Malam ni akan ada pengumuman raya. Most probably raya tahun ni akan jatuh hari Jumaat ni. Kalau betul nampaknya esok adalah hari terakhir berpuasa. Tapi Mama Ihsan awal2 lagi dah raya hahaha! Baru je hari tu berangan dapat berpuasa penuh. I boleh berangan macam tu sebab since breastfeeding Ihsan ni period cycle kadang2 lewat seminggu or 2 minggu. Tapi nampak gayanya since 2 bulan lepas dah on time semula. Takpela hopefully esok boleh la sambung puasa sehari lagi. Rasa macam baru je masuk Ramadhan tapi pejam celik tengok2 dah nak habis dah. Nak kata Ramadhan tahun ni dimanfaatkan sebaiknya hmmm takdela seoptimum yang mungkin. Tapi rasanya better lah compared to last year. Takpela yang penting harapnya takdela berkurang berbanding tahun2 sebelum tu and yang penting sekali bereterusan la even dah habis Ramadhan nanti.

Kalau ada yang tanya persiapan untuk sambut raya honestly kami xde buat apa2 persiapan pun. Kuih raya satu pun I xbuat. Teringin tu memang teringin tapi my oven kalau buat cookies hasilnya xcantik sangat. Plus take time nak siap sebab oven kecik. Lagi pulak my mixer xkuat sangat takut karang rosak terus. Masa buat cookies a few times before this pun dah ada macam bau2 motor dia nak terbakar. Sebab tu la I rasa xsemangat sangat nak buat kuih. Lagipun maybe sebab xde siapa2 pun yang akan datang beraya ke rumah kami ni. So I xdela terasa keperluan nak buat apa2 persiapan tu. If not segan gak la kan kena la buat hihi 😛 Tahun ni sama macam tahun2 lepas my mom and mil hantar kuih tunjuk2 from Msia. Itu pun separuh I dah ngap. Hubby bising je takut raya dah xde kuih hihi 😛 Tapi this year kira ok sket la masing2 ada baju raya baru. Selama raya kat sini tahun sebelum2 ni xpenah lagi I sambut raya pakai baju kurung. Tahun ni hubby siap bersamping and Ihsan pun gonna celebrate his 1st raya dengan 1st baju melayu raya! 😀 Harap2 sangat dia xcabut songkok dia tu nanti.

InsyaAllah raya ni kami akan g beraya di embassy. Selama bertahun2 dok di Nihon, ni la 1st time nak merasa raya di embassy. Saja2 je sebenarnya sebab bila lagi nak merasa sambut raya kat embassy. Lagipun kebetulan timing raya dekat dengan weekend. Then memikirkan ada Ihsan so terasa la nak sambut raya sket. Compared to last year ikut2kan kami xdela sambut apa pun. Setakat masak ala2 juadah raya untuk makan during meal times. Tu jela hihi 😛 Honestly I takdela rasa teruja sangat nak sambut raya. Sama je macam tahun2 sebelum ni. Maybe sebab already set in the mind yang kalau raya kat Msia confirm sangat meriah. Tapi even raya kat perantauan takla semeriah di Msia tapi bagi I best gak la. Bila lagi nak merasa raya di perantauan. Bila lagi nak merasa raya yang tak macam raya hahaha! 😀 Tapi ni I jela sebab tempat I ni xde komuniti Melayu lain. Yang ada pun jauh sket. Kalau orang lain kat Nihon ni ada je yang dapat sambut raya dengan meriah. Apa2 pun masuk kali ke 5 raya di perantauan ni banyak hikmah and pengajaran yang I dapat. Semuanya pengalaman yang mematangkan 🙂

Ada orang kata kat I jangan sedih2 sebab tak dapat sambut raya kat Msia. Honestly I nak tergelak bila orang cakap macam tu. Bukanlah nak berlagak. Tapi memang I xrasa apa sangat lah. Memang lah teringin raya di Msia yang mana confirm lagi best berbanding kat sini yang xde apa2. Maybe sebab dah biasa sambut raya di perantauan so I rasa macam dapat prioritize apa yang lebih penting disebalik maksud puasa and raya tu. I rasa asalkan dapt minta maaf dengan family masa pagi raya and I tau semua orang yang kita sayang sihat and happy dah cukup kot. Selebihnya kami sambut sendiri2 kat sini secara sederhana je. Tapi xdinafikan I rasa lagi sedih tak dapat makan makanan yang sedap2 masa raya kot hahaha ingat makan je! Dari dulu macam ni 😛 Kalau nak kata rindu kat family tu. Sama je kot hari2 lain pun rindu. Kalau nak kata sedih tu actually lebih kepada sedih Ramadhan dah nak berakhir. Ntah tahun depan diberi peluang lagi ke tak untuk mengharungi Ramadhan.

Especially since 2 tahun ni jauh dalam hati rasa sedih bila Ramadhan dah nak berakhir sebab ada sebab. Kalau sebelum Ramadhan tu tertunggu2 je Ramadhan datang. Maybe sebab selalu kiter dengar bila Ramadhan roh2 diberi kelonggaran untuk bebas. Wallahu’alam. Tapi xdinafikan I rasa seronok and terfikir2 macam. Terfikir2 yang ‘Abid datang dekat. Mengharap jugak yang ‘Abid akan datang dalam mimpi which is selama ni xpernah pun. Ada juga terfikir ‘Abid tetiba ada depan Mama ke hahaha! Tapi fikir2 balik ish xpayah la. Karang ada yang pengsan. Tu dah benda lain dah tu. Bukan ‘Abid pun. Tapi Qarin dia je kot. Kalau bukan Qarin pun jeng jeng jeng apakah dia? Hahaha xsanggup la Mama nak menghadapi situasi begitu 😛 Xpelah even ‘Abid xdatang dalam mimpi Mama masa Ramadhan ni. Hari2 lain pun boleh datang. Hopefully Mama dipanjangkan umur untuk merasa Ramadhan next year. Dapat la Mama rasa ‘Abid datang dekat. Walaupun sebenarnya maybe Mama je perasan sorang2. I still want to believe that you would be near to me seeing me, seeing us at home. Wallahu’alam. But who knows, InsyaAllah. Yang penting Ramadhan ke tak I will always keep praying for you every day and night. That’s the only obligation left for me to carry out for you.

Sometimes terbit juga rasa sedih because I wished I could do more for him. Bila dah sedih tu mula la terfikir berlebih2 yang xmunasabah which then menambahkan lagi kesedihan. Xde keje betul. Dalam menangani perasaan on this very particular matter ni I rasa cara I lain xsama macam hubby. So most of the times we very rarely talk about it but at the same time we made sure ourselves we never forget to pray for him every time after prayer day and night and before sleep. Actually I also I wished I could visit his place more often. Tapi disebabkan keadaan xmengizinkan so I asyik pendam je la hasrat tu. The reasons are first one is because tempat tu jauh sket so xdapat la nak g slalu. And the biggest reason is sebab Ihsan kecik lagi. Bukannya xboleh bawak baby. Tapi tempat tu sunyi and ada kawasan perkuburan agama2 lain. Ada big Buddha statue. So I xberani nak ambil risiko bawa Ihsan g sana. However at least sebelum balik for good I akan pegi and bawa Ihsan sekali for him to see his late brother’s place. After raya ni InsyaAllah hubby will go to ‘Abid’s place alone. At least rasa lega sket kot even I xdapat ikut.

Ops dah menyimpang jauh. Actually nak ucap selamat hari raya je hahaha! 😛 So… Selamat memanfaatkan hari2 terakhir Ramadhan kepada semua yang membaca blog I ni. Moga dapat diteruskan amalan walaupun Ramadhan dah berakhir nanti. Moga semua kebaikan yang kiter buat samada sikit atau banyak, diberkati Allah. Maafkan segala salah dan silap samada secara sengaja atau tak, samada kiter kenal secara langsung atau tak. Maaf zahir dan batin. Semoga berbahagia dihari lebaran. Hati2 di jalan raya. Kepada yang memandu, memandulah secara berhemah. Even I xdrive but I nak share my prinsip, biar lambat asal selamat. So sabar banyak2 xyah nak pecut2 macam orang dah xtahan nak terberak hihihi 😛 (I slalu cakap macam ni kat hubby bila ada orang drive laju2 xsabar2 or xsenonoh on the road). Lastly, Selamat Hari Raya Aidil Fitri! 🙂

PS – Ihsan’s 12 months milestones xupdate lagi. Lepas raya la nampaknya 😛

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H

6 thoughts on “Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H

  • September 8, 2010 at 11:41 AM
    Permalink

    selamat hari raya ina n family.fith minta maaf ye atas semua salah silap,terlanjur tutur kata selama kita berkawan.insyaAllah hopefully raya tahun ni lebih meriah buat ina dengan hadirnya si kecik ihsan tu.biasanya raya bila ada anak2 ni lain sket rasanya(bg fith laa),even kat perantauan ni sunyi sket tapi takpe laa kan,kita ada family kita sndr.

    bestnya nak raya kat embassy ye,have a safe journey…

    Reply
  • September 9, 2010 at 11:14 AM
    Permalink

    selamat hari raya aidilfitri babe.maaf kalau ada salah & silap selama kenal di alam blog & alam nyata.ehehehe….

    anyway,kali ni aku merasa beraya di perantauan.mmg btol la ko ckp tu.raya macam tak raya.hahahah.nasib badannnnn….

    aku pon akan ke embassy esok.insyaAllah,kalau suami ku larat sbb dia balik keje pg esok…

    Reply
  • September 13, 2010 at 10:49 AM
    Permalink

    Yatie, Jiey, Sue,
    Selamat hari raya. Hati2 di jalan raya ye 🙂

    Fith,
    Betul tu Fith. Tahun ni kiter teruja nk sambut raya sbb xsabar nak tgk Ihsan pakai baju melayu. Even sibuk siapkan anak pn dh rasa meriah dh kan tambah2 dgn keletah dia tu yg mcm2 😀

    Kak As,
    Sama la kiter ye. Aah xsama la raya di perantauan. Even xmeriah tp aku rasa menarik gakla. Masa ni la nak blaja appreciate apa yg dlu kiter slalu take for granted kan 😀

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge