tidur. Adat la bawa baby umur setahun ada gelak2, merengek2, menjerit, menangis. Pastu dia pooped pula adoiyai! But Alhamdulillah as an overall Ihsan boleh dikategorikan sebagai normal la kot haha! Kalau dia baik sangat tu dah macam anak patung pula kan. Tapi Ihsan xdela bagi horrible experience to Mama Papa and especially other passengers. So okay la kan. But I think boss pun agaknya serik kot ikut kitorang. Sebab seriously our hands were full! Although hand luggage xbanyak mana tapi memang penat bawa toddler. Tapi kitorang sangat2 terhutang budi kat boss. Dia sangat2 concern, very understanding, xberkira and caring, Alhamdulillah. Segan pula dengan dia. Tula Mama xreti2 ke pack barang sikit2 je?! Haih entahlah ek. Xde pun bawa benda merepek2. Memang bawa apa yang patut je rasanya. Bila dah sampai rumah hubby tanya I boleh ke nak bawa Ihsan balik sorang2 nanti? I jawab sendiri fikir la. Setakat nak sampai ke destinasi tu memanglah boleh, xmati punya 😛

Mula2 sampai Msia hari tu during the first week Ihsan asyik grumpy. Sebab masa tu cuaca panas sangat. Bukan kami je yang xtahan. Semua orang pun xtahan. Nasib baik minggu lepas2 tu hujan turun. Alhamdulillah hujan rahmat. Selain tu biasalah kan keadaan and situasi rumah xsama macam kat Nihon. Kalau kat Nihon xperlu nak larang Ihsan itu ini sebab rumah dah baby-proofed and kami masing2 pun dah kenal segenap sudut rumah so boleh biar Ihsan explore je sesuka hati. Kalau kat sini rumah besar and memang banyak benda menarik untuk diexplore. My MIL kata takpe biar je dia biasakan diri dengan benda2 tu. Sebab anak2 dia dulu pun macam tu juga kalau usik pun sikit2 je. Tapi cucu dia ni curiosity terlebih. Dalam nak membiasakan diri dengan benda2 tu semua puas la dia ketuk2 hentak2 bagai. Kalau dilarang pun dia memang jenis buat xhairan je! So sebelum benda2 tu semua jadi arwah and ada yang makan hati baik hubby and I sesuka hati je alih2 barang2 berkenaan ke tempat lain. Ikut hati I xkisah je barang rosak sebab bukan barang I haha! So nasib lah my MIL kena redha je. Which one dia prefer. Barang dia hancur ke or rumah dia jadi xcantik sebab barang2 dah kena ubah tempat? hihi ;P

Actually mula2 tu I stressed juga dengan 2 matters above. Disebabkan benda2 tu juga I xdapat nak function at normal pace. Kalau kat Nihon I boleh buat 3 4 kerja dalam satu masa. I boleh masak Ihsan’s food and dalam masa yang sama mandi, basuh kain and bagi Ihsan tengok educational videos. Tapi sekarang ni keadaan and situasi rumah xsama so xdapat buat macam tu. Tambah2 bila kita kena function dengan penglibatan orang lain secara langsung ataupun xlangsung so proses2 berkenaan kadang2 jadi terganggu. Well… adat lah kan. Hence, that’s why I xupdate blog. Masa tu ada je sebenarnya tapi kadang2 tu kurang privacy or I simply dah xde mood nak ngadap laptop. Selain tu, life kat Msia definitely lah xsama dengan Nihon. Of course lah happy balik sini. Cuma benda2 remeh diluar kawalan such as, kotorrr tolong lah jangan buang sampah merata2 boleh?!, traffic jam yang sememang2nya xhabis2, some Msian drivers attitude yang menyusahkan and membahayakan orang lain on the road, customer service or front line service yang macam @#$!X&*!!!, xefficient, so slow, rude, malas so on and so forth. Haih macam2 hal lagi lah. Entah lah. I nampak Msia ni bukan lah kolot sangat tapi mentality and sikap masyarakat masih ketinggalan jauh kebelakang. Padahal kemudahan apa semua kebanyakannya dah maju. Jadi jom sama2 ubah sikap maju ke depan boleh?!

Anyway so far life kat Msia ni okay je. Dah dapat makan macam2. Tapi banyak lagi yang belum makan. Kami pun xde lah terkejar2 nak makan itu ini. Ada ada lah. Xde xpe xkisah. Entah lah ek xde perasaan sangat. Maybe sebab dok rasa banyak masa lagi. Bila kat Msia kadang2 rasa malas nak keluar. Sebab panas kot. Lagipun tu lah nak g mana2 pun kena naik kereta then jam. Kalau kat Nihon kuar 2 jam tu boleh setel macam2. Tapi kalau kat tempat kitorg ni jangan mimpi lah. Tapi biasa lah kot macam tu area KL and Selangor. Entah lah ek honestly I xtau kenapa I xrasa excited sangat. I’m happy to be home in Msia. Tapi tulah maybe I can’s stop thinking living in our own home. Plus I macam still xpercaya and xdapat terima I can’t fully enjoy my last year in Japan as I wished. Kalau nak tau I memang tertunggu2 autumn and winter this yeat sekali melepas sob sob! Xhabis2 kuciwa lagi ke? hihi 😛 Somehow at the moment I’m slowly getting my routine to the optimum level. Dah makin getting used living life with others’ present. Sebelum ni nak buat apa2 xperlu kisah orang lain. Tapi now kena lah consider. Besides ni dah nak 1 bulan I risau dengan jadual Ihsan. Nak kena reschedule semula for him untuk ‘belajar’. Buku pun main baca ikut sempat je. Banyak tengok educational videos je dia. Xelok tengok videos banyak sangat. Nak kena beli new toys juga for him to learn. Yang penting Mama also has to be consistent and rajin!

Btw next week dah Raya Haji. Mula2 I plan nak balik Kedah beraya dengan my parents for 2 weeks. Suddenly hubby xsure pula takut kena masuk kerja Sabtu ni. So my parents dah decided diorang datang sini. Diorang pun dah rindu Ihsan so takut lah kan kalau xdapat jumpa. So most probably we will be staying at my parents house kat Semenyih. Tau ke kat mana? Semenyih tu dalam Selangor juga. Dekat2 dengan Kajang. Bukit Broga tempat Dr. Muzaffar and Dr. Harlina captured wedding pics dekat Semenyih lah. Ehh tetiba pula sebut nama diorang. Somehow Selamat berhari raya haji lah untuk semua. Kali ni no pics sebab malas nak upload. Faham2 lah ye internet slow macam siput sedut. I guna wifi je ni. I banyak benda nak update. Ihsan punya milestone pun xupdate lagi. Nanti2 lah. Slow2 cari mood and start blogging balik. To those yang nak contact me nanti msg lah I bagi phone number. Ada rezeki kita jumpa. If not tunggu I balik for good next year senang I ajak datang rumah je. Dah xlama dah pun 🙂 Okay take care peeps!

From Msia With Love ;P

5 thoughts on “From Msia With Love ;P

  • November 12, 2010 at 9:08 AM
    Permalink

    woowii bestnya dok mesia, takpe lawa buruk tetap tumpah darah kita. gambatte mummy n careful jugak tau, seriau tengok byk kes rompak ragut minggu ni.
    maybe nanti bila betul2 balik for goods n ada umah sendiri kat situ rasa lagi syok. yelah faham sgt perasaan tu even umah parent n in law family kita paling dekat tapi mesti rasa best lagi dok umah sendiri.
    muahh2 kat Ihsan. balik nihon balik ihsan jgn lupa datang umah tau.

    Reply
  • November 12, 2010 at 1:14 PM
    Permalink

    Phewww at last,ber-update jugak!rasa mcm dah lama kluar tajuk entry tu tapi bila buka blog ni hampa,no-update,hehe…

    btw,happy to hear from u ina,walaupun byk yg tak syoknya,tp tetap suka je baca.sabar ye,itu laa adat duk umah org.even duk umah parents sndr pun,ni kan in law kan.apa2pun,moga semuanya ok nanti…

    btw ur parents tinggal kat kedah ker?sedikit tak faham bila baca,hihi

    slmt hari raya ina!

    Reply
  • November 12, 2010 at 1:46 PM
    Permalink

    bagusnya parents ina turun kl sbb nk jumpa cucu kesayangan…huhuh..
    ina kat msia sampai bila… masa mai mula2 balik dr nihon pon rasa camtu.tp bila dah lama2, rasa dah terbiasa dgn mentaliti some ‘people’…

    Reply
  • November 12, 2010 at 4:46 PM
    Permalink

    Murni,
    Bila dah duduk sini rumah besar rasa macam xsabar pula nak balik for good and duduk rumah sendiri. Nak kena survey cari rumah ni nanti. Wah pening tu. Kalau banyak duit xde lah pening2 hihi. Haah hopefully selamat lah kami balik semula ke Nihon nanti. Nak pulun jalan2 puas2 selagi berpeluang hihi 😀

    Fith,
    Honestly Fith kita lagi suka dok rumah inlaw sebab keadaan and situasi lebih proper and ramai orang so lebih happening. Kalau rumah parents kita diorang busy kerja and kalau ada pun adik bongsu balik dari asrama time cuti. So banyak main ikut sempat je rumah tu hihi. Kalau dolu2 kekok dok rumah inlaw tapi since kahwin memang dah selalu sangat kita bermastautin kat sini hihi. Tapi yelah kan xsama duduk dengan orang compare to duduk 3 beranak je. Banyak benda nak kena consider kan. Actually yang xsyok tu banyak dari benda2 di luar rumah. Xleh wat apa la tu sabarrr je lah. Typical Msian hihi. Aah Fith parents kita kerja kt Kedah. Tapi ada juga rumah kat Selangor ni. Diorang nak settle down sini nanti. At the moment rumah ni jadi rumah persinggahan jela time cuti.

    Mai,
    Haah xsabar2 nak jumpa cucu macam tu la kaedahnya Mai. Nak tunggu kitorang balik lambat lah sikit. Dok Msia sampai bulan 2 or 3. Haah Mai dah get used dengan life style Nihon. Ni ala2 warm up la adapt balik dgn life style Msia. But I hope I won’t turn back being typical Msian la. In fact I wished I could influence other people. Kalau xramai sorang 2 pun jadi lah. Nak promote recycling, using carseat, pakai back seat belt etc hihi 🙂

    Reply
  • November 16, 2010 at 11:44 PM
    Permalink

    mmg dulu2 pon ada prob camni…lg tension bila kt bg jalan kt org jalan kaki..derang xnak jalan sbb takut(sbb kan kt msia ni kereta la yg lagi besar..sian kt org lintas jalan)..as for me…paling tension jammmmm laaa…yg lain2 tu..dah terbiasa kot..n layanan kedai of coz!!!hehe..kl comot2 tu org pandang sebelah mate jek..kl kt make-up bagai..amboi senyum jek..ciscis double standard!!
    nnt jupa lg..samat raya..mlm ni ktrg balik ganu!if nak papa just sms me k!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge