Wah cepatnya masa berlalu. Xsangka baby kecil dalam rumah ni is no longer really a baby anymore. Rindu masa dia kecil2 dulu before banyak bergerak sebab dia masa tu berisi. Sedap je pegang sebungkus je. Masa tu kiss2 pun sedap je bau baby. Tapi sekarang hanya ada bau mashammm. Nanti balik xtau la orang2 kat rumah tu nak kiss dia ke tak tambah2 bila time comot berpeluh berlengas nak2 pulak dengan air liur menceceh2 hihi 😀 Tapi Mama dengan Papa suka je kiss Ihsan bila2 pun. Bak kata Papa kiss kat leher Ihsan tu yang paling masam tapi paling sedap hihi 😛 Tapi even bau masam skrg pun best juga sebab Ihsan dah pandai macam2. Tengok keletah Ihsan yang bermacam2 hari2. Tak lupa juga menambahkan lagi challenges dalam hidup Mama and Papa. Bila dah besar ni ada je benda interesting yang baru tiap2 hari. Kalau nak dibandingkan dengan masa kecil2 dulu kurang la sikit kan.

Tambah2 sekarang bercakap dengan Ihsan dah more towards 2-sided conversation. Ihsan pun dah pandai bagi feedback. Kalau dulu Ihsan banyak dengar je. As of 13 months kadang2 xterkejar nak ingat satu2 progress Ihsan. Sekarang akal pun dah makin banyak. Ada je aksi2 dia tu yang buat Mama cair tapi dalam masa yang sama gerammm sangat. Nak cerita pun kadang2 xboleh sebab xreti nak cerita. Kena tengok sendiri. But I think kalau tengok pun orang lain takkan rasa apa sangat kot. Unless kalau Mama Papa sendiri yang tengok kadang2 teeny-weeny thing pun can really fascinate and surprise us. Maybe sebab dengan anak sendiri our own flesh and blood membuatkan kita rasa ada chemistry gitu. The feeling is much stronger, no?

He already has 8 teeth.


Baby besar yang manja.

Cuba teka dia berjalan ke menari ni? 😀


Now, here are updates on Ihsan as of until September 21st, 2010:

  • Tinggi Ihsan 72.5cm. Ku sangkakan lagi tinggi rupanya sedang2 saja hihi 😛 Berat Ihsan pulak dah 8.4kg. Xnaik banyak sangat but okaylah naik juga. Alhamdulillah sekarang ni dia pun selera makan okay je. As long as he keeps eating that’s already good to me. I bukan apa, xsuka dia mengurus tu je. If not nanti I susah hati 😛
  • Ihsan is such an attention seeker. Lately makin manja, makin kuat membebel, makin pandai marah and menangis kalau kiter xbagi attention kat dia. Sekarang ni pantang kita ralit tengok internet dan2 tu dia datang meleseh, merengek, jerit2 or nangis. Although I can say that he is actually quite independent pandai main and entertain himself but bila datang angin dia tu, dia asyik nak orang mengulit dia je.
  • He likes to grind his teeth lately. Kuat sangat2! I wonder xsakit ke? I yang dok dengar pula sakit hati je rasa. Bukan apa sebab I tengok ada 1 gigi dia tu dah senget sikit sebab dia suka dok buat macam tu. Entahlah maybe sebab gusi dia gatal kot ada lagi gigi nak tumbuh? Air liur pun asyik menceceh2 je sampai basah baju. Hopefully xberterusan la habit ni. Nanti xcantik gigi.
  • Ihsan makin eager to bye-bye and clap-clap. But dah xnak buat cak cekur dah. Instead dia suruh I yang buat pastu dia letak tangan dia tengah2 in my palms so that I genggam lepas his hands. Salam pulak dah lamaaa xnak buat. Chu-chu (kiss) lagi lah xpernah buat langsung. Kiter sua pipi or kiss pipi dia pun cepat2 je dia nak berpaling. But sekarang ni I tengah nak ajar dia amin and raise his finger when I call his full name. Funnynya yang amin tu pun sama gak dia suruh I yang buat on my own face or his face.
  • He likes to tepuk2 skrin tv, CPU, kipas and selongkar wayar2 kat kabinet TV. Dia suka panjat meja atau pun tolak2 his toys basket pastu jalan celah2 tu pegi ke depan TV. Adoi xlarat la bab ni. So now hall rumah ni dah ada 2 kubu pertahanan dibina dengan 2 blankets tebal. Dari meja PC ni bersambung ke hujung lagi satu. So that dia xkacau PC and xpanjat meja or lalu celah2 meja untuk gi ke TV. Boleh la kot bertahan sementara dia nak pandai lalu ikut bawah meja kan. But hopefully at that time dia dah xberminat la dengan benda2 alah tu semua.
  • Satu lagi hobi terbaru is menjilat. Jilat cermin. Jilat kerusi. Jilat meja. Hmmm pandai dia tolong Mama ‘lap’ perabot.
  • Kalau kena marah Ihsan akan merengek2, cebik2 pastu slowly nangis although dia akan sambung buat benda ygang kita larang tu. Kadang2 tu bila I angkat tangan kat dia konon2 nak babab, dia akan kelip2 mata takut I tepuk dia even actually I xtepuk pun lagi. Yang funnynya kadang2 tu dia pula yang ala2 nak tepuk2 I balik. Owh kadang2 tu kiter marah dia tapi dia jerit2 nangis marah kiter balik okay! Amboi2! Owh tapi lately kan dia makin manja. Kadang2 I bebel sikit pun dia dah cebik2. Auta je dia ni 😛
  • I ada kumpul2 videos untuk Ihsan download from YouTube. Untuk Japanese videos ada 1 video lagu iklan Tarako. Kalau tengok sorang2 Ihsan akan end up nangis. Dia akan cari Mama or Papa mengadu2. Bila I gi tukar video lain baru dia tengok TV balik. Xtau la kenapa dia xsuka. Dia rasa takut kot hihi 😛 But I jap je ni. Before this dia dengar certain lagu pun macam tu juga tapi dah banyak2 kali dengar dia okay.
  • Ihsan sekarang seems to appreciate his toys more. Makin pandai main his toys. So toys yang ada tu dah boleh make full use. Xpayah nak tambah sangat dah. Anyway hari tu Ihsan dapat baby push walker daripada Umi Murni. Dia suka sangat main benda alah tu. Thanks to Umi Murni ye.
  • Ihsan suka main dengan bantal dia. Kadang2 senyap je dok dalam bilik sorang2. Rupanya dok mengulit bantal.
  • Semakin rajin ‘tolong’ Mama mengemas waktu Mama masak kat dapur or waktu Mama mengemas rumah. Makanya makin ‘cepat’ la sangat kerja Mama siap.
  • Hobi kegemaran is mestilah chewing on labels. I ada beli wristlet2 baru untuk dia. Untuk menambahkan lagi koleksi ‘mangsa’ untuk dia ‘makan’. Aummm!
  • Suka buat bunyi geram. Sebab dia kerjanya asyik geram kot?
  • Owh how can I forgot! This should be the first thing on the list! Ihsan is offcially can walk and he’s getting more stable. Dah berlangkah2 dah dia jalan. Kerja ikut bontot Mama and Papa. Dia pun rajin buat inspection sana-sini tawaf rumah. Although actually he started to make his 1st step when he nearly turned 1 year old the other day. But Ihsan still crawl at times especially bila dia nak cepat2. Sekarang ni dia suka sangat jalan2 kat luar. Kalau dia nampak gaya kiter nak keluar tu siap pegang tangan Mama lagi suruh angkat dia. Pagi2 bila Papa gi kerja selalunya dia nangis sebab xdapat keluar sama. Kalau waktu dia dapat keluar pula bukan main laju dia jalan. Mama yang penat mengikut memimpin dia. Yelah xboleh betul2 lepaskan lagi sebab dia belum betul2 stable. Nanti kena gi taman yang ada rumput la. Boleh lepas dia bebas.
Well itu jelah yang terlintas dikepala. Banyak sebenarnya latest things nak cakap pasal dia. Tapi xsempatlah. Anyway since Ihsan dah cecah 1 year hari tu I dah xambil gambar dia everyday. At first macam susah juga sebab dah terbiasa. But now okay dah. Cuma kena ingat ambil his pictures on his monthly birthday.

Ihsan’s 13 Months Milestones.

5 thoughts on “Ihsan’s 13 Months Milestones.

  • October 8, 2010 at 7:13 AM
    Permalink

    owh dah boleh jalan dah,yatta ne!pasni boleh lepas gi taman2 laa pulak,mesti suka dpt explore tempat luas kan…
    tunggu sikit hari lagi boleh jd teman berbual laa pulak,hihi,cute!
    budak2 ni mcm2 ragam kan,tp semuanya comel aje di mata kita.tambah2 bila umur setahun lbh,ni umur paling cute bg fith,sbb diorg dah pandai berinteraksi,suka perangai terkedik2 dan aksi2 diorg,geram nak penyet2.
    moga ihsan terus2 membesar dengan jayanya…

    Reply
  • October 8, 2010 at 7:55 AM
    Permalink

    haha lawak gila bila zayyan tgk gambar ihsan sebab kita klik kan jadik clear sikit gambar tu nampak air liur ihsan bagi tisu kat kita konon2 soh sapu kat ihsan. tak sedar diri dia pun makin kuat meleleh air liur, umi pun tension nape dia suka sgt kuarkan air liur dia sekarang.. hihi..
    dah makin terror berjalan yea ihsan, sila la buat mama lagi kurus ngeh3.. semoga balik mesia ihsan terus membesar ngan jayanya.

    Reply
  • October 8, 2010 at 9:31 AM
    Permalink

    bnyk nye gigi abg ihsannnn!! adik faheem ade 4 jek :p ble ihsan bleh mkn kfc ni mama? kekekek.. 13mo da bleh jln! hebatnye ihsan! cayalahhhh =)

    Reply
  • October 8, 2010 at 1:22 PM
    Permalink

    Tak berasa kan budak2 ni..cepat je membesar…rasa nak selalu je ada baby..tp tak larat pulak nak beranak rapat2..haha..

    Reply
  • October 9, 2010 at 9:04 PM
    Permalink

    Fith,
    Tula puas la nnt dia blk Msia dok tawaf rumah atuk nenek. Ke hulu ke hilir je keje. Rumah besar kan kalau nak dibandingkan dengan rumah Nihon ni hihi. Orang Msia pun nnt puas la melayan dia yg dah mcm keletah ni. Jgn xlarat layan sudah haha. Memang gelihati sokmo kan peringkat umur mcm ni mcm2 gelagat kita dapat tgk. Moga anak2 kita membesar dgn jayanya, Amin 🙂

    Murni,
    Hahaha lawak la Zayyan. Pandai dia ye 😀 Gambar tu memang Ihsan tengah main menyembur2 air liur. Ada gambar dia ikut turutan mulut tengah dalam proses menyembur hihi. Ahaa Mama risau ni nanti keje makan balik Msia huwaa! Ihsan membesar xpe hihi 😀

    Lisa,
    Haa Kfc? Mama jela makan Ihsan minum susu perasa Kfc jela hihi. Gigi tumbuh lambat xpe nanti gigi Faheem lambat rosak 😀

    Permata Hati,
    Haah betul kak kiter dh xsabar ni nk ada baby. Tapi rasa macam baru je nak habis penat bersalin haritu adoi hihi 😀

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge