This is scheduled entry. I buat entry ni 1 day before balik. By the time korang baca ni rasanya kitorang dah berada di awan biru. Silalah bayangkan I makan nasi lemak daun pisang ke, roti canai ke, kuih muih ke and teh tarik esok pagi ye. Owh itu lambat sangat. Sila bayangkan I makan apa malam ni. KFC ke, McD ke, nasi goreng pattaya ke and air cendol ke. Cepat2 bayangkan! hahaha 😀

Well… tonight is gonna be the last night for us sleeping at our home sweet home. Belum apa2 dah rindu kat rumah. As of persiapan nak balik… Alhamdulillah semua dah settle. Ada la sikit2 lagi yang memang kena tunggu nak keluar pintu rumah baru boleh betul2 settle. I dah buat check list. Hopefully xde apa la yang tertinggal, InsyaAllah. Honestly perasaan nak balik ni hmmm entahlah xtau nak cakap macam mana. Memanglah suka sangat2 sebab dapat jumpa orang2 tersayang yang dalam dirindui tapi I can’t lie that actually I rasa xteruja sangat macam balik sebelum ni. I cuba elak rasa macam tu tapi dia tetap ada. Funnynya hubby pun rasa benda yang sama. Bila I tanya kenapa dia kata maybe sebab dia rasa baru je balik Msia hari tu which is end of last year. Tambah2 pula masa tu 1st time nak bawa Ihsan balik so excited sangatlah kan. As for me pula maybe sebab bila fikir balik je mesti xboleh elak terlajak fikir pasal kena duduk sana at least 5 months lepas tu without hubby pula. So dah spoil kat situ.

Bukannya xsuka balik lama2. Tapi keadaan dan situasi tu yang I xprefer. Kalau balik for good ada rumah sendiri and xperlu berpisah dengan hubby okaylah juga. Jenuh juga nak spend time kat Msia nanti. Disebabkan tempoh yang panjang ni banyak perkara yang berlegar2 dalam kepala ni. Ada a few things yang I expect I might be facing. Somehow rasanya I have to find a project for myself. Memang ada dah plan dalam kepala ni. Tengoklah macam mana nanti. Haih bila xdapat balik nak balik. Bila dah dapat balik susah hati pula kena balik lama2. Macam2. Ada je yang xkena. Bawak2lah bersyukur 😛 I know I kena elakkan fikir bab yang xbest tu. Furthermore I bukannya ada pilihan lain. InsyaAllah ada banyak sangat hikmahnya ditakdirkan perjalanan hidup kami for a few months ahead jadi macam ni. So instead of whining I should appreciate the moments I will be having soon. By looking from the positive perspective, there are good reasons for me to be really grateful:

  • I will be able to spend loads of times with my parents, PIL and adik2. Selama ni kami tinggal abroad and semestinyalah kami dah lost banyak moments dengan diorang. Tambah2 macam I ni yang since form 1 duduk hostel and balik rumah sekejap2 je banyak masa I xdapat luangkan dengan parents and adik2. Hubby pula stay hostel since form 4. Kadang2 kesian my parents anak2 semua jauh2 tinggal yang bongsu je jadi peneman kat rumah. So masa ni lah kami dapat ganti balik masa yang hilang. Walau pun mungkin xbanyak jasa and sumbangan yang mampu kami bagi tapi sekurang2nya dapatlah gembirakan parents dengan kehadiran kami especially Ihsan kat rumah.
  • Masa ni lah kami dapat buat jasa kat parents. Tolong menyenangkan hati and memudahkan urusan diorang. Jadi peneman diorang. Selalunya dah kahwin bukan senang2 saja2 nak duduk lama2 dengan parents. Jadi ni dah ada peluang so manfaatkan sebaiknya. Duduklah berkepit dengan mak ayah sepuas2nya. Konon2 jaga diorang jugalah kan. Nanti dah balik for good dah ada rumah sendiri takkan kerja nak balik rumah mak ayah macam orang xde laki or bini kan? Silap2 mak ayah halau suruh balik rumah sendiri hihi 😛 Mak ayah pun mungkin segan nak lepak rumah anak lama2.
  • Ihsan pun dapatlah kenal Tok, Tokwan, Jiddi, Jiddah, uncles and aunties. Selama ni kenal Mama Papa je. Balik ni dapatlah limpahan kasih sayang mencurah2 daripada semua orang.
  • Ihsan pun akan dapat pendedahan yang lebih banyak dari pelbagai segi so I think it’s good for Ihsan’s development.
  • Dapat jumpa datuk nenek yang dah tua sebelum terlambat and saudara-mara.
  • Dapat jumpa kawan2 and gi berpoya2 😛
  • Dapat rejuvenate mental, physical, spiritual.
  • Dapat sambut raya although raya haji je.
  • Dapat buat benda yang xdapat dibuat di Nihon.
  • Dapat jalan2 Msia.
  • Rasa senang hati. I tau duduk Nihon ni selamat kadar jenayah kurang apa semua. Tapi bila duduk dekat Msia realizing that kita dekat dengan kaum keluarga and benda2 yang sangat familiar to us, boleh buat kita rasa satu perasaan ‘peace of mind’. Xtau nak describe macam mana. Yang pernah duduk abroad je kot rasa macam ni. Anyone agree?
  • Dapat makan sedap2 banyak2 hahaha! 😀
  • Etcetra.
Sebelum ni I rasa suam2 kuku je tapi bila dah listed down all the good things I rasa best pula. I should think more of those 😀 I harap sangat dapat tolak jauh2 perasaan2 xbest tu. At least hopefully berkurangan la by the time we nearly reach home, Amin. Yelah xbestlah kan rasa macam tu. Bukannya I ada choice pun nak postpone ke apa ke. I have to face it whether I like it or not. Anyway we will be boarding Singapore Airlines from Chubu Airport Nagoya. Kami bertolak dari rumah by bus. It’s gonna take about 3 hours. Actually 2 hours je tapi dengan bus lambatlah sikit kan. Bertolak dengan bas pukul 5.00am lebih kurang. Sampai airport pukul 8.00am lebih kurang. Flight depart kul 11.00am sampai Singapore kul 4.40pm. Transit for about 2 hours before boarding flight to Msia pukul 6.45pm and sampai Msia pukul 7.40pm. Fuhhh that’s a long journey. Tiba2 terasa panas. Harus I rindu sejuk2 kat Nihon ni nanti. Hopefully Ihsan xde masalahlah nak adapt. Dia kan Jepun celup. Xtahan panas 😛

Honestly I nervous bawa Ihsan. Dia dah besar so faham2lah budak besar macam tu. But I pray hard he’s gonna be a good boy. I keep telling him about Thursday’s event and how I hope he will behave. Semoga semuanya dipermudahkan, dilancarkan, dijauhkan dari sebarang masalah and kami selamat dalam perjalanan pergi and balik Nihon-Msia-Nihon. Semoga sepanjang peninggalan kami, rumah, kereta and harta benda dilindungi Allah dari sebarang gangguan dan bencana. Rumah and kereta memang orang kaisya akan selalu tengok2kan. Kereta pun tinggal kat kaisya. Semoga Ihsan akan jadi anak yang memudahkan, menyenangkan hati, memahami dan bekerjasama towards Mama and Papa setiap masa. Semoga we will be having all the good times and happiness throughout our stay in Msia dengan orang2 tersayang. Semoga kami especially I sabar and tabah mengharungi a few months life ahead in Msia. Semoga Allah melindungi kami and merahmati kami keseluruhannya, Amin, InsyaAllah. Wah xsabarnya nak balik! 😀

Okaylah guys do miss me okay. I memang dengki korang dapat enjoy autumn and snow. Harus I nangis air mata darah tengok gambar2 koyou and snow yang menggiurkan kahkah! Tapi xpe I boleh dengkikan korang balik dengan tayangan makanan yang best2 nanti hahaha! Buruk perangai 😛 Doakan kitorang ye. Keep in touch. I will try to update blog selalu. Yeeekee? 😛 Boleh je sebenarnya. Tapi entry I akan jadi macam entry ni lah and a few entries before this. Dah lari dari salah satu objektif I buat blog hihi 😛 Take care ye semua 🙂

Jya Mata Nippon!

7 thoughts on “Jya Mata Nippon!

  • October 14, 2010 at 10:20 AM
    Permalink

    dah sampai msia lah ni ye,bestnya…
    slmt bercuti panjanggg,moga happy2 selalu!
    sila upload gambar ihsan,gambar makanan takmau,hahaha

    Reply
  • October 14, 2010 at 11:02 AM
    Permalink

    hahahaha… welcome back ina… lamanya ko balik kali nih eh.. ada chance aaa makan yong tau foo taiping.. :p

    Reply
  • October 14, 2010 at 1:20 PM
    Permalink

    dah sampai nnt…bleh roger2 akak…kot2 bleh jumpa 4 mata ker…heheheh

    Reply
  • October 14, 2010 at 2:46 PM
    Permalink

    besh tu ina…nasi lemak rendang daging…telur mata..ngan teh tarik..perghh.. ina kalu ada masa leh kita jumpa2an yek. nanti inbox kak kim yr hp no ye. enjoy!

    Reply
  • November 11, 2010 at 4:58 PM
    Permalink

    eh?? mne entry baru ni kak ina. tgk kat blogroll da update tp tgk blog xde new entry pon.. uwaaa. ritu sue krusus kat IKRAm,ingatkan ada chance nak jumpe..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge